Sunday, July 2, 2017

Salam Eid Mubarak 1438 H


Di kesempatan ini, ku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua Muslimin dan Muslimah yang meraikannya, tak kira apa bangsa, latar belakang, usia mahupun negeri atau negara.

Tahun 2017 turn aku beraya bersama keluarga sendiri. So, inche suami bersama anak kecil aku ikut serta balik ke Kelantan memandangkan mama dan abah serta adik-adik balik ke Kelantan untuk menyambut di sana. Cuti yang tidak lama memandangkan gaji abah akan dipotong bila abah bercuti. Lagi lama, lagi banyaklah gaji dipotong. Makanya 3 hari 2 malam sahaja kami di sana. Bertolak pada pagi hari raya pertama dan kembali ke ibukota pada hari raya ke-3. Disambut secara sederhana tanpa arwah opah di sisi. Terasa kelainannya. Tanpa lemang, tanpa rendang ayamnya. Menu wajib pagi raya.

Di sinilah ruang di mana arwah opah selalu bakar lemang. Untuk anak cucu cicit yang balik ke kampung. Gigih arwah opah sediakan semuanya.




 Suasana yang paling aku rindukan. Rumah peninggalan arwah opah. Perkara yang paling buat aku teruja setiap kali mama abah inform nak balik kampung.

 Bunga seri pagi arwah opah masih mekar.

Inilah pokok rambutan yang aku suka. Berpuluh tahun dah usianya. Dulu banyak betul buahnya. Aku cukup suka kalau dapat kait buah ni pada musimnya. Cubaan memanjat dahannya pun pernah tapi taklah handal. Almaklum skill orang bandar, tak setanding orang asal dari kampung.

***************************************************

Arwah opah menyahut seruan Ilahi pada 30 September 2016 (Hari Jumaat, 28 Zulhijjah 1437 H) di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah Mek Mas binti Awang Tengah. Rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al Fatihah.
***************************************************

Teringat satu peristiwa bila mana ada rakan yang mengatakan aku tersilap menggunakan ungkapan MAAF LAHIR DAN BATIN. Bukankah yang zahir itu adalah sesuatu yang lahiriah, di mana ia sesuatu yang jelas dan nyata. Lahiriah terbit dari kata LAHIR. Bukankah begitu? Maaflah andai ia khilaf, kerana aku bukanlah pakar Bahasa Melayu namun aku masih boleh menerimanya mengikut pemahaman aku sendiri.


Lain orang, lain pemahamannya. Kan?


I am back on Blogspot!

Lamanya tak menaip entry!


Untuk beberapa tahun, jari jemari ini gagal menguruskan masa untuk mengemaskini blog yang akhirnya terbiar sepi tanpa sebarang update terkini. Dan ada satu waktu tu, bila diri dah siap sedia nak taip beberapa entry baru selepas buat listing lengkap mengikut kronologi peristiwa, diuji pula dengan gambar-gambar dalam hard disk personal desktop tiba-tiba sahaja corrupted. Aduhai. Ribuan gambar dalam simpanan tak boleh diakses langsung. Yang sempat backup dalam CD pun tak merangkuimi kesemuanya, lebih-lebih lagi gambar terbaru. Tskk tskkk. Selepas dirisik harga pasaran untuk retrieve data-data tersebut makan kos RM3k. Aduyaiiii...menangis tak ada lagu!


Makanya, terbiar sepi listing yang dibuat. 2015 - 2017. Macam-macam kisah yang mengisi ruang hidup. Dari zaman single mingle around sampailah dah ber-anak satu ni (nombor 2 in shaa ALLAH menyusul. Soon). Hah. Banyak sangat yang missed sebagai catatan kenangan di blog Cot Cet Cik Puan Mal.

It's okaylah, Mal! Masih boleh dihidupkan rencana wacana bermakna. Ewahh. Ayat bukan main hiperbola. It's not too late. Better than never, kan. Gichew.

8 Syawal 1438 H menjadi saksi. Esok lusa aku menaip lagi.



Thursday, September 10, 2015

Hantu! Mana hantu..? Mana hantu?


Awwuuuuuuuu~~~ **bunyi serigala**

Kekonon starting entry ala-ala filem seram mat saleh. Hahaha. Ada motifnya di sini. Later we touch about it, yeah. Sebenarnya...entry ni refer to #throwback moment in 2014. Apakan daya, time ni baru ada masa dan peluang akses yang sempurna dengan capaian internet UNiFi yang cukup pantas untuk update blog! Hehehe. Mengimbau kenangan jom~~


31 Oktober - 2 November 2014. Committee Members of Sports & Recreation Club 2014 telah memilih tarikh ni untuk kami berhibur di Lost World of Tambun, Ipoh, Perak. Since previous year 2013, our firm trip dah dibuat di luar negara - Bangkok, so 2014 ialah trip dalam negara. Akhirnya, lokasi Tambun menjadi pilihan bos-bos, dan tema yang dipilih ialah - A Night of Halloween Horror. Hah. Punyalah search gugle Google nak jadi hantu apa, nak pakai macam mana. Gigih laa aku gali balik gambar lama masa aku pernah join photoshoot jadi vampire girl tahun 2010 dulu. End up, aku pilih untuk jadi cik punti versi muslimah. Titik!


Wajah-wajah girang nak ke Tambun.

Macam biasalah, semua staf dah dibahagikan mengikut kumpulan bas masing-masing. Ada 4 bas yang disediakan. Sesampainya di Ipoh nanti, staf diberi pilhan sama ada nak ke lokasi A atau B - A: Bandar Ipoh, B: Gua Tempurung. Disebabkan aku tak pernah jejak Gua Tempurung, makanya aku memilih lokasi B!

 Tiba di Gua Tempurung. Beratur tunggu giliran. Pantang tengok cameraman je terus posing! Hahaha~~

CANDID! Tapi cara aku senyum tu macam dah tau je ada cameraman nak ambil gambar aku. Hahaha.

Smile~ Macam biasalah. Kerja nak bergambar je. Daripada layan boring tunggu turn kan.

Ekplorasi kami tak jauh ke dalam. Level easy je. Kalau nak lenjan aktiviti lebih adventure, kena spend masa lebih sikit kat situ sedangkan kami ada masa 2 jam je untuk jalan-jalan sebelum waktu check-in kami jam 2 petang. Selesai bergambar, kami pun beredar. Bayarannya pun aku tak sure sebab committee yang selesaikan semua. Boleh rujuk info-info sahih dalam internet. Aku share info dari salah seorang blogger kat sini ye -- http://www.eshamzhalim.com/moh-ke-perak-explorasi-gua-tempurung-vmy2014/. Jangan marah aa tuan tanah blog. Entri aku tak detail pasal Gua Tempurung ni sebab nak cerita banyak pasal dinner. Hehehee...

 Sampai sudah!

Peace!

Bangga kejap. Terpampang siap banner LHAG kat pintu masuk. Hikhik.

Check-in!

Masa untuk makan! Lapar wooo...seronok sangat bergambar, sampai lupa nak makan.


Untunglah...dapat makan kat meja partner. Hihihi.

Free and easy untuk siang hari pertama. Relax and ready untuk makan malam dan aktiviti malam pertama - Karaoke Night: LHAG Got Talent. Malam tu aku belajar make up muka sendiri. Kononnya nak try teknik smokey eyes. Gigih betul tenyeh muka malam tu, dengan guidance oleh akak sekerja yang tau serba sedikit pasal make up ni.

Tadaaaaa! Smokey eyes kononnya. Bolehlah, kan? Dari hotel tempat menginap kena jalan kaki sikit nak masuk ke Lost World of Tambun tu. Dekat tangan mesti pakai gelang khas yang disediakan.

 Apa pun tak nampak...hahahah.

So, untuk malam pertama...kami pun berhiburlah dengan pertandingan karaoke dari calon-calon yang berani tadah muka. Havoc, masing-masing happy. Lupa dah masa kerja kena lanyak kerja macam apa. Hahaha.

Selfie. Aku lupa nak cover eye-bag aku tu masa make up. Lupa step. Hahaha. Tolak markah!

Nampaknya semua orang terhibur!

Hari ke-2! Super-Duper Adventure Race!
Aktiviti mengeluarkan peluh tahap mercik!

Breakfast dulu yook! Kami jadi oreng-orengan hari tu. Hahaha.


Fuhhhh...tak tau lah nak kata. Aktiviti ni buat lidah aku cecah ke lutut! Group aku dapat task yang kena lari dari checkpoint hujung dunia utara ke hujung dunia selatan sebanyak 8x. Begitulah ibaratnya. Macam kena sabotaj je! :-P Nak rebut hadiah wang tunai weehhhh...mau tak gigih semua group! Mau turun 10kg gini!

Malam hari ke-2! LHAG Night of Halloween Horror!


Sekali lagi aku gigih tenyeh muka aku dengan make up, selepas beberapa kajian tutorial di YouTube. Nak jadi 'cik punti' muslimah katakan. Baju dan aksesori semua dah beli kat Kenanga Wholesale. Mulah-mulah saja maaa. Tak payah mahal-mahal. Pakai sekali je. Selendang je aku beli kat Nagoya Textile. Ukuran 2 meter supaya ala-ala meleret. 'Cik punti' kan suka terbang. Hikhik!

Nampak taakkkkk...effortnya kat situ. Sepucat dan sehodoh yang boleh. Cukup hodoh tak? :-P Ni belum siap lagi.

Boleh rujuk tutorial di bawah:
1. https://www.youtube.com/watch?v=AIApH8d8xt8
2. https://www.youtube.com/watch?v=eBhU02UZI3E
3. https://www.youtube.com/watch?v=ejlyLyOVQxI

Rajin-rajinlah search dekat YouTube tu ye. :)

Tenyeh punya tenyeh, touch up punya touch up...end up aku rasa, cukuplah weh, Bukan ada misi nak menang pun. Hahaha. Over sangat kang kawan tak kenal pulak. Aku dikatanya hantu. Hi hi hi. So hasilnya...

 Amacam?

"Bang...tolong bangggg..."

Tadaaaaa...'cik punti' muslimah bersama witch. Hahaha...sopan tak ai?

Full appearance. Ni je yang mampu naakkkkk.. :-P

Berikut rupa-rupa pelik yang sempat masuk kamera aku.

 
 
 
 
 

Main nyorok-nyorok lakkkk....



Poster of the year! :-P

Malam ke-2 kami berakhir dengan hiburan dari live band yang dijemput khas. Aku lupa apa nama live band tu. Almaklumlah, story 2014 kan. Thanks to bosses sebab spent much just to entertain us. Setahun sekali kan...layankan je.

Untuk tahun 2015, firm trip kali ni ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Memandangkan aku sedang membunting dan menunggu hari je pada hari trip tu, makanya aku terkecuali berkecuali dalam pengecualian. Hehehe. Rest year. Lagipun aku dah pernah pergi ke HCMC pada 2013. Ahah, Story yang itu pun duk dalam draft tak publish sampai ke tahun 2015 ni. Kikiki. Payoh gini! :-P

#notakaki: Ada timbul rasa nak mendalami ilmu make up dengan lebih serius. Aiseyy. Boleh ke?