Friday, April 23, 2010

Kisah Lucu #1

Kisah Kek Hari Jadi.

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

"Mmmm, tulis saja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, kemudian sambung dengan 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu.

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."


Sengal betul gadis yang tulis tu~

Thursday, April 22, 2010

New chance~


Alhamdulillah...second interview dengan Astro hari ni berjalan dengan lancar. Nothing went wrong...aku diterima bekerja. Tak sangka rezeki aku secepat ini...sedangkan aku bercadang untuk merehatkan minda dan kembalikan kekuatan aku yang semakin pudar. Tidak semua perkara yang kita rancang akan menjadi kenyataan. Apapun...aku percaya pada ketentuan-Nya. Tiap perkara yang baik yang datang dariNya pasti tersimpul hikmah. Lebih baik bersangka baik pada Allah, hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Moga aku terus tabah dan matang menghadapi dugaan~~

Wednesday, April 21, 2010

Stop point~

Lama juga aku tak update blog ni. Previous job with long hour membuatkan aku tak betah menghadap internet lama-lama. Previous job? Yup...already resigned with 2 week notice. 15 April 2010 was my last day with C-Mobile Sdn. Bhd. Pengalaman kerja dalam bahagian retail dan customer service selama 2 bulan 7 hari di Blue Cube banyak memberikan pengalaman bermakna untuk aku. Kenapa aku berhenti? Lebih baik untuk tidak terus mempersoal dan memikirkannya lagi...cuma harapanku, moga aku akan lebih cekal menghadapi apa jua cabaran mendatang dan lebih terbuka dalam apa jua perkara.

With Kak Wati...my ex-colleague~


Training period: 08-02-2010 until 12-02-2010. Location: Blue Cube Pavilion

Before dapat uniform. Location: Blue Cube The Mall

With ex-colleague...Siti

Blue Cube...in memory~

Alhamdulillah..rezeki itu tetap Allah datangkan pada aku dalam saat-saat yang tidak tentu arah tuju ini. Esok aku akan hadiri interview kedua bersama ASTRO. I wish I can do the best. Last week before I resign, I've attended 3 job interviews. I'm not hoping too much but I'm trying to be optimist. Whatever chance comes to me, just give a try.

Pada 21 April aku telah deactivate akaun Facebook aku. Setelah puas bertarung dengan konflik perasaan, aku membuat keputusan untuk hentikan seketika hubungan aku dengan Facebook. Keadaan memang memaksa aku...itu langkah terbaik ketika ini, cukuplah penderitaan emosi yang sedang aku harungi, masa untuk aku memperbetulkan diri~~


... aku bernafas dalam kepayahan ...