Monday, May 31, 2010

29-05-10: Friend's Wedding~

Seorang lagi rakan sekolah aku dulu dah melangkah kaki ke gerbang perkahwinan. Aku melapangkan diri menghadiri majlis bersama mama dan abah walaupun malam sebelumnya aku diserang selsema, batuk dan demam. Mujur juga esoknya aku dah gagah bangun dan berjalan ke hulu ke hilir. Kalau disuruh berlari 100 meter pun aku mampu rasanya. Cuma tinggal saki baki batuk yang sememangnya ambil masa untuk reda. Beberapa gambar sempat diambil sebagai kenang-kenangan...

Haza dan suaminya...

Upacara memotong kek

Di pelamin...betul-betul cantik...

Aku bersama teman-teman sekolah dan kedua pengantin...

Candid shot~

Gambar yang paling aku suka~ (^,^)v

Bersama ex-schoolmates yang dah bertahun-tahun tak jumpa~

Apa pun, tahniah kepada rakan sekolahku, Hazatullaila Zainol dan suaminya, Husairi. Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa. Bila pula turn aku ya?

Wednesday, May 26, 2010

Fikiran vs. Hati~

Saat di mana fikiran dan hati aku berkata-kata....


Hati berkata: Aku tak cantik macam perempuan tu...
Fikiran berkata: Cantik itu subjektif...setiap perempuan ada kecantikannnya sendiri...

Hati berkata: Aku rasa aku tak cukup sempurna di mata buah hati...
Fikiran berkata: Keikhlasan akan menampakkan kesempurnaan kepadanya...

Hati berkata: Aku makin gemuk...kena berjoging ni!
Fikiran berkata: Berjoging untuk sihat...bukan untuk kurus...

Hati berkata: Aku ketinggalan daripada kawan-kawan. Mereka dah berkerjaya...dah kahwin...
Fikiran berkata: Rezeki aku mungkin lebih baik daripada mereka....sabar sikit je...

Hati berkata: Aku tak sanggup melihat dia dengan wanita lain!!!
Fikiran berkata: Dia bukan untuk ku...aku bukan untuk nya...



--> Bila fikiran dan hati tak selari....memang menguji diri~

Job hunting! Again~

Pada 17-05-10 aku menerima satu official letter daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Depan surat tertera panggilan temuduga. Dengan rasa tenang bercampur tertanya-tanya, aku membuka sampul dan membaca isi kandungan. Jawatan yang aku pohon 3 bulan yang lalu mendapat respon. Tarikh temuduga pada 30-06-10 di Putrajaya. Aku mula mencongak perjalanan hidup aku sekiranya berjaya.

I'm graduated...finally! Pada 23-05-10 aku telah menerima penganugerahan ijazah dari UiTM. UiTM Di Hatiku...tak akan aku lupa tajuk lagu itu. Satu perasaan yang sangat indah telah aku lalui sepanjang konvokesyen aku pada hari itu. Terharu. Gembira. Bangga. Bercampur-baur segala perasaan.


Pemburuan kerja telah aku mulakan kembali. Satu demi satu laman web aku teroka, untuk aku dapatkan pekerjaan tetap. Aku cuba mencari pekerjaan yang bertepatan dengan kelulusan yang aku peroleh. Bukan mudah...dan belum tentu aku dapat apa yang aku harapkan. Apa pun jua rezeki yang Allah beri, aku terima. Aku tidak meletakkan harapan tinggi, namun harapan tetap harapan...aku percaya dengan ketentuan yang telah Allah tetapkan untuk setiap hamba-hambaNya. Apa rezeki aku, laluan aku...tidak akan aku ketahui sebelum tibanya waktu. Sesungguhnya Allah jua Yang Maha Mengetahui. Yang penting...persediaan mental fizikal, dan usaha berterusan bersama doa yang tidak putus-putus. INSYA ALLAH....

Friday, May 21, 2010

Layan perasaan~


Lagu ni betul menyentap kalbu, mengusik rasa. Bermakna atau sekadar menghibur hati cuma? Oh Tuhan...jauhkan ku dari perasaan yang tidak keruan, tetapkanlah jiwaku pada satu arah...



Mimpi~

Mimpi itu hadir lagi. Setiap kali aku terjaga, perasaan gelisah menerjah ke segenap pembuluh darah. Aku menarik nafas panjang. Sebak. Sayu. Sampai bila aku akan terus begini, aku sendiri tak pasti. Mungkin mimpi itu satu petunjuk, atau hanya mainan tidur. Yang pastinya mimpi ini berulang kali hadir dan mengusik perasaan.

Aku takkan lupakan pada satu mimpi yang pernah aku alami 5 tahun dahulu. Sebaik sahaja terjaga, aku menangis teresak-esak seolah-olah mimpi itu benar-benar terjadi. Dan...Allah jua yang Maha Mengetahui...akhirnya aku sedar bahawa mimpi itu satu petunjuk tentang realiti yang berlaku. Kali ini aku merasainya lagi. Watak yang berbeza..jalan cerita yang berbeza.

Perasaanku cukup terganggu. Apakah aku masih belum melepaskan sepenuhnya kenangan itu? Apakah masih ada rindu?

Wednesday, May 19, 2010

Sketch~

Lama tak melukis. Skill agak berkarat. Tangan agak kaku. Slowly start...get the feel back on track. Aku cukup suka tengok orang melukis secara live. Yang pernah aku jumpa di Genting Highlands, tengok lukisan dia dengan gambar realiti saling tak tumpah. Cukup kagum dan cemburu. Baru-baru ni aku jumpa di downtown Cheras. Steady je abang tu lukis potret wanita yang duduk di hadapan dia. Setakat ni aku banyak jumpa pelukis lelaki, belum pernah lagi aku jumpa pelukis wanita. Akhirnya aku jumpa bakat daripada pelukis wanita. ZINDY NIELSEN.




Website:
http://bored-bored.com/cool/celebrity-drawings-by-zindy-nielsen/
http://zindy-zone.dk/html/drawings/mixed_pencil_drawings.html

Lukisan dia cukup smooth, hampir sempurna pada pandangan mata kasar...aku kagum dengan anugerah yang Tuhan bagi pada wanita ini. Mungkin aku terlewat mengikuti perkembangan ni...maklumlah baru nak hidupkan semula hobi melukis. Cukup cantik, sehingga menaikkan mood aku untuk bersaing dengan bakatnya. Boleh ke?

Aku cuba melukis lagi semalam. Walaupun tak sekemas mana, tapi nampaknya satu comeback yang baik.

Sketch awal.

Lepas siap touch-up.

Gambar sebenar empunya diri.

Hmmm...ini permulaan. Entah berterusan, entahkan tidak...atas aku sendiri. Apa pun, aku harap bakat aku yang tak seberapa ini mampu memberikan satu kepuasan.

Tuesday, May 18, 2010

Menyintai tak bererti memiliki~

Aku membeku. Membisu seribu bahasa. Perasaan diselubungi rasa sayu. Sepi. Aku semakin tenggelam dibawa kecewa. Apa yang aku rasakan kini, pernah aku rasakan 4 tahun dahulu. Perasaan yang sama kembali. Pilu. Hilang keyakinan dan kekuatan. Sesat mencari diri. Aku teringin sekali membawa diri, jauh dari sini. Ada desakan yang meruntun jiwa. Aku semakin bersedia untuk mengorak langkah, pergi jauh dari semua kenangan yang mengusik rasa.

Andai ada peluang untuk aku pergi, aku akan pergi dari kebiasaan di sini. Tak mampu aku selindung kesedihan hati yang ditanggung. Tak ada siapa peduli, tak ada siapa yang mengerti. PadaNya aku merintih, mengimbas segala kenangan dan kesilapan aku sebagai hambaNya. Sungguh meruntun hati wanita ku yang sedang bergolak mencari ketenangan abadi.

Aku ingin pergi, meninggalkan kenangan lalu. Mencari kekuatan baru. Apa yang berlaku sudah tersurat dalam qada' dan qadar Ilahi. Aku sebagai hambaNya harus redha dan cekal menghadapi. Biarpun pahit kenyataan untuk ditelan, namun kenyataan tetap kenyataan. DIA BUKAN UNTUK KU.

Ada bimbang di hujung sendu. Ada gundah di hujung pilu. Tidak ku tahu jika ada insan lain yang mampu menerima diri ini seadanya, sebagaimana diri aku seperti yang diciptakanNya. Andai ku tahu, apa yang ditentukan Ilahi. Mustahil...tak mungkin ku tahu sebelum tibanya waktu.

Aku pasrah, aku akur. Biar masa merawat segalanya...



Saturday, May 15, 2010

Hobi lama~

Aku mencari kembali 'feel' yang dah lama tenggelam. Aku cuba untuk hidupkan semula hobi lama yang semakin dilupakan. Melukis dan menulis. Dah lebih 4 tahun...semenjak aku putus cinta pertama, hobi-hobi ini turut terkubur sama. Sayangnya.

Aku pernah menulis cerpen dan novel, namun perjalanan cerita novel yang pernah aku garap terhenti separuh jalan. Takkan aku lupa jalan cerita yang aku karang semasa di bangku sekolah menengah, mujur aku masih menyimpan copynya. Aku membaca semula karya-karya aku, tak sangka...begitu bersungguh aku menulis dahulu. Penuh perasaan. Hanya kerana cinta yang kecundang, perasaan aku 'mati' bersama-sama hobi yang menjadi teman berbicara.

Aku cuba kembalikan 'feel' yang pernah aku rasakan dahulu. Sukar mendapatkannya pada ketika ini. Aku tercari-cari titik permulaan untuk aku menghidupkan semula apa yang telah aku tinggalkan. Aku akan kembali menulis dan melukis, sambil mencari diri aku yang telah 'hilang' bersama kenangan lalu...


Wednesday, May 12, 2010

My Life Has Just Begins~


Don't really know what to think, what to write. Don't really have the idea. Rezeki aku dengan Astro telah aku tolak pada saat-saat akhir. Kenapa? Aku tak mahu menyesal. Semuanya telah ditakdirkan dan aku akan terus meniti hari dengan cerita baru. Aku percaya dengan takdirNya, apa yang berlaku dalam hidup pasti tersirat hikmah di sebaliknya.

Sesekali meneliti perjalanan hidup. Mengimbau segala kenangan dari kecil hingga dewasa. Perjalanan hidup semasa zaman kanak-kanak berlangsung dengan baik. Diikuti dengan zaman remaja, zaman yang begitu manis dalam sejarah dan akhirnya menuju ke alam dewasa. Tanggal 2 Mei 2010 genap usia aku 24 tahun. Sedar tak sedar, sudah 24 tahun Allah mengizinkan aku bernafas di bumiNya ini. Alhamdulillah. Aku masih mencari hala tuju yang tetap dalam hidup, sejak aku tamatkan pengajian pada November 2009. Orang kata perjalanan aku baru nak bermula, tapi aku rasa aku cukup ketinggalan daripada teman-teman lain yang sudah lama berkerjaya dan ada yang sudah melayari alam rumah tangga. Aku cemburu. Ya, memang aku cemburu.

Waktu aku di usia 17 tahun, aku selalu membayangkan bagaimana diri aku pada lima tahun ke hadapan. Kini, aku membayangkan usia aku pada lima tahun akan datang...bagaimana kehidupan aku pada usia 29 tahun nanti? Berjayakah aku? Gagalkah aku? Aku masih tercari-cari arah, untuk aku membina tapak yang kukuh dalam hidup. Sukar menerima kenyataan, bahawa aku masih belum mampu membuktikan pencapaian aku kepada keluarga tercinta. Adakalanya terasa diri tidak berguna. Begitulah rentak hidup aku, ada pasang surutnya.

Yang pastinya alam dewasa bukan mudah untuk ditempuh. Menuntut pengorbanan dan kudrat. Aku perlu berusaha keras mendapatkan pekerjaan. Aku perlu berkorban untuk mendapatkan sesen wang. Aku perlu bersungguh-sungguh untuk membahagiakan keluarga...dan aku perlu positif untuk aku dapatkan apa yang diingini.

Mungkin benar, perjalanan hidup sebenar aku baru nak bermula...

Wisdom quotation:
"If you don't like something change it; if you can't change it, change the way you think about it."
- Mary Engelbreit