Saturday, May 15, 2010

Hobi lama~

Aku mencari kembali 'feel' yang dah lama tenggelam. Aku cuba untuk hidupkan semula hobi lama yang semakin dilupakan. Melukis dan menulis. Dah lebih 4 tahun...semenjak aku putus cinta pertama, hobi-hobi ini turut terkubur sama. Sayangnya.

Aku pernah menulis cerpen dan novel, namun perjalanan cerita novel yang pernah aku garap terhenti separuh jalan. Takkan aku lupa jalan cerita yang aku karang semasa di bangku sekolah menengah, mujur aku masih menyimpan copynya. Aku membaca semula karya-karya aku, tak sangka...begitu bersungguh aku menulis dahulu. Penuh perasaan. Hanya kerana cinta yang kecundang, perasaan aku 'mati' bersama-sama hobi yang menjadi teman berbicara.

Aku cuba kembalikan 'feel' yang pernah aku rasakan dahulu. Sukar mendapatkannya pada ketika ini. Aku tercari-cari titik permulaan untuk aku menghidupkan semula apa yang telah aku tinggalkan. Aku akan kembali menulis dan melukis, sambil mencari diri aku yang telah 'hilang' bersama kenangan lalu...


No comments:

Post a Comment