Thursday, December 29, 2011

Novel Pilihan~

Agak lama aku tak melayan salah satu hobi aku masa muda remaja dulu -- baca NOVEL. Hmmm...seingat aku...last time aku baca novel pun masa aku di universiti (2007-2009). Semenjak masuk dunia kerjaya ni, langsung tak terusik. Tapi...semenjak memerhatikan hobi mama aku yang mula mengumpul novel sehingga menjadi satu 'kegilaan baru' buatnya...aku pun tertarik sama. Minat menulis aku pun dah lama berkubur sejak aku putus cinta pertama (2006). Agak lama, kan?

Amacam? Ni sebahagian koleksi novel mama aku. Cemburunya aku~~

Novel pilihan aku kali ni -- KU SERU RINDU ITU, karya Hanni Ramsul. Harga di pasaran RM26.00. Aku dan mama aku beli di MPH Jusco AEON Wangsa Maju. Bookstore tu dah jadi 'tempat wajib' untuk aku dan mama aku singgah setiap kali kami ke sana.


Isu utama dalam cerita ni -- POLIGAMI. Perkara yang cukup sensitif dan meresahkan kebanyakan wanita, especially wanita Melayu kerana lelaki Muslim boleh bernikah dengan 4 wanita. Apa yang membuatkan aku tertarik dengan cerita ni disebabkan watak lelakinya, Hisyam yang hidup bahagia bersama isteri dan anak lelaki mereka, Syafiq tetapi masih merasa 'kekosongan' dalam kehidupannya. Dia seperti keliru dengan perasaan dia di mana dia cuba mencari perasaan CINTA yang tak pernah dia rasakan semenjak berkahwin dengan Idayu, walhal dia berasa segalanya melengkapi kehidupannya. Kenapa jadi macam ni ya?

"Aku fikir kau dengan Ayu..."

"Aku pun berharap aku boleh mencintai Ayu. Berharap sangat-sangat. Tapi, aku tak cintakan dia. She's my responsibility. She's my wife. Ibu kepada anak aku," jelas Hisyam perlahan.

"Tujuh tahun kau hidup dengan dia. Tak pernah ada masalah pun. Dia seorang perempuan yang baik, Syam. Seorang isteri yang baik. Mustahil kau tak ada perasaan pada dia. Dia tu isteri kau," ucap Shahrul cuba menasihati.

Hisyam terdiam seketika. Jauh termenung mencari jawapan bagi kata-kata Shahrul yang sehingga sekarang tidak ditemui jawapannya. Padanya rasa cinta tidak pernah tumpah pada Idayu. "Aku jumpa seorang gadis yang boleh buat jantung aku berdebar bila dia pandang aku. Yang buat aku resah bila aku tak dapat melihat wajahnya. Yang membuat aku rindu bila lama tak bertemu. Yang membuat aku rasa bahagia bila dapat bersamanya."

"Idayu?"

Hisyam mengeluh lemah. "Perasaannya tak sama bila aku bersama Idayu. Lain. Kau tak tahu apa yang aku rasa. Bertahun-tahun aku cari perasaan ni. Berharap sangat perasaan ini akan muncul cuma untuk Ayu. Tapi, tak. Perasaan ini muncul untuk orang lain."

Amacam? Apa komen anda? Novel ni betul-betul buat aku tak senang duduk bila baca. Bab emosi jangan cakaplah. Dalam kepala ni macam-macam fikir, macam akulah watak utama dalam novel ni. Hehehe. Idayu, watak utama sebagai isteri Hisyam yang terpaksa berkahwin atas pilihan keluarga. Siapa sangka dalam ketidakrelaan dia menerima kenyataan tu demi ibu ayah tercinta, Allah hadiahkan dia kebahagiaan dengan sifat Hisyam yang sangat romantik, penyayang dan bertanggungjawab. Namun, adilkah untuk Idayu menerima 'kecurangan dalam rahsia' Hisyam selepas meniti tujuh tahun usia perkahwinan?

"What? Hisyam ada perempuan lain? Aku rasa kau patut dengar kata akal kau. I don't believe it. Tak mungkin. Dia begitu bahagia dengan kau. Cara dia pandang kau. Cara dia bercakap dengan kau. It seems you're everything for him. Tak mungkin dia buat kau macam tu. Mustahil. He loves you, Ayu."

"I don't think so," Idayu bersuara perlahan.

Tidak mungkin ada cinta di hati lelaki itu. Hisyam tidak pernah menyatakannya sejak tujuh tahun dulu. Dan...sehingga ke hari ini, kalau dia ingin mencari punca perubahan Hisyam, itulah satu-satunya punca perubahan lelaki itu yang dapat diproses dengan baik oleh akalnya.

"What do you mean by that words, Ayu? Ayu...kau hidup bahagia dengan dia selama ni. Kamu berdua ada Syafiq. Apa yang membenarkan itu semua berlaku kalau bukan kerana cinta?"

"Aku pun tertanya-tanya, apa yang membenarkan kebahagiaan ini menjelma dalam hidup kami?" Idayu seperti keliru.

"Hisyam seorang lelaki yang baik. Mungkin ada yang cemburu dan cuba menghasut kau. Membuat kau prasangka pada suami kau sendiri?"

Idayu mengeluh perlahan. Memandang wajah Hasmieza dengan mata yang berkaca. "Aku lihat sendiri, Mieza. Aku...isteri dia, melihat sendiri dia begitu mesra dengan perempuan lain. Perempuan muda yang cantik."

Jeng..jeng...jeng! Haaa...berkerut tak dahi? Mestilah tak kan...tak baca full story. Memang 'panas' hati aku baca permulaan cerita ni. Ayu, cukup tenang dan bersabar meskipun beberapa kali terserempak rahsia kecurangan suami yang sangat dicintai. Kesetiaan, kejujurannya dalam menjalankan kewajipan seorang isteri telah direntap dengan adegan mesra suami bersama gadis muda yang cantik. Nyatanya Allah memberikan petunjuk kepada si isteri yang tidak pernah mengesyaki onar si suami. Ayu berusaha menenangkan dirinya. Dia akui dia tak cukup tabah untuk mendiamkan diri, namun tak juga kuat untuk membongkar rahsia suaminya. Dia bimbang kehilangan segala kebahagiaan yang dikecapinya selama dia berkahwin itu. Aku kagum dengan watak Ayu!

"Abang perlu cari masa yang sesuai untuk minta izin daripada isteri abang."

"Minta izin? Minta izin apa?" Maisara bertanya dengan nada hairan.

"Minta izin untuk kahwinlah. Untuk apa lagi?"

Maisara tergelak kecil. Dia semakin mengerti akan maksud kata-kata Hisyam itu. "Mungkin abang silap. Memang Sara nak kita kahwin. Tapi, Sara tak nak ada orang ketiga. Abang tak tahu, mungkin sebab Sara tak pernah mention pasal ni. Since abang dah sebut, Sara akan beritahu abang. Sara tak nak berkongsi suami dengan perempuan lain.

Wajah Hisyam jelas mempamerkan ekspresi terkejut dengan kata-kata Maisara itu. Ekspresi terkejut yang bukan sedikit. "Apa maksud Sara?"

"Sara nak abang beritahu isteri abang tentang hubungan kita. Kemudian ceraikan dia. Lepas tu kita akan kahwin," usul Maisara sambil tersenyum manis.

Gedegang...bunyi guruh petir kilat sabung menyabung. Macam filem P. Ramlee la pulak. Hehehehe. So, how? Stereotype? Memang la...cerita poligami kan...kebanyakannya lebih kurang sama. Tapi, pada aku...cerita ni 95% sama dengan kisah silam aku sendiri. Tapi, aku bukanlah sekejam watak Sara. Melalui cerita ni, aku dapat menyelami apa sebenarnya yang LELAKI inginkan dalam hidup. Duduk serumah, tidur sekatil, anak berderet, kebahagiaan melimpah ruah...tapi masih ada rasa kekosongan. Kenapa ya? Kena banyak membaca dan mengkaji sifat manusia nampaknya ni. Rating? Aku bagi 5 bintang~

Ingin aku kongsikan 'Doa Dari Seorang Isteri' untuk tatapan wanita-wanita di luar sana. Moga wanita-wanita Muslim yang bergelar isteri sekalian diberikan kekuatan iman yang teguh padu untuk menempuh liku-liku hidup dalam cabaran berumahtangga....


#notakaki: Tepuk dada, tanya iman~~


Wednesday, December 28, 2011

25-12-11: LOUDSPEAKER Y2K11 Mega Concert~

Selang seminggu dari Konsert Fenomena 30 Tahun Search, sekali lagi aku melapangkan diri menghadiri konsert di Stadium Merdeka pada 25 Disember yang lalu. Konsert yang menggandingkan 2 penyanyi popular masa kini dan 2 lagi kumpulan rock lagenda: Faizal Tahir & The Royale FT Force, Lan & The Typewriter, XPDC & Wings. Tujuan utama aku nak tengok Awie, tapi sejujurnya malam tu aku lebih enjoy dengan persembahan dari Mael & XPDC.

With Dira Abu Zahar, hos Melodi --bertugas sebagai pengacara majlis semasa pembukaan konsert~

With Oney - ex-vocalist Lipan Bara & May (berambut pendek)

Bersama kenalan baru dan lama~

Gembira dapat meluangkan masa bersama si dia dan kawan-kawan. Ada yang dah lama kenal, serasi bersama. Ada yang baru kenal, masih malu-malu aku nak bertegur sapa. Tahun 2011 bakal melabuhkan tirai. Moga tahun 2012 dan tahun-tahun akan datang memberikan lebih banyak senyuman. Apa pun, kenangan di tahun 2011 akan tersimpan rapi dalam album sejarah! (^^,)

#notakaki: Aku takkan lupa muka somebody bila aku cerita pasal life, minat and activity aku sekarang yang lebih kepada genre rock. Reaksinya dengan muka 'penyek' berserta cebikan bibir. You don't like...up to you. But, show some respect lah. Tak perlu buat muka jijik macam you memang dilahirkan dalam high class life. Rock bukan muzik murahan. Jazz juga tak bermakna muzik orang-orang kaya sahaja. Music is universal~~


Thursday, December 22, 2011

Keputusan PMR 2011!




22 Disember 2011, result PMR diumumkan. Sekitar jam 11 pagi aku terima sms daripada sepupu aku yang telah menduduki peperiksaan tersebut. Sejak beberapa hari lalu dia menyuarakan kebimbangan dan meminta aku memberikan kata-kata dorongan kepadanya. Dalam diam aku terharu, memikirkan satu hari akan datang aku akan mempunyai anak dan melalui situasi yang sama sebegini. Ibu abapa mana yang tak mahu anaknya berjaya, kan? Walaupun tak seperti yang diharapkan...dia lulus dengan baik. Kerisauannya berhubung paper gagal jauh meleset. Moga dia akan terus berusaha melaksanakan misi yang lebih baik pada SPM akan datang. Insya Allah.

Teringat kenangan aku di tahun 2001, hadir ke sekolah bersama kawan-kawan untuk mengambil result peperiksaan. Walaupun tak capai target seperti yang diidamkan, tapi keputusannya masih mampu membuatkan aku tersenyum. Aku bukanlah pelajar harapan sekolah, namun keputusan yang diperoleh cukup lega dan gembira. Walaupun keputusan bukan dalam kategori cemerlang, aku dan kawan-kawan rapat meraikan keputusan PMR kami di Flamingo Bowl, Ampang selepas kami pulang dari sekolah. Sakan main boling! (^^,)

Memikirkan dengan lebih jauh, aku berharap tiada berita yang memaparkan pelajar mati bunuh diri kerana kecewa dengan keputusan peperiksaan. Straight A's doesn't mean you're clever enough and no A's doesn't mean you're stupid enough. Aku tak nafikan parent aku pun begitu masa aku di bangku sekolah dulu, especially my mama...dia memang selalu tekankan konsep A dalam exam. Score banyak A maknanya bagus. Since aku dah meniti laluan perjalanan dari UPSR, PMR, SPM, STPM dan universiti, tanggapan aku berubah sama sekali. Peluang yang ALLAH beri pada aku sehingga aku masuk ke universiti menyedarkan aku bahawa A itu sekadar satu polemik. Walau bagaimanapun, senario pada hari ini menunjukkan gred yang 'cantik' membuktikan kebolehupayaan seseorang pelajar dan itulah yang ditekankan oleh kebanyakan majikan bila mencari pekerja fresh graduate. Namun, jika diperincikan...berapa ramai yang score 'A' dalam akademik itu juga sangat bagus dalam aspek komunikasi, terutama sekali kemahiran berbahasa Inggeris dan kemahiran interpersonal? [Maksud interpersonal --> kebolehan seseorang bekerja secara kooperatif di dalam kumpulan, termasuk kebolehan komunikasi secara verbal dan nonverbal, dapat membezakan individu dari segi emosi, motivasi, perangai dan niat, mempunyai perasaan empati serta dapat ketahui kepercayaan, ketakutan dan harapan individu lain iaitu sensitif terhadap perasaan dan emosi orang lain -- Gardner,H 1983[. Contoh mudah seperti berikut:


Namun, pendapat di atas bukan bermakna tiada A bermakna tak apa. Usaha dan kesungguhan itu perlu. Nilai ilmu dan hasil daripada ilmu itu yang harus ditekankan. 'A' hanya sebagai lambang kejayaan daripada usaha yang diterap. Cuma, jangan terlalu obses dengan 'A' sehingga membawa kemudaratan seperti bunuh diri, minum arak, ambil dadah atau berparti liar sebagai tanda kekecewaan.

Untuk adik-adik yang dikasihi sekalian, tepuk dada...tanya pada diri: "Apa aku nak buat lepas ni?"

#notakaki: Entry hari ini aku berbahasa dengan 'skema'. Rindunya aku pada subjek penulisan karangan!


Monday, December 19, 2011

17-12-11: Konsert Fenomena Search 30 Tahun @ Kuala Lumpur

Ok...new updates!


Untuk aktiviti weekend aku kali ni, aku melapangkan diri menikmati hiburan dari kumpulan Rock Lagenda -- SEARCH. Phewwiiittt...! Alkisahnya ini pertama kali aku menyaksikan kumpulan Search beraksi secara live di atas pentas (of course lah atas pentas kan...takkan atas padang kot). Search telah membuat road tour untuk 3 lokasi di Semenanjung: Batu Kawan, Pulau Pinang (19 Nov), Larkin, Johor (3 Dis), dan Kuala Lumpur (17 Dis)...manakala lokasi di Pantai Barat Malaysia, Search akan beraksi di Tawau, Sabah (24 Dis) dan Kuching, Sarawak (31 Dis).

Di KL, lokasi awal di Padang Astaka, Petaling Jaya telah ditukarkan ke Mines Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor. Atas faktor cuaca barangkali, aku pun tak pasti (sebetulnya memang tak tahu). Dipendekkan cerita, aku hampir-hampir melupakan hasrat untuk menyaksikan konsert ni dek kerana 'si dia' tak join sama. Almaklumlah dia merupakan orang yang bertanggungjawab 'menjerumuskan' aku menyaksikan show artis-artis rock dari mula perkenalan kami sehingga ke hari ni. Walau bagaimanapun (cewah...ayat aku...siap ber-penandawacana lagi)...aku diberi lampu hijau oleh si dia untuk pergi menyaksikan sendiri konsert Search tersebut. Fikir punya fikir...campur, tolak, darab, bahagi...on last minute decision, aku jadi juga pergi! Terima kasihlah kepada 'Inche'Wandi, 'Inche' Haris dan kawan yang baru aku kenal, 'Inche' Hasan Jamil kerana menjadi 'bodyguard' aku kat sana. Hahaha...kononnya lah! Tanpa mereka sekalian memang tak sampai aku kat sana~

 
Tiket dan t-shirt free! ;-)

Close-up! Dah balik rumah baru perasan ada kupon minuman percuma! Hampeh!

Alkisahnya lagi aku dan 3 orang pengiring yang baik hati sampai lambat dek kerana faktor hujan dan traffic jammed. Leceh betul KL ni...asal hujan je jalan jammed. Agak lama juga la kami atas jalan. Tapi mujurlah senang je dapat parking malam tu. Nasib!


Antara lagu yang dimainkan: Panggung Khayalan, Fantasia Bulan Madu, Isabella, Rozana, Isi dan Kulit, Pawana, Mat Rock, Paranoid, Meniti Titian Usang, Pelesit Kota, Laila Namamu Teratas, Mentari Merah Di Ufuk Timur (tak semua lagu tersenarai di sini). Aku masuk agak lewat, masa lagu yang kedua baru berada betul-betul dalam dewan. Sedikit excited dan blur (macam tak percaya aku kat situ waktu tu). Dalam keramaian manusia tu aku dan kawan aku si Wandi berusaha mencelah dalam lautan manusia untuk sampai ke depan. Selagi boleh. Akhirnya dapat jugalah port di kanan stage. Sampai ke sudah aku berdiri. Nyatanya...lagu-lagu Search sangatlah feel..!

Amy on stage! Media mengatakan 15,000 pengunjung yang hadir pada malam tu.

 Cewah...akukah itu?

 Cik Mal!

Apa pun, semua peminat sporting & enjoyed. Thumbs up! Lagu kesukaan aku malam tu...Isabella, Rozana, Isi dan Kulit, Pawana dan Fantasia Bulan Madu! Kenangan manis yang takkan aku lupakan~ ;-)

Video yang sempat aku rakam malam tu...see how people enjoyed that show!

#notakaki: Aktiviti akan datang: Konsert Loudspeaker di Stadium Merdeka pada 25 Disember. Konsert Raja & Ratu Rock: Ella & Awie di Istana Budaya pada 15 Januari 2012. Tiket dah beli. Rabak poket aku!

Tuesday, December 13, 2011

Eksplorasi Air Terjun Berkelah!

Mamma mia!

Lama aku tak singgah blog aku ni...berhabuk dah! Fuh fuh! Beberapa minggu sudah, pc di rumah ni adik aku 'bawa lari' ke rumah sewa kawannya untuk siapkan assignment...personal laptop kesayangan pulak aku hantar ke kedai untuk baikpulih. Untuk lebih 2 minggu aku berpuasa blogging. Apa cerita kali ni ye?

Aktiviti weekend aku kebelakangan ni biasa-biasa aje...tak ada aktiviti hang-out dengan kawan-kawan. Tapi...hujung minggu yang lepas aku melapangkan diri untuk ekspedisi air terjun. Di mana? Air Terjun Berkelah!

 Amacam? Cantik tak?

Buat pertama kali aku jejakkan kaki ke Air Terjun Berkelah ni. Ini xpdc yang ketiga aku join dengan team members dari Felda Trading yang memang suka mendaki, diketuai Encik Amer. Ekspedisi pertama aku tahun lepas ke Air Terjun Jerangkang, diikuti program kedua hiking di Gunung Datuk pada awal tahun ni. Aktiviti kali ni dapatlah aku follow dek kerana kelapangan dan keterujaan aku nak masuk hutan. Tempat terbaik untuk menenangkan minda!

Air Terjun Berkelah terletak di Hutan Simpan Berkelah, Maran, Pahang. Hutan lipur ini mempunyai 7 tingkat air terjun dengan ketinggian antara 3 hingga 30 meter. Laluan masuk ke kawasan air terjun ini masih bertanah merah, khabarnya akan diswastakan pada masa akan datang. Ini bermakna jalan akan diturap, kemudahan akan diperbaikpulih dan bayaran juga akan dikenakan. Kami bertolak dari Kuala Lumpur sekitar jam 12 tengah malam. Encik Amer yang 'mengepalai' ekspedisi membawa kami masuk ke campsite untuk kami 'berkampung' selama 2 hari 1 malam. Sayangnya, dari mula bertolak sampai tiba di campsite, aku tak berapa aware dengan waktu. Tak pasti berapa lama perjalanan kami, dari satu tempat ke satu tempat. Sedar-sedar, dah sampai. Yang pastinya aku agak letih semasa dalam perjalanan ke sana, tidur sepanjang perjalanan dek kerana bekerja lebih masa (Malam bertolak tu ada resepsi dinner di rumah bos...lebih 3 jam berdiri aje tak dapat duduk). Habis sahaja tugasan, langsung bergegas ke pejabat Felda Trading untuk tukar pakaian dan bersiap sedia untuk aktiviti kami. Namun, kelesuan aku bertukar segar bila kami memulakan perjalanan masuk ke hutan. Dek kerana masalah rabun malam yang aku hadapi, aku memberikan sepenuh perhatian dengan setiap langkah aku berbantukan headlamp.


Alhamdulillah, cuaca agak baik sepanjang kami di sana. Dari mula sampai, kami berjaga sampai hari cerah. Tapi, aku sempat juga le lelapkan mata sekejap. Itu pun tak sempat nak tengok jam dah berapa lama lelap...tahu-tahu kawan kejutkan ajak mandi. Set alarm untuk tidur 2 jam, tak sempat nak berbunyi pun.

Penjelajahan kami bermula selepas jam 10 pagi. Perjalanan menyelusuri batu-batu besar, tak dapat aku nak ceritakan gambaran yang lebih jelas. Kena datang dan alami sendiri perasaan dan pengalaman ni. Yang nyatanya memang asyik!

Puas hati dapat sampai sini~~

#notakaki: Peringatan kepada mereka-mereka yang berhajat hendak menjejaki air terjun, link berikut menunjukkan tragedi sebenar yang perlu diambil serius dalam setiap trip yang saudara saudari sertai. --> http://maidaribendang.blogspot.com/2011/12/peringatan-kepada-yang-bercadang.html

Wednesday, November 23, 2011

19-11-11: Majlis Resepsi Emy-Ayu

Kembali update!

Sekali lagi aku menghadirkan diri ke majlis persandingan kenalan. Kali ni di Kampung Melayu Rasa Tambahan, Rasa, Hulu Selangor. Aku tak berkesempatan hadir ke majlis pernikahan dan persandingan pihak perempuan pada 11 dan 12 November 2011 di Taiping, Perak. Jauh yeop! Aku tak dapat ambil cuti time tu dek kerana sibuk dengan persiapan terakhir untuk event Transnational Education Conference yang dijadualkan pada 15 & 16 November. Tarikh 'popular' yang dipilih ramai mempelai, 11.11.11...Emy-Ayu pun disatukan.

Dalam kesempatan yang ada, aku melapangkan diri ke majlis pihak lelaki - Suhaimi a.k.a Emy - bersama isteri ter-chenta, Intan Masayu a.k.a Ayu. Aku mengambil tugas untuk menumpangkan cik abg dan juga kenalan kembarku, Cik Dia Ida (nama popular beliau di fesbuk. :-p). Kami datang bertiga ke sana.

Sejujurnya aku katakan mempelai sangat comel, lagi-lagi pengantin perempuannya si Ayu. Dah macam perempuan Arab! Berseri betul wajah dia. Seri pengantin, seri bahagia! Aku yang tengok pun rasa bahagia. (Bukan berangan ye...tumpang gembira je.)

Sweet kan mereka? :-D

Aku dan teman-teman yang meraikan~ ;-)

Candid! Semangatnya pasangan ni sain buku autograph ye! ;-)

Terus-terusan aku mendoakan kebahagiaan mereka yang dah naik pelamin. Moga bahagia Emy-Ayu berpanjanganlah hendaknya. Cepat-cepat timang zuriat~~

#notakaki:  Jangan ada benci bila ikatan sudah dimeterai. Sekali dah akad, pikul tanggungjawab tu sampai ke hujung nyawa.

Lelaki Oh Lelaki!

Puas aku mencari maklumat untuk mendalamkan pemahaman aku mengenai sikap dan perwatakan LELAKI. Macam-macam sumber yang aku baca, macam-macam pengalaman yang ada...tapi aku tetap rasa IT'S COMPLICATED! Susahnya aku rasa. Persoalannya bagaimana? Rumit-rumit wanita, sama rumitnya juga nak memahami lelaki~~



#notakaki: Rasa macam nak sambung study bidang human psychology pulak~


Monday, November 7, 2011

No Story~

Weekend yang suram. Tekanan PMS mendatangkan migrain selama 3 hari berturut-turut. Seksanya. Fasa 'kritikal' yang terpaksa aku tempuh di setiap bulan. Berperang dengan rasa sakit dan perasaan yang tak stabil, bukan satu perkara yang mudah. Melayan rasa rimas dan tidak selesa. Sekuat mana semangat yang aku ada, adakalanya aku terpaksa akur. Pada Allah aku mengadu dan mohon ketenangan serta kekuatan...

Meluaskan pembacaan, aku nak kongsikan apa yang aku dan wanita-wanita lain turut hadapi.

SINDROM PRA-HAID ("PREMENTRUAL SYNDROME")

Mungkin anda pernah bertemu dengan gadis atau wanita yang terlalu sukar didekati dan mempunyai sikap panas baran serta susah untuk bertolak ansur. Emosi yang tidak stabil ini rupa-rupanya berlaku pada waktu-waktu tertentu, pada permulaannya anda mungkin menyangka ianya mempunyai hubungan dengan masa mendapat gaji tetapi apa yang berlaku adalah ianya boleh berlaku pada bila-bila masa tetapi sekali di dalam sebulan. Anda mungkin berdepan dengan seorang wanita yang mengalami Sindrom Pra-Haid. Sila ikuti beberapa fakta mengenainya.

APAKAH SINDROM PRA-HAID (PRE-MENSTRUAL SYNDROME)?

Sindrom Pra-Haid adalah gejala-gejala yang dialami oleh seseorang wanita sebelum kedatangan haid dan ianya berlaku berulang-ulang kali. Gejala-gejala ini berlaku ketika fasa sekretori ataupun fasa luteal di dalam kitaran haid. Gejala-gejala yang dialami boleh terdiri dari gejala fizikal dan gejala-gejala psikologi/emosi. Kajian menunjukkan bahawa terdapat sekurang-kurang 150 jenis gejala yang pernah dilaporkan oleh wanita-wanita yang mempunyai kaitan dengan Sindrom Pra-Haid. Tidak hairanlah mengapa Sindrom Pra-Haid ini dialami oleh berjuta-juta wanita di seluruh dunia. Kajian juga menunjukkan bahawa 85% dari wanita-wanita pernah mengalami satu atau kombinasi dari gejala-gejala Sindrom Pra-Haid. Walau bagaimanapun kebanyakan gejala-gejala yang dialami adalah bersifat ringan dan tidak memudharatkan. Dikatakan bahawa hanya 2-10% daripada wanita-wanita ini mengalami gejala-gejala yang berat serta serius dan memerlukan rawatan.

APAKAH PUNCA SINDROM PRA-HAID?

Punca terjadinya Sindrom Pra-Haid masih menjadi tandatanya walaupun banyak kajian telah dijalankan. Sindrom Pra-Haid hanya berlaku jika wanita berkenaan mengalami proses ovulasi dan salah satu kaedah rawatan Sindrom Pra-Haid ini adalah dengan memberi ubat-ubatan yang dapat merencat atau menghalang berlakunya ovulasi. Wanita yang tidak menjalani proses ovulasi tidak akan mengalami masalah Sindrom Pra-Haid. Sindrom Pra-Haid boleh berlaku se awal 2 minggu sebelum kedatangan haid dan boleh berakhir tidak lewat dari 3-4 hari perdarahan haid. Kebanyakan gejala-gejala yang dihadapi akan berkurangan dan hilang apabila wanita tersebut mengalami perdarahan haid.


APAKAH GEJALA-GEJALA YANG KERAP DIALAMI OLEH WANITA YANG MENGALAMI SINDROM PRA-HAID?

Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat sekurang-kurangnya 150 jenis gejala-gejala yang pernah dilaporkan dialami oleh wanita-wanita yang mengalami Sindrom Pra-Haid, malah ada juga kajian yang menunjukkan ianya hampir mencecah 200 gejala-gejala jika dikumpul kesemuanya. Walau bagaimanapun seseorang wanita akan mengalami salah satu ataupun kombinasi beberapa gejala tersebut sahaja.

Gejala-gejala yang sering dialami oleh wanita-wanita yang mengalami Sindrom Pra-Haid ini merangkumi 3 aspek yang utama iaitu :


 A. GEJALA-GEJALA TINGKAHLAKU ("BEHAVIORAL SYMPTOMS")

Kelesuan dan hilang fokus
Kesukaran tidur (insomnia)
Kurang nafsu seks
Pening
Mengidam makanan-makanan tertentu
Makan secara berlebihan

B. GEJALA-GEJALA PSIKOLOGI ("PSYCHOLOGICAL SYMPTOMS")

Panas baran
Mudah marah
Kemurungan
Mudah menangis
Keliru
Pelupa
Kemurungan
Mengalami tekanan perasaan
Gelisah
Terasa kesunyian
Kurang keyakinan diri

C. GEJALA-GEJALA FIZIKAL ("PHYSICAL SYMPTOMS")

Sakit kepala
Sakit dan ketegangan pada payudara
Sakit belakang
Perut kembong
Kenaikan berat badan
Bengkak pada kaki dan tangan
Loya
Sakit otot dan sendi-sendi

Sumber-sumber maklumat lain -->
1. http://www.womensmentalhealth.org/specialty-clinics/pms-and-pmdd/?gclid=CL724ujho6wCFU0b6woddAt81Q
2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0131&pg=kn_07.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&y=2010

PMS bukan satu penyakit, lebih kepada gejala-gejala psikologi. PMS yang serius digelar PMDD (Pre-menstrual Dysphoric Disorder), memerlukan perhatian yang lebih khusus dan perlu dirujuk kepada pakar untuk mengatasi gejala-gejala yang dihadapi wanita tersebut. -- Maaf andai maklumat ini tidak tepat. Mohon penjelasan daripada yang lebih arif. -- Secara peribadinya, aku sangat-sangat memerlukan perhatian dari orang tersayang di waktu-waktu kritikal ini.


 #notakaki: Hari ni public holiday, bos cakap kena kerja. Tapi aku tak mampu nak datang kerja. Lantak pi la dengan double pay, duit bukan segalanya. Bila melibatkan kesihatan, kerja isn't a priority~