Friday, August 26, 2011

Teringat, Terindu!

Hari ni tetiba perasaan aku 'disampuk' rasa rindu. Rindu pada siapa ya?

Ni gambar 'si dia' masa baby. Rindu dengan dia ni. Tapi dia tak tahu pun. Boleh macam tu? Itu je nak cakap.

#notakaki: Sejak akhir-akhir ni ada je jejaka yang merisik status aku. Apo nak dikato?

Wednesday, August 24, 2011

Photoshoot!

Sebut je photoshoot...mesti terlintas kat kepala model-model cun yang tinggi lampai, badan ramping kerengga (walau kebanyakannya kering melidi) dengan wajah cantik tersolek indah. Tapi, kat sini aku nak tunjukkan bakat-bakat yang terdiri daripada kenalan aku sendiri. Berbakat sebagai jurusolek dan jurugambar. Modelnya? Tengok sendirilah!















Inilah jurusolek yang bertanggungjawab menconteng muka model. Kak Shy Akhma~


Hasilnya! Model: Nadia~

Itu sebahagian daripada gambar-gambar yang aku ambil. Jurugambar amatur aje pun...guna hp HTC Incredible S milik Cik Nadia. Tapi, nak tahu siapa jurugambar sebenarnya? Mari kita tengok.


Yang kanan tu nama dia Kery. Kawan sekolah aku. Jom tengok hasil 'tangkapan' Encik Kery kita ni.








Inilah sebahagian daripada artwork from the guy named Kery. To me, all are awesome! Pada yang berminat nak menggunakan khidmat jurusolek dan jurugambar ni, bolehlah risik-risik pada tuan punya blog ya!

#notakaki: Aku menyesal pakai korset masa photoshoot ni. Langsung tak selesa! Tulang korset tu bengkok! Mongok metul~ (=,=)'

Interview Lagi!

Ada satu lagi panggilan interview dijadualkan esok, jam 10.30 pagi. Nampak gayanya terpaksa lepaskan dulu since dah confirm nak berkhidmat di Jalan Ampang tu.


#notakaki: Thank you, Allah. Rezekimu luas. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dariMu. Hanya Kau yang Maha Mengetahui~

Interview!

Hari ni aku nak bercerita panjang lebar.

Alhamdulillah..untuk sekian kalinya, masih ada panggilan interview setelah menanti beberapa ketika. Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan! Since 'ditamatkan' perkhidmatan secara rasmi pada 19 Julai 2011, aku telah menjadi 'penanam anggur' untuk tempoh sebulan. Pada 15 Ogos, aku terima satu panggilan interview daripada seorang wanita dan minta aku datang berjumpa dengannya pada 16 Ogos dan hadir interview pada keesokannya, 17 Ogos 2011. Pengalaman interview kali ni cukup mendebarkan dek kerana nama besar yang termaktub. Siapa tak gerun kalau menerima tawaran kerja dari kedutaan. Aku hanyalah insan biasa! Kelam kabut aku membuat persiapan yang tak berapa nak siap pun sebenarnya dek kerana nervous yang melampau-lampau. Sesungguhnya Allah betul-betul nak uji aku. Perasaan tak percaya, gugup, seram, tak pasti...semuanya bercampur baur. Fikiran negatif dan positif berperang dalam kepala. Negatif: Am I capable enough? Positif: This is a great chance, Mal! Challenge yourself! Malam sebelum interview tu aku menangis! Tertekan gila...macam-macam aku fikir. Aku call 4 orang kenalan hanya untuk dapatkan sikit kata-kata perangsang demi menutup kekalutan fikiran yang tak menentu. Dan, kata-kata Khairizam Kamaruddin betul-betul buat aku terbuka mata dan minda. Thanks, dude!

Pada hari interview, aku keluar awal. Lokasi Jalan Ampang tak jadi masalah memandangkan akses kemudahan awam sangatlah mudah di situ. Aku tiba sejam awal! Dalam bulan-bulan puasa ni, manalah aku nak lepak. Kalau tak bolehlah aku makan-makan breakfast dulu kan. Sampai juga masanya aku melangkah masuk ke tempat interview. First time merasa pemeriksaan ketat daripada pegawai sekuriti yang bertugas. Dah macam penjenayah rasanya. For sure, their English sounds better than me! Impressed! Dah tentulah kan...kerja di kedutaan, mestilah diorang dah banyak belajar and improved.

For clear-cut, the interview was successfully done! Pleasant conversation I had...I spoke to white lady that will be my 'future boss'. She encouraged me said this is a great chance that I can take. Punya gelabah pada malam tu, alhamdulillah the interview went well without any barrier. Aku just jawab apa yang aku boleh jawab dengan sejujur-jujurnya. Hari yang sama aku dapat panggilan yang confirmkan yang aku bakal diterima, cuma nak dapatkan pengesahan untuk criminal check up. If everything clear, I'll get the job.

Dan hari ni, aku dapat panggilan...I've passed the criminal check up and I got the job! Nak melompat happy ke nak terkedu ya? Aku tergamam lagi!

#notakaki: 17 Ogos hari Nuzul Al-Quran. Selangor cuti. Balik dari interview, aku dengan housemates terjah Masjid Jamek. Pergh! Manusia macam semut, padat macam hari weekend. Sudahnya aku balik rumah dengan migrain!

Tuesday, August 23, 2011

Lagu Retro Raya!

Vah vah vah...raya dah dekat...tinggal berapa hari je lagi ni. Tapi musykil la pulak..dah jarang-jarang dengar bunyi mercun pong pang pong pang kat area rumah aku ni. Supplier dah bangkrap ka? Atau masyarakat dah mula sedar diri? Bagus sangat la tu kan..tak ada la lagi mangsa yang terpaksa beraya berbalut anggota badan. Tapi sunyi la pulak rasanya tak ada bunyi mercun.  Terasa lak kehilangan. Hehehee...

Bila nak raya ni, LAGU RAYA semestinya meniti di bibir-bibir mungil si cantik manis dan si kacak bergaya. Baik yang tua atau yang muda, yang miskin atau yang kaya...semua semangat nak raya. Aku pun tak terkecuali. Masuk je 20hb baru terasa bahang raya tu. Baru sampai mood la orang kata. Ringtone hp pun dah bertukar nada. Kellass kau Jah! (ala-ala iklan Ribena - Sharifah Shahira).

Sekarang ni memang bersepah lagu-lagu raya baru diterbitkan. Tapi...aku tetap memilih lagu retro. Klasik! Cukup kuat mengulit kenangan zaman kanak-kanak. Antara lagu-lagu RETRO raya kesukaan aku:

1. Seloka Hari Raya - Hail Amir & Uji Rashid
2. Suasana Hari Raya - Sharifah Aini
3. Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Sudirman
4. Balik Kampung - Sudirman
5. Aidilfitri - Sanisah Huri
6. Selamat Hari Raya - Saloma
7. Selamat Hari Raya - Fazidah Joned
8. Selamat Berhari Raya - Rahimah Rahim
9. Suasana Riang Di Hari Raya - Junainah M.Amin
10. Selamat Hari Raya - Ahmad Jais
11. Menjelang Hari Raya - D.J. Dave
12. Hari Raya Bahagia - Jay Jay
13. Suasana Hari Raya - Anuar Zain & Elina
14. Indahnya Beraya Di Desa - Azlina Aziz
15. Senandung Hari Raya Untukmu - Dayangku Intan
16. Pulang Di Hari Raya - Noorkumalasari
17. Satu Hari Di Hari Raya - M.Nasir

Tu dia...panjang bebenor listnya. Ini baru lagu-lagu lama. Lagu-lagu moden? Aku cukup suka lagu-lagu album raya Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri. Memang tak jemu dengar. Tak kira laa lagu baru atau lama, kan...yang pastinya semuanya membawa makna di saat-saat warga Malaysia tengah bersemangat gila nak beraya. ^^,


#notakaki: Tahun ni kita sambut merdeka raya, family aku tak kibar lagi Jalur Gemilang di rumah dan di kereta. Adeh!

Song of The Day~

Holaa..setakat ni aku belum lagi post any entry yang berkaitan muzik meskipun aku ni suka bebenor dengar lagu. Lagu pilihan ketika ini, (dalam mode jiwang tak menentu ni) aku ter-jatuh kiok dengan lagu nyanyian Kelly Clarkson & Justin Guarini. Tajuk TIMELESS. Boleh karaoke ni. Hehee! ^^,


Baby come close let me tell you this
In a whisper my heart says you know it too
Baby we both share a secret wish
And you feelin' my love reaching out to you

Timeless
Don't let it end (no)
Now that you're right here in my arms where you should stay
Hold tight baby
Timeless
Don't let it fade out of sight
Just let the moments sweep us both away
Lifting us to where
We both agree
It's just timeless love

I see it all baby in your eyes
When you look at me you know i feel it too (yes I do)
So lets sail away and be forever baby
Where the crystal ocean melts into the sky
We shouldn't let the moment pass
Making me shiver let's make it last
Why should we lose it don't ever let me go

Timeless
Don't let it end (no)
Now that you're right here in my arms where you should stay
Hold tight baby
Timeless
Don't let it fade out of sight
Just let the moments sweep us both away
Lifting us to where
We both agree
It's just timeless love

Timeless
Baby its timeless
Oh baby its timeless

Timeless
Don't let it fade out of sight
Just let the moments sweep us both away
Lifting us to where
We both agree
It's just timeless
It's just timeless
Love
http://www.youtube.com/watch?v=iVaG2ZSt04w&feature=related

Gelak Berisi~


Anak: Mak, apa dalam perut mak tu?
Mak: Adik hang laa..
Anak: Mak benci adik ke?
Mak: Ehhh..mak tak pernah benci anak mak.
Anak: Dah tu, kenapa mak telan dia?
Mak: Kalau aku tampaq hang, jangan tanya pasai pa nohh..ish!


Langsung meledak tawa aku bila baca dialog ni dalam FB kenalan sekolahku: Kak Shy Akhma. Gelak..gelak juga. Bila difikirkan sedalam-dalamnya, macam mana laa aku nak menjawab dengan bijak unexpected questions daripada anak-anak kecil ni. Contohnya: Mak, kenapa abang tu peluk kakak tu? Ibu, kenapa lelaki tak boleh tidur dengan perempuan? Mama, kenapa perempuan tak sama dengan lelaki? Fuh, berpeluh juga nak mencari jawapan simple tapi terbaik just in few seconds. Korang boleh ke jawab?
Zaman semakin maju, banyak sengat perkara yang 'terdedah'. Anak-anak kecil penuh dengan perasaan nak tahu. Kita yang dewasa pula yang tersipu malu. Jawapan tipikal: "Ahh..adik kecik lagi. Tak payah tahulah!" Sudahnya anak kecil tu cari jawapan sendiri. Tak ke haru!


“Renung-renungkan dan selamat beramal!” ^^,

Roti Goreng!


Bila disebut roti goreng..langsung terlintas terlintas dalam kepala aku, roti Gardenia yang berintikan sardin...disalut telur dan digoreng. Tapi..bila si dia mms aku menu berbukanya, terpinga-pinga aku tak kenal rupa. Roti goreng a.k.a arbak. Korang pernah makan?



Ini le rupa dia. Anehnya...kenapa aku tak pernah jumpa yek? Aku beli roti ni di bazar Ramadhan Liga Mas, Batang Kali, Hulu Selangor. First time dalam sejarah merasa roti ni! Sedap juga. Terima kasih bebanyak buat si dia sebab kenalkan. Aku jadi jakun sekejap. Hehee! ^^,


Friday, August 19, 2011

Kuih Raya atau Biskut Raya?

Sempena hari raya yang bakal menjelang ni...ramailah kiranya dah siap membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Syawal. Macam-macamlah yang dibeli. Dari bab pakaian, kelengkapan rumah, termasuklah juga KUIH RAYA.

Sebetulnya kita patut gunakan perkataan KUIH RAYA atau BISKUT RAYA? Kemusykilan tu. Pada pendapat aku la...perkataan biskut tu menggambarkan makanan yang rangup apabila dimakan, manakala kuih pula menggambarkan makanan yang lembut. Maka, penggunaan yang sesuai ialah biskut raya. Betul tak?

Tak kisahlah. Pengunaan perkataan 'kuih raya' tu dah cukup tabu di kalangan masyarakat Melayu. Maka, soal nahu tatabahasanya adalah dikecualikan. Apa pun, aku tetap menggelarkannya sebagai BISKUT ye. Untuk sambutan lebaran tahun ni, aku melakar sejarah peribadi di mana aku berjaya buat beberapa jenis biskut raya. Hoyehh untuk diri sendiri! Kalau tahun-tahun yang sudah, aku jadi assistant mama aku je. Ada juga tahun yang kami beli 'biskut tunjuk-tunjuk' di bazar Ramadhan. Untuk tahun ni mama aku serahkan 100% kepercayaan pada aku untuk melaksanakan misi lebaran tersebut. Hasilnya?

 Biskut Chocolate Cornflakes!

Biskut retro: Dahlia~


Biskut retro: Samperit!

Biskut Cornflakes!

Tart nenas gulung~

Sedap ke tak? Walaupun belum boleh menyaingi kilang-kilang pengeluar biskut raya, tapi rasanya masih boleh diterima anak tekak lagi...hehehe. Asalkan..bila baling ke dinding, dinding tak retak..kan, kan? Tahun depan, insya Allah akan cuba buat lagi. Itu pun kalau ada kesempatan dan rezeki lebih! ^^,

Saturday, August 13, 2011

The Cave of The Golden Rose


Pernah dengar English movie yang popular tahun 90-an dulu? The Cave of The Golden Rose? Movie fiksyen bersiri dengan watak utama bernama Fantaghiro, Romualdo dan Tarabas? Filem ni betul-betul mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak aku dulu. Kalau tak silap aku dulu TV2 RTM tayangkan pada waktu malam. Aku dengan mama aku jadi penunggu setia siri ni. Bukan main lagi aku berangan...macam aku la watak Fantaghiro tu. Ramualdo tu pula kekasih hati aku. Ish2...apa nak jadilah. Hehehe. Tapi bila besar-besar ni...aku terjatuh hati pulak dengan watak antagonis -Tarabas- tu. Cerita ni betul-betul mengulit kenangan la!

Ahah! Ini watak utama dalam filem fantasi ni. Prince Romualdo & Princess Fantaghiro~

Tak dinafikan, Fantaghiro dalam cerita ni memang cantik. Aku suka dengan karakter dia yang degil dan berani~

Romualdo...hero utama cerita ni. Handsome tak?


Tu dia! Kacak kan? Haaa...ini la watak Tarabas. Hero jahat tapi macho. Pada siapa yang belum pernah tonton tu, cuba la tonton sampai habis. Movie santai...elok juga suami isteri duduk bersama tonton movie macam ni. Boleh juga mengeratkan ikatan perkahwinan yang lama tak dihangatkan tu. Cewah...bukan main lagi aku.

Hari ni aku download semua siri movie ni...nak layan cerita ni sampai habis, wanna bring back my childhood memories! ^^,

Link for synopsis of the movie + characters:
http://en.wikipedia.org/wiki/Fantaghir%C3%B2_series

Friday, August 12, 2011

Kad Raya Datang Lagi~


Sempena Aidilfitri yang bakal disambut 2 minggu lagi, aku mengambil kesempatan memborong kad raya di kedai buku. Macam tahun-tahun sudah...aku merajinkan diri menghantar kad raya buat kawan2 rapat aku. Kolot? Helooo...kad raya macam ni tradisi yang patut dikekalkan, ada baru sentimental value. Setakat sms, email...apa yang best? Sekurang-kurangnya, boleh tempek kad raya ni kat dinding rumah bila raya nanti. Masa ni jugak laa nak send kad raya pada kekasih, jejaka/dara pujaan mahupun BEKAS kekasih...hehehee.

Tapi, aku perasan...harga kad raya tahun ni MAHAL sikit daripada biasa. Adalah kenaikan dalam RM1.00-RM1.50 compare dengan harga last year. Kad raya pun jadi mangsa kenaikan harga jugak ke? Tapi, tak apa...graphic design kad2 yang aku beli tu agak menarik. Aku 'pejam mata' aje laa tengok harga kad raya tu. Bukan itu aje...kos setem untuk 1 kad raya pun dah jadi RM0.50. Tak kisah apa jenis bentuk/saiz...dengan syarat tak melebihi 50 gram. (Ini kata kerani pos yang attend aku masa aku beli setem) Kalau aku ada 15 keping kad...mesti guna 15 keping setem kan? Satu setem RM0.50...darab 15...sama dengan RM7.50! Ish, ish, ish...apa nak jadi laa negara aku sekarang ni. Semuanya nak naik harga. Jangan pulak lepas ni, isi angin tayar kereta pun nak kena bayar jugak! Haru~~~

#notakaki: Tradisi yang masih aku ikuti. ;-)

Dah Jadi Mummy!

Tahun lepas sorang demi sorang kawan sebaya aku naik pelamin. Ada juga yang dah jejak pelamin bertahun-tahun lebih awal. Lepas tu masing-masing berlumba buat anak. (Hehehe...jangan marah aa kawan-kawan!). Dan, tahun ni ada yang selamat 'menetas'kan zuriat...ada juga yang masih menunggu waktu kelahiran. Alhamdulillah...bertambah umat Muhammad s.a.w...aku tumpang gembira jugak la. Kalau sebelum ni aku sibuk cuci mata tengok gambar kahwin orang, sekarang ni aku cuci mata tengok gambar baby pulak. Alahaiii...sukanya aku pada baby...comel-comel belaka! Jangan ditanya turn aku bila...the answer is, BELUM SAMPAI SERU LAGI. Hehehe...typical answer tapi penat mak nak menjawab soalan yang sama, nyah! Apa pun congrates to my ex-school mates yang dah ada anak tu...be a good father and mother ya. Dan tak lupa juga pada makcik aku yang aku 'apitkan' masa dia sanding tahun lepas. Sudah dapat baby girl yang sangat comel! ^^,

[Photo 1]
1: Ni Haza...kawan sekolah masa sekolah rendah dan sekolah menengah dulu. Ni majlis sanding dia tahun lepas di Ampang [2010]. Majlis yang aku attend tu di belah Haza kat Jln Semarak~

[Photo 2]
2: Tadaa...! Ni rupa si kecik bertuah..anak sulung Haza. Namanya Airish Nur Qasrina.


[Photo 3]
3: Selonoknya dah ada baby...boleh bawa gi jenjalan! ^^,

[Photo 4]
4: Yang ni lak kawan sekolah menengah aku...Faizal & Zulizah bersama Marsya Maisarah. ^^,

[Photo 5]
5: Yang ini pun kawan baik aku masa sekolah menengah dulu...Zul Botak & Yati bersama Darwisha montel! Diorang dah nikah tahun 2006 lagi~ ^^,


[Photo 6]
6: Yang ini kawan sekolah aku, Baizuralina. Baru aje bersalin baru-baru ni. Dapat baby boy Ramadhan named Al Danial Darwisy~

[Photo 7]

[Photo 8]
7 & 8: Ahhaa...dan yang ini pulak sepupu comel milik makcikku...Nurin Aina Damia namanya. Memang menjadi rebutan la raya tahun ni~ ^^,

Itulah dia beberapa gambar baby bertuah yang terpilih dalam blog aku ni. Macam-macam nama sekarang ni kan...kalau tak letak 3 nama memang tak sah. Hmm...apa pulak laa nama anak aku nanti yek? Kena stand by awal-awal ni...! Opss! Hehee~~