Tuesday, August 23, 2011

Gelak Berisi~


Anak: Mak, apa dalam perut mak tu?
Mak: Adik hang laa..
Anak: Mak benci adik ke?
Mak: Ehhh..mak tak pernah benci anak mak.
Anak: Dah tu, kenapa mak telan dia?
Mak: Kalau aku tampaq hang, jangan tanya pasai pa nohh..ish!


Langsung meledak tawa aku bila baca dialog ni dalam FB kenalan sekolahku: Kak Shy Akhma. Gelak..gelak juga. Bila difikirkan sedalam-dalamnya, macam mana laa aku nak menjawab dengan bijak unexpected questions daripada anak-anak kecil ni. Contohnya: Mak, kenapa abang tu peluk kakak tu? Ibu, kenapa lelaki tak boleh tidur dengan perempuan? Mama, kenapa perempuan tak sama dengan lelaki? Fuh, berpeluh juga nak mencari jawapan simple tapi terbaik just in few seconds. Korang boleh ke jawab?
Zaman semakin maju, banyak sengat perkara yang 'terdedah'. Anak-anak kecil penuh dengan perasaan nak tahu. Kita yang dewasa pula yang tersipu malu. Jawapan tipikal: "Ahh..adik kecik lagi. Tak payah tahulah!" Sudahnya anak kecil tu cari jawapan sendiri. Tak ke haru!


“Renung-renungkan dan selamat beramal!” ^^,

No comments:

Post a Comment