Friday, August 12, 2011

Dah Jadi Mummy!

Tahun lepas sorang demi sorang kawan sebaya aku naik pelamin. Ada juga yang dah jejak pelamin bertahun-tahun lebih awal. Lepas tu masing-masing berlumba buat anak. (Hehehe...jangan marah aa kawan-kawan!). Dan, tahun ni ada yang selamat 'menetas'kan zuriat...ada juga yang masih menunggu waktu kelahiran. Alhamdulillah...bertambah umat Muhammad s.a.w...aku tumpang gembira jugak la. Kalau sebelum ni aku sibuk cuci mata tengok gambar kahwin orang, sekarang ni aku cuci mata tengok gambar baby pulak. Alahaiii...sukanya aku pada baby...comel-comel belaka! Jangan ditanya turn aku bila...the answer is, BELUM SAMPAI SERU LAGI. Hehehe...typical answer tapi penat mak nak menjawab soalan yang sama, nyah! Apa pun congrates to my ex-school mates yang dah ada anak tu...be a good father and mother ya. Dan tak lupa juga pada makcik aku yang aku 'apitkan' masa dia sanding tahun lepas. Sudah dapat baby girl yang sangat comel! ^^,

[Photo 1]
1: Ni Haza...kawan sekolah masa sekolah rendah dan sekolah menengah dulu. Ni majlis sanding dia tahun lepas di Ampang [2010]. Majlis yang aku attend tu di belah Haza kat Jln Semarak~

[Photo 2]
2: Tadaa...! Ni rupa si kecik bertuah..anak sulung Haza. Namanya Airish Nur Qasrina.


[Photo 3]
3: Selonoknya dah ada baby...boleh bawa gi jenjalan! ^^,

[Photo 4]
4: Yang ni lak kawan sekolah menengah aku...Faizal & Zulizah bersama Marsya Maisarah. ^^,

[Photo 5]
5: Yang ini pun kawan baik aku masa sekolah menengah dulu...Zul Botak & Yati bersama Darwisha montel! Diorang dah nikah tahun 2006 lagi~ ^^,


[Photo 6]
6: Yang ini kawan sekolah aku, Baizuralina. Baru aje bersalin baru-baru ni. Dapat baby boy Ramadhan named Al Danial Darwisy~

[Photo 7]

[Photo 8]
7 & 8: Ahhaa...dan yang ini pulak sepupu comel milik makcikku...Nurin Aina Damia namanya. Memang menjadi rebutan la raya tahun ni~ ^^,

Itulah dia beberapa gambar baby bertuah yang terpilih dalam blog aku ni. Macam-macam nama sekarang ni kan...kalau tak letak 3 nama memang tak sah. Hmm...apa pulak laa nama anak aku nanti yek? Kena stand by awal-awal ni...! Opss! Hehee~~


No comments:

Post a Comment