Friday, August 19, 2011

Kuih Raya atau Biskut Raya?

Sempena hari raya yang bakal menjelang ni...ramailah kiranya dah siap membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Syawal. Macam-macamlah yang dibeli. Dari bab pakaian, kelengkapan rumah, termasuklah juga KUIH RAYA.

Sebetulnya kita patut gunakan perkataan KUIH RAYA atau BISKUT RAYA? Kemusykilan tu. Pada pendapat aku la...perkataan biskut tu menggambarkan makanan yang rangup apabila dimakan, manakala kuih pula menggambarkan makanan yang lembut. Maka, penggunaan yang sesuai ialah biskut raya. Betul tak?

Tak kisahlah. Pengunaan perkataan 'kuih raya' tu dah cukup tabu di kalangan masyarakat Melayu. Maka, soal nahu tatabahasanya adalah dikecualikan. Apa pun, aku tetap menggelarkannya sebagai BISKUT ye. Untuk sambutan lebaran tahun ni, aku melakar sejarah peribadi di mana aku berjaya buat beberapa jenis biskut raya. Hoyehh untuk diri sendiri! Kalau tahun-tahun yang sudah, aku jadi assistant mama aku je. Ada juga tahun yang kami beli 'biskut tunjuk-tunjuk' di bazar Ramadhan. Untuk tahun ni mama aku serahkan 100% kepercayaan pada aku untuk melaksanakan misi lebaran tersebut. Hasilnya?

 Biskut Chocolate Cornflakes!

Biskut retro: Dahlia~


Biskut retro: Samperit!

Biskut Cornflakes!

Tart nenas gulung~

Sedap ke tak? Walaupun belum boleh menyaingi kilang-kilang pengeluar biskut raya, tapi rasanya masih boleh diterima anak tekak lagi...hehehe. Asalkan..bila baling ke dinding, dinding tak retak..kan, kan? Tahun depan, insya Allah akan cuba buat lagi. Itu pun kalau ada kesempatan dan rezeki lebih! ^^,

No comments:

Post a Comment