Tuesday, August 23, 2011

Lagu Retro Raya!

Vah vah vah...raya dah dekat...tinggal berapa hari je lagi ni. Tapi musykil la pulak..dah jarang-jarang dengar bunyi mercun pong pang pong pang kat area rumah aku ni. Supplier dah bangkrap ka? Atau masyarakat dah mula sedar diri? Bagus sangat la tu kan..tak ada la lagi mangsa yang terpaksa beraya berbalut anggota badan. Tapi sunyi la pulak rasanya tak ada bunyi mercun.  Terasa lak kehilangan. Hehehee...

Bila nak raya ni, LAGU RAYA semestinya meniti di bibir-bibir mungil si cantik manis dan si kacak bergaya. Baik yang tua atau yang muda, yang miskin atau yang kaya...semua semangat nak raya. Aku pun tak terkecuali. Masuk je 20hb baru terasa bahang raya tu. Baru sampai mood la orang kata. Ringtone hp pun dah bertukar nada. Kellass kau Jah! (ala-ala iklan Ribena - Sharifah Shahira).

Sekarang ni memang bersepah lagu-lagu raya baru diterbitkan. Tapi...aku tetap memilih lagu retro. Klasik! Cukup kuat mengulit kenangan zaman kanak-kanak. Antara lagu-lagu RETRO raya kesukaan aku:

1. Seloka Hari Raya - Hail Amir & Uji Rashid
2. Suasana Hari Raya - Sharifah Aini
3. Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Sudirman
4. Balik Kampung - Sudirman
5. Aidilfitri - Sanisah Huri
6. Selamat Hari Raya - Saloma
7. Selamat Hari Raya - Fazidah Joned
8. Selamat Berhari Raya - Rahimah Rahim
9. Suasana Riang Di Hari Raya - Junainah M.Amin
10. Selamat Hari Raya - Ahmad Jais
11. Menjelang Hari Raya - D.J. Dave
12. Hari Raya Bahagia - Jay Jay
13. Suasana Hari Raya - Anuar Zain & Elina
14. Indahnya Beraya Di Desa - Azlina Aziz
15. Senandung Hari Raya Untukmu - Dayangku Intan
16. Pulang Di Hari Raya - Noorkumalasari
17. Satu Hari Di Hari Raya - M.Nasir

Tu dia...panjang bebenor listnya. Ini baru lagu-lagu lama. Lagu-lagu moden? Aku cukup suka lagu-lagu album raya Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri. Memang tak jemu dengar. Tak kira laa lagu baru atau lama, kan...yang pastinya semuanya membawa makna di saat-saat warga Malaysia tengah bersemangat gila nak beraya. ^^,


#notakaki: Tahun ni kita sambut merdeka raya, family aku tak kibar lagi Jalur Gemilang di rumah dan di kereta. Adeh!

No comments:

Post a Comment