Saturday, August 13, 2011

The Cave of The Golden Rose


Pernah dengar English movie yang popular tahun 90-an dulu? The Cave of The Golden Rose? Movie fiksyen bersiri dengan watak utama bernama Fantaghiro, Romualdo dan Tarabas? Filem ni betul-betul mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak aku dulu. Kalau tak silap aku dulu TV2 RTM tayangkan pada waktu malam. Aku dengan mama aku jadi penunggu setia siri ni. Bukan main lagi aku berangan...macam aku la watak Fantaghiro tu. Ramualdo tu pula kekasih hati aku. Ish2...apa nak jadilah. Hehehe. Tapi bila besar-besar ni...aku terjatuh hati pulak dengan watak antagonis -Tarabas- tu. Cerita ni betul-betul mengulit kenangan la!

Ahah! Ini watak utama dalam filem fantasi ni. Prince Romualdo & Princess Fantaghiro~

Tak dinafikan, Fantaghiro dalam cerita ni memang cantik. Aku suka dengan karakter dia yang degil dan berani~

Romualdo...hero utama cerita ni. Handsome tak?


Tu dia! Kacak kan? Haaa...ini la watak Tarabas. Hero jahat tapi macho. Pada siapa yang belum pernah tonton tu, cuba la tonton sampai habis. Movie santai...elok juga suami isteri duduk bersama tonton movie macam ni. Boleh juga mengeratkan ikatan perkahwinan yang lama tak dihangatkan tu. Cewah...bukan main lagi aku.

Hari ni aku download semua siri movie ni...nak layan cerita ni sampai habis, wanna bring back my childhood memories! ^^,

Link for synopsis of the movie + characters:
http://en.wikipedia.org/wiki/Fantaghir%C3%B2_series

No comments:

Post a Comment