Sunday, September 18, 2011

16-09-11: Konsert Sampaikan Salam Alleycats

Best sangat!

Tak boleh nak jelaskan dengan kata-kata supaya orang lain dapat rasa apa yang aku rasa. First time dapat tengok ALLEYCATS perform live depan mata dalam satu konsert eksklusif di Istana Budaya. Selama ni aku cuma membesar dengan lagu-lagu puitis yang menusuk jiwa daripada band ni...tak sangka aku dapat peluang menonton secara langsung! Datuk David Arumugam masih gah di pentas, seiring dengan 40 tahun pengalaman Alleycats di persada seni. Alunan suara Datuk David di usia 61 tahun masih mantap! Aku terkedu setiap kali dia mula nyanyian untuk sesuatu lagu tu. Alunan suaranya jelas dan lantang. Menyentap kalbu!


Masa mula-mula sampai, aku kagum tengok macam-macam kaum ada. Bangsa asing pun ada! Alleycats patut digelar band 1Malaysia. Ramai juga yang bawa anak-anak bersama. Dah macam family event juga! ^^,




Gandingan mantap Datuk David Arumugam bersama Glenn [pengganti Datuk Loga] & Dasha Loga [anak perempuan Datuk Loga] menjadikan konsert berjalan dengan sempurna. Alleycats menghiburkan peminat dengan seleksi lagu-lagu popular-- Senyumlah Kuala Lumpur sebagai lagu pembuka tirai...Senandung Semalam, Jika Kau Bercinta Lagi, Kisah Kau dan Aku, Seribu Bintang, Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi, Setahun Sudah Berlalu, Nota Terakhir, Kerana, Layang-Layang Terputus Talinya, Sampaikan Salam Cintaku, Joget Tersalah Pikat, Berjuta, Batu, Rayuan Di Puncak Genting, Andainya Aku Pergi Dulu, Istana Pasir, Gerimis Senja, Tahun Enam Puluhan, Suara Kekasih dan lagu Hingga Akhir Nanti sebagai penutup persembahan. Beberapa lagu nyanyian mendiang Datuk Loga telah diperdendangkan oleh Glenn dan Dasha sebagai memperingati dan menghargai jasa Datuk loga bersama Alleycats sepanjang hayatnya. Mungkin ada lagu yang tertinggal list di sini...apapun, lagu-lagu Alleycats memang evergreen! Truly enjoyed the performance! ^^,

Tiket konsert yang telah ditandatangani!


4CD + VCD dengan harga RM25 sahaja. [Harga asal: RM46.50]. Juga telah ditandatangani~ 

#notakaki: Ini konsert ketiga di Istana Budaya yang aku attend di tahun 2011 ni. Konsert pertama: Fransisca Peter, konsert kedua: Wings & Superfriends - Opera Hidup. Aktiviti seni akan datang -- Konsert 2 Raksasa -- Blues Sang & Sweet Charity. Bukan di Istana Budaya, tetapi di Stadium Merdeka pada 1 Oktober 2011!

No comments:

Post a Comment