Sunday, September 18, 2011

18-09-11: Wedding Akhma & Zaim!

Hari ni aku melapangkan diri untuk attend majlis resepsi kawan sekolah menengah dulu - Zaim dan Akhma - di Dewan Merak Kayangan, Felda, Jalan Gurney. Alhamdulillah, rasanya dah lebih 10 tahun mereka berdua menyulam cinta bersama, akhirnya disatukan juga. Fuhhh...lama tu! Tahniah buat kedua dua mempelai. Paling menarik, tema pengantin kali ni bertemakan Bollywood. Nice idea! Lagu-lagu Hindustan diperdengarkan kepada tetamu, diselangi dengan lagu-lagu romantis Inggeris. Sesekali rasa nak goyang kaki dan bahu je bila dengar lagu-lagu Hindustan tu. Meledak tawa aku dan kawan-kawan bila mengacah-acah nak menari! Kalau betul-betul buat, ala-ala filem gitu. Cewah! Berangan! ^^,

Thanks to pengantin & pengurus majlis. Makanan sedap! Tak mengecewakan kami yang memang kelaparan! Hehehehee...

Congrats to both bride & bridegroom - Zaim & Akhma! What a nice suits! ^^,


Singgah makan di Tutti Frutti sebelum balik! Hehe!

Aku punya ice cream kena caj sampai RM21++! Hahaha...padan muka aku...tamak sangat! [Timbang = RM5.30 per 100 gm.]

#notakaki: Kenalan sekolah dah ramai naik pelamin. Aku pula banyak kali naik pelamin, tapi pelamin oranglah.

No comments:

Post a Comment