Sunday, October 30, 2011

Tak Best!

Update...update!

Weekend kali ni aku isikan dengan memenuhi jemputan kahwin akak senior sekolah ku, Shaidatul Akhma Ramlan di Taman Pelangi Semenyih. Konvoi 3 kereta bersama Ijam, Ikin, Arep, A'ai, dan Apis. Akhirnya tiba jua hari Kak Shai menjejak pelamin setelah setahun ikat tali pertunangan. Alhamdulillah, selesai sudah...bermulalah peranannya sebagai seorang isteri lepas ni. Aku, bila? Asyik tanya soalan kahwin je kan...tanyalah soalan matematik ke...teka-teki ke...hehehe. (Nak sedapkan hati) Selamat pengantin baru buat Kak Shai...Mal doakan moga kekal bahagia bersama abang hingga ke hujung nyawa. Segera-segeralah nimang baby hoh. :-p (Ingat macam buat kuih ke?)


Hope lepas ni Ijam dengan Ikin lak menyusul langkah.

Me...solo. With curly hair-style.

Petangnya lepas kenduri ni aku bergegas ke Batang Kali, mempersiapkan diri ke Kuala Kubu Bharu untuk program malamnya. Oh...aku berdepan dengan macam-macam dugaan untuk hari tu. Masa balik dari Semenyih...di Tol Batu 9 Hulu Langat, cermin kereta stuck, boleh buka separuh je masa nak pass through Touch & Go lane. Terpaksa aku buka pintu. Kelakar sungguh. Terpaksa aku meneruskan perjalanan dengan cermin yang separuh ternganga. Nak buka tak boleh, nak tutup pun tak boleh! Sepanjang jalan mata asyik menjeling side mirror mengawasi kehadiran motor yang menghampiri kereta. (Skemanya ayat aku. Macam ayat karangan) Mujur dah berjanji dengan 2 orang kawan band tunggu di Ampang...kebetulan diorang bertugas di satu majlis kahwin. Masuk je jalan Sungai Tua, masing-masing berhenti tepi jalan...kawan tolong drivekan kereta abah aku tu...dan aku pun naik kereta lagi satu. Sampai je di Liga Mas, Batang Kali...kereta pun terus je dihantar ke bengkel berhampiran studio. Dugaan...

Tak cukup tu, orang bengkel pulak secara tak sengaja tertinggal kunci dalam kereta. Aiyark...aku terpinga-pinga tengok pomen-pomen berusaha keras nak buka pintu kereta. Kereta abah aku ada secured lock katanya. Masa makin suntuk...patut dah boleh siap awal, apakan daya...jadi benda lain pulak. Sudahnya terus ke Kuala Kubu dengan kereta kawan aku.

Sampai je kat sana...cerita lain pulak timbul. Masalah teknikal membuatkan kami terpaksa menunggu lama. Dengan sejuknya, dengan mengantuknya, dengan bosannya. Sudahnya? Aku malas nak teruskan cerita. Malam tu juga perut aku meragam dengan gastrik dan gelodak angin yeng menjerut-jerut usus. Bergulung aku dibuatnya. Sampai ke pagi perut aku sebu + kejang. Entah apa masalah. Lagi-lagi dugaan.

Hari Ahad punya plan...nak ke cyber cafe di Liga Mas sebelum balik KL. Bila dah ready nak pergi, boleh pulak cc tu dah tak wujud? Dinding dah dipecahkan...macam nak renovate. Rupanya owner nak jual shoplot tu. Khabarnya lokasi cc dah bertukar tapi tak tahu kat mana. Alahaii...masa hari Deepavali aku tengok ada lagi. Baru beberapa hari lepas je...hari ni dah tak ada? Dugaan oh dugaan...

Dipendekkan cerita...aktiviti weekend kali ni MEMANG TAK BEST! Aku frust. Tak seronoknya. =S

#notakaki: Aku dah start masuk PMS zone. Buat apa pun rasa 'tawar'. Aku rasa tak best bila fikir hari esok. Isnin! Gonna be Monday blues. I hate this feeling...

Monday, October 24, 2011

Lagu Lagi!

Ok. Hari ni tak ada entry nak dikongsi. Tapi, jom layan lagu kedua Ella yang paling aku suka. KITALAH BINTANG!


Revival generasi seluar dungree
Laungkan irama nuraniku
Yang kian semakin peka dan mengerti
Puisi dalam fandago kebebasan

Ooh...Kau dan aku
Ooh...Bukan bermimpi
Ooh...Bila berkata
Ooh...Kitalah bintang

Pernahkah kau temu
Teka-teki jenaka
Yang si bijak pandai sukar meneka
Apakah bezanya diantara manusia
Burung dengan batu dan bintang
Cubalah teka...

Jika kau sudah tahu
Tolong jangan ketawa
Jika kau buntu dan garu kepala
Biar ku berikan
Jawapan bodoh, tepat dan kena

Tidak berbeza...
Manusia itu burung
Batu itu bintang
Yang beza sayap dan sinar

Kitalah bintang

Kitalah bintang 


#Notakaki: Mood lesu dan letih. Kerja half day je hari ni~

Sunday, October 23, 2011

22-10-11: Lawat IzwanNiesa's Baby + Lepak di Tanjung Harapan!

Bertemu lagi hujung minggu! I love weekend! Sabtu hujung minggu kali ni terisi dengan beberapa aktiviti. Pagi sempat luangkan sejam gi joging kat area rumah. Fuh...lama tak berjoging...lepas jugak la 3 pusingan padang bola non-stop. Kalau tak kerana pening...gagah lagi sambung larian tu. Tak apa...pelan-pelan improve...hehe. Keep it up, Mal!

Aku meluangkan masa melawat kenalan baik ku, Izwan a.k.a Dong. Her wife, Niesa dah selamat deliver baby. Dong dapat hero...named Muhammad Irfan Danial. Aku excited + tumpang happy dengan kelahiran sulung anak depa. Aku? Hmmm...ambil berkat kawan-kawan dulu ye.


Tak lama masa aku dengan baby dan kawan-kawan...sebabnya dah plan nak ke Klang dengan akak-akak rock, Kak Zanor & Kak Sheyda. Ikutkan planning asal nak melawat di hospital...tapi masa dalam perjalanan, dapat info kata dah discharge wad. Terus tukar plan sementara nak tunggu si ibu balik. Masa pun bertukar la jugak...kelam-kabut dan serba salah dibuatnya. So sorry and thanks to Kak Zanor and Kak Sheyda sebab sudi juga join sama tengok baby, memandangkan ada pertukaran plan...lari apa yang dirancang. Selesai tengok baby & minum petang...terus kami bertolak ke Klang. Meredah jalan jauh demi ikan bakar! ;-)

Sebelum melepaskan hajat, sempat jugak bertandang ke rumah Iswandi di Sijangkang. Akhirnya jejak juga aku di situ, almaklumlah tak berkesempatan nak bertandang untuk kenduri kahwin abangnya minggu yang sudah. Best place...aku suka betul port kampung. Tenang je...tak macam KL. Serabut! Sampai je kami di situ kemudiannya terus bertolak ke Tanjung Harapan. Mahu tengok matahari terbenam! ;-)

Gambar-gambar atas ni blur ala-ala fogging effect sebab lens kamera hp aku berminyak tanpa disedari~
-By Samsung Wave II-

Sesudah aku sedar lens hp kamera aku berminyak...barulah result gambar clear semula.
-By Samsung Wave II-

 
 Guna kamera N70 sesudah hp Samsung aku ketandusan tenaga bateri! Lupa nak cas!

 
 
Gambar ihsan dari Iswandi.
-by DSLR Canon 10D-

Balik dari tengok matahari terbenam, langsung kami terjah Restoran Ikan Bakar De'Selat. Makan besar malam tu...Kak Zanor belanja! Heheee. Thanks to beliau...moga Allah lipatgandakan rezeki dan happy-happy selalu. Aminnn. Thanks juga buat Iswandi dan Harris sebab jadi tourist guide! Insya ALLAH lain kali boleh bertandang lagi~ ;-)

#Notakaki: Mahu mendalami bidang photography secara serius! Semoga tercapai hasrat!

Wednesday, October 19, 2011

Lagu Pilihan~

2-3 hari ni kepala aku layan lagu Ella je. Lagu-lagu dia tak pernah basi. Jom layan lagu utama kesukaan aku. BELENGGU!


Lama sudah ku cuba melupakan bayang dirimu
Semua terjadi tak ku sedari kini ku sendiri
Mengisi hari-hariku
Tanpa erti dan membisu
Sepi kehidupan

Gerak langkahmu kian tak pasti untukku mengerti
Apa yang ingin dan kau lakukan harus ku ikuti
Kau bakar perasaanku
Dan pudarkan harapanku
Untuk hidup bersama

Sesungguhnya kau dan aku kini tiada lagi
Segala cubaan serta rintangan kan aku jalani
Biarkan semua harapan sinar berakhir sampai di sini
Ku ingin bebas lepas dari belenggu siksaan ini



#notakaki: Teringin nak jamming lagu ni!

Sunday, October 16, 2011

15-10-11: Night with STONE IX again!

Weekend menjelma lagi. Aku cukup suka menjelang hari Jumaat dan datangnya hujung minggu! The days yang buat aku betul-betul lega dan tak nak fikirkan hal kerja. Just enjoy for myself. Selagi masih bujang!

Sekali lagi bermalam minggu di Bangi Kopitiam Ampang bersama band Stone9. Tapi..sebelum ke situ, kami 'mentekedarah' dahulu di Kedai Makan Sri Tom Yam, AU3 sempena belated birthday Cik Zanor. Al maklumlah tak dapat nak follow sama on last weekend punya aktiviti (8-9 Okt'11) di Banting dan Ipoh. Dengan rasa sukacita aku nak melapangkan diri menyambut ulangtahun kelahiran Kak Zanor yang jatuh pada 9 Okt lepas! ;-)

 Birthday girl! ;-)

 Tukang belanja yang baik hati -- Iswandi

Amacam menu? Bangkit tak nafsu makan?

Selesai membuncitkan perut, kami terus berangkat ke Ampang. Port biasa, datang dan enjoy tengok performance. Kali ni kami agak becok daripada sebelum ni. Mungkin sebab dah mesra. Rakam performance pun banyak suara berborak je. Hahaha.Terlupa sekejap segala masalah, sedih dan tekanan yang mengusik sebelum ni. Cewah.

 Band Stone9!

All ladies!

Malam tu agak best dan happening sebab Kak Zanor dapat surprise lagu birthday dan Wandi pun nyanyi satu lagu. Sampai jatuh-jatuh stand lirik tu. Dahsat! ;-p

video
Happy belated birthday Kak Zanor!

video
Thanks Wandi. Hajat memang nak request lagu ni, tak sangka pulak nak nyanyi ye~ :-D