Sunday, October 16, 2011

24-09-11: With STONE IX~

Menjelang weekend je aku cuba isikan masa aku sebaik mungkin. Al maklumlah bekerja dalam 5 hari tak aku pedulikan perkara lain. "Selagi belum tutup mata, kerja..kerja...kerja." Kali ni aku dan kawan-kawan lepak semeja layan show satu band di Bangi Kopitiam Ampang -- Stone IX (StoneNine). Setiap hari Sabtu malam minggu memang diorang di sana. Bersama kawan-kawan baru di Facebook aku melapangkan diri ke sana. Wandi, Zanor, Fiza...kawan-kawan yang baik dan sporting. Line muzik la yang menjalinkan persahabatan kitorang ni. Moga kekal baiklah hendaknya. \m/^_^\m/

Terima kasih banyak kepada Wandi yang jadi 'jurugambar rasmi' malam tu. Hehe. Siapa suruh bawa kamera besar...kami pun posing la selagi boleh! ;-p

Tiga bunga yang datang menyeri. Cik Fiza, Cik Mal & Cik Zanor. Hehehee...

 
 With members of Sniperz band. Jauh datang dari Ipoh untuk beraya. ;-)

Me with Kak Fiza. Dakwaan bahawa kami kelihatan seperti kembar. Setujukah anda?

 
 
Selepas lepak minum dan sebelum pulang!


#notakaki: Terima kasih untuk gambar-gambar ihsan dari arkib fotografi Mohd Iswandi Zaine! Ana cilok ha! Thanks jugak buat Kak Nia Zaniza sebab bagi tumpang lepak kat rumah. Sayangnya Kak Nia tak ada dalam gambar episod kali ni. ;-)

No comments:

Post a Comment