Monday, November 7, 2011

No Story~

Weekend yang suram. Tekanan PMS mendatangkan migrain selama 3 hari berturut-turut. Seksanya. Fasa 'kritikal' yang terpaksa aku tempuh di setiap bulan. Berperang dengan rasa sakit dan perasaan yang tak stabil, bukan satu perkara yang mudah. Melayan rasa rimas dan tidak selesa. Sekuat mana semangat yang aku ada, adakalanya aku terpaksa akur. Pada Allah aku mengadu dan mohon ketenangan serta kekuatan...

Meluaskan pembacaan, aku nak kongsikan apa yang aku dan wanita-wanita lain turut hadapi.

SINDROM PRA-HAID ("PREMENTRUAL SYNDROME")

Mungkin anda pernah bertemu dengan gadis atau wanita yang terlalu sukar didekati dan mempunyai sikap panas baran serta susah untuk bertolak ansur. Emosi yang tidak stabil ini rupa-rupanya berlaku pada waktu-waktu tertentu, pada permulaannya anda mungkin menyangka ianya mempunyai hubungan dengan masa mendapat gaji tetapi apa yang berlaku adalah ianya boleh berlaku pada bila-bila masa tetapi sekali di dalam sebulan. Anda mungkin berdepan dengan seorang wanita yang mengalami Sindrom Pra-Haid. Sila ikuti beberapa fakta mengenainya.

APAKAH SINDROM PRA-HAID (PRE-MENSTRUAL SYNDROME)?

Sindrom Pra-Haid adalah gejala-gejala yang dialami oleh seseorang wanita sebelum kedatangan haid dan ianya berlaku berulang-ulang kali. Gejala-gejala ini berlaku ketika fasa sekretori ataupun fasa luteal di dalam kitaran haid. Gejala-gejala yang dialami boleh terdiri dari gejala fizikal dan gejala-gejala psikologi/emosi. Kajian menunjukkan bahawa terdapat sekurang-kurang 150 jenis gejala yang pernah dilaporkan oleh wanita-wanita yang mempunyai kaitan dengan Sindrom Pra-Haid. Tidak hairanlah mengapa Sindrom Pra-Haid ini dialami oleh berjuta-juta wanita di seluruh dunia. Kajian juga menunjukkan bahawa 85% dari wanita-wanita pernah mengalami satu atau kombinasi dari gejala-gejala Sindrom Pra-Haid. Walau bagaimanapun kebanyakan gejala-gejala yang dialami adalah bersifat ringan dan tidak memudharatkan. Dikatakan bahawa hanya 2-10% daripada wanita-wanita ini mengalami gejala-gejala yang berat serta serius dan memerlukan rawatan.

APAKAH PUNCA SINDROM PRA-HAID?

Punca terjadinya Sindrom Pra-Haid masih menjadi tandatanya walaupun banyak kajian telah dijalankan. Sindrom Pra-Haid hanya berlaku jika wanita berkenaan mengalami proses ovulasi dan salah satu kaedah rawatan Sindrom Pra-Haid ini adalah dengan memberi ubat-ubatan yang dapat merencat atau menghalang berlakunya ovulasi. Wanita yang tidak menjalani proses ovulasi tidak akan mengalami masalah Sindrom Pra-Haid. Sindrom Pra-Haid boleh berlaku se awal 2 minggu sebelum kedatangan haid dan boleh berakhir tidak lewat dari 3-4 hari perdarahan haid. Kebanyakan gejala-gejala yang dihadapi akan berkurangan dan hilang apabila wanita tersebut mengalami perdarahan haid.


APAKAH GEJALA-GEJALA YANG KERAP DIALAMI OLEH WANITA YANG MENGALAMI SINDROM PRA-HAID?

Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat sekurang-kurangnya 150 jenis gejala-gejala yang pernah dilaporkan dialami oleh wanita-wanita yang mengalami Sindrom Pra-Haid, malah ada juga kajian yang menunjukkan ianya hampir mencecah 200 gejala-gejala jika dikumpul kesemuanya. Walau bagaimanapun seseorang wanita akan mengalami salah satu ataupun kombinasi beberapa gejala tersebut sahaja.

Gejala-gejala yang sering dialami oleh wanita-wanita yang mengalami Sindrom Pra-Haid ini merangkumi 3 aspek yang utama iaitu :


 A. GEJALA-GEJALA TINGKAHLAKU ("BEHAVIORAL SYMPTOMS")

Kelesuan dan hilang fokus
Kesukaran tidur (insomnia)
Kurang nafsu seks
Pening
Mengidam makanan-makanan tertentu
Makan secara berlebihan

B. GEJALA-GEJALA PSIKOLOGI ("PSYCHOLOGICAL SYMPTOMS")

Panas baran
Mudah marah
Kemurungan
Mudah menangis
Keliru
Pelupa
Kemurungan
Mengalami tekanan perasaan
Gelisah
Terasa kesunyian
Kurang keyakinan diri

C. GEJALA-GEJALA FIZIKAL ("PHYSICAL SYMPTOMS")

Sakit kepala
Sakit dan ketegangan pada payudara
Sakit belakang
Perut kembong
Kenaikan berat badan
Bengkak pada kaki dan tangan
Loya
Sakit otot dan sendi-sendi

Sumber-sumber maklumat lain -->
1. http://www.womensmentalhealth.org/specialty-clinics/pms-and-pmdd/?gclid=CL724ujho6wCFU0b6woddAt81Q
2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0131&pg=kn_07.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&y=2010

PMS bukan satu penyakit, lebih kepada gejala-gejala psikologi. PMS yang serius digelar PMDD (Pre-menstrual Dysphoric Disorder), memerlukan perhatian yang lebih khusus dan perlu dirujuk kepada pakar untuk mengatasi gejala-gejala yang dihadapi wanita tersebut. -- Maaf andai maklumat ini tidak tepat. Mohon penjelasan daripada yang lebih arif. -- Secara peribadinya, aku sangat-sangat memerlukan perhatian dari orang tersayang di waktu-waktu kritikal ini.


 #notakaki: Hari ni public holiday, bos cakap kena kerja. Tapi aku tak mampu nak datang kerja. Lantak pi la dengan double pay, duit bukan segalanya. Bila melibatkan kesihatan, kerja isn't a priority~

No comments:

Post a Comment