Thursday, December 22, 2011

Keputusan PMR 2011!




22 Disember 2011, result PMR diumumkan. Sekitar jam 11 pagi aku terima sms daripada sepupu aku yang telah menduduki peperiksaan tersebut. Sejak beberapa hari lalu dia menyuarakan kebimbangan dan meminta aku memberikan kata-kata dorongan kepadanya. Dalam diam aku terharu, memikirkan satu hari akan datang aku akan mempunyai anak dan melalui situasi yang sama sebegini. Ibu abapa mana yang tak mahu anaknya berjaya, kan? Walaupun tak seperti yang diharapkan...dia lulus dengan baik. Kerisauannya berhubung paper gagal jauh meleset. Moga dia akan terus berusaha melaksanakan misi yang lebih baik pada SPM akan datang. Insya Allah.

Teringat kenangan aku di tahun 2001, hadir ke sekolah bersama kawan-kawan untuk mengambil result peperiksaan. Walaupun tak capai target seperti yang diidamkan, tapi keputusannya masih mampu membuatkan aku tersenyum. Aku bukanlah pelajar harapan sekolah, namun keputusan yang diperoleh cukup lega dan gembira. Walaupun keputusan bukan dalam kategori cemerlang, aku dan kawan-kawan rapat meraikan keputusan PMR kami di Flamingo Bowl, Ampang selepas kami pulang dari sekolah. Sakan main boling! (^^,)

Memikirkan dengan lebih jauh, aku berharap tiada berita yang memaparkan pelajar mati bunuh diri kerana kecewa dengan keputusan peperiksaan. Straight A's doesn't mean you're clever enough and no A's doesn't mean you're stupid enough. Aku tak nafikan parent aku pun begitu masa aku di bangku sekolah dulu, especially my mama...dia memang selalu tekankan konsep A dalam exam. Score banyak A maknanya bagus. Since aku dah meniti laluan perjalanan dari UPSR, PMR, SPM, STPM dan universiti, tanggapan aku berubah sama sekali. Peluang yang ALLAH beri pada aku sehingga aku masuk ke universiti menyedarkan aku bahawa A itu sekadar satu polemik. Walau bagaimanapun, senario pada hari ini menunjukkan gred yang 'cantik' membuktikan kebolehupayaan seseorang pelajar dan itulah yang ditekankan oleh kebanyakan majikan bila mencari pekerja fresh graduate. Namun, jika diperincikan...berapa ramai yang score 'A' dalam akademik itu juga sangat bagus dalam aspek komunikasi, terutama sekali kemahiran berbahasa Inggeris dan kemahiran interpersonal? [Maksud interpersonal --> kebolehan seseorang bekerja secara kooperatif di dalam kumpulan, termasuk kebolehan komunikasi secara verbal dan nonverbal, dapat membezakan individu dari segi emosi, motivasi, perangai dan niat, mempunyai perasaan empati serta dapat ketahui kepercayaan, ketakutan dan harapan individu lain iaitu sensitif terhadap perasaan dan emosi orang lain -- Gardner,H 1983[. Contoh mudah seperti berikut:


Namun, pendapat di atas bukan bermakna tiada A bermakna tak apa. Usaha dan kesungguhan itu perlu. Nilai ilmu dan hasil daripada ilmu itu yang harus ditekankan. 'A' hanya sebagai lambang kejayaan daripada usaha yang diterap. Cuma, jangan terlalu obses dengan 'A' sehingga membawa kemudaratan seperti bunuh diri, minum arak, ambil dadah atau berparti liar sebagai tanda kekecewaan.

Untuk adik-adik yang dikasihi sekalian, tepuk dada...tanya pada diri: "Apa aku nak buat lepas ni?"

#notakaki: Entry hari ini aku berbahasa dengan 'skema'. Rindunya aku pada subjek penulisan karangan!


No comments:

Post a Comment