Tuesday, December 13, 2011

Eksplorasi Air Terjun Berkelah!

Mamma mia!

Lama aku tak singgah blog aku ni...berhabuk dah! Fuh fuh! Beberapa minggu sudah, pc di rumah ni adik aku 'bawa lari' ke rumah sewa kawannya untuk siapkan assignment...personal laptop kesayangan pulak aku hantar ke kedai untuk baikpulih. Untuk lebih 2 minggu aku berpuasa blogging. Apa cerita kali ni ye?

Aktiviti weekend aku kebelakangan ni biasa-biasa aje...tak ada aktiviti hang-out dengan kawan-kawan. Tapi...hujung minggu yang lepas aku melapangkan diri untuk ekspedisi air terjun. Di mana? Air Terjun Berkelah!

 Amacam? Cantik tak?

Buat pertama kali aku jejakkan kaki ke Air Terjun Berkelah ni. Ini xpdc yang ketiga aku join dengan team members dari Felda Trading yang memang suka mendaki, diketuai Encik Amer. Ekspedisi pertama aku tahun lepas ke Air Terjun Jerangkang, diikuti program kedua hiking di Gunung Datuk pada awal tahun ni. Aktiviti kali ni dapatlah aku follow dek kerana kelapangan dan keterujaan aku nak masuk hutan. Tempat terbaik untuk menenangkan minda!

Air Terjun Berkelah terletak di Hutan Simpan Berkelah, Maran, Pahang. Hutan lipur ini mempunyai 7 tingkat air terjun dengan ketinggian antara 3 hingga 30 meter. Laluan masuk ke kawasan air terjun ini masih bertanah merah, khabarnya akan diswastakan pada masa akan datang. Ini bermakna jalan akan diturap, kemudahan akan diperbaikpulih dan bayaran juga akan dikenakan. Kami bertolak dari Kuala Lumpur sekitar jam 12 tengah malam. Encik Amer yang 'mengepalai' ekspedisi membawa kami masuk ke campsite untuk kami 'berkampung' selama 2 hari 1 malam. Sayangnya, dari mula bertolak sampai tiba di campsite, aku tak berapa aware dengan waktu. Tak pasti berapa lama perjalanan kami, dari satu tempat ke satu tempat. Sedar-sedar, dah sampai. Yang pastinya aku agak letih semasa dalam perjalanan ke sana, tidur sepanjang perjalanan dek kerana bekerja lebih masa (Malam bertolak tu ada resepsi dinner di rumah bos...lebih 3 jam berdiri aje tak dapat duduk). Habis sahaja tugasan, langsung bergegas ke pejabat Felda Trading untuk tukar pakaian dan bersiap sedia untuk aktiviti kami. Namun, kelesuan aku bertukar segar bila kami memulakan perjalanan masuk ke hutan. Dek kerana masalah rabun malam yang aku hadapi, aku memberikan sepenuh perhatian dengan setiap langkah aku berbantukan headlamp.


Alhamdulillah, cuaca agak baik sepanjang kami di sana. Dari mula sampai, kami berjaga sampai hari cerah. Tapi, aku sempat juga le lelapkan mata sekejap. Itu pun tak sempat nak tengok jam dah berapa lama lelap...tahu-tahu kawan kejutkan ajak mandi. Set alarm untuk tidur 2 jam, tak sempat nak berbunyi pun.

Penjelajahan kami bermula selepas jam 10 pagi. Perjalanan menyelusuri batu-batu besar, tak dapat aku nak ceritakan gambaran yang lebih jelas. Kena datang dan alami sendiri perasaan dan pengalaman ni. Yang nyatanya memang asyik!

Puas hati dapat sampai sini~~

#notakaki: Peringatan kepada mereka-mereka yang berhajat hendak menjejaki air terjun, link berikut menunjukkan tragedi sebenar yang perlu diambil serius dalam setiap trip yang saudara saudari sertai. --> http://maidaribendang.blogspot.com/2011/12/peringatan-kepada-yang-bercadang.html

No comments:

Post a Comment