Monday, January 30, 2012

Lagu Pilihan~

Lagu pilihan kali ni - Ku Pohon Kemaafan nyanyian Fauziah Latiff. Lama betul aku tak dengar lagu ni. Sesungguhnya lagu Kak Gee sangat best. Kalau karaoke pun aku suka bawa lagu dia. Hehe.


Ku Pohon Kemaafan

Tiada doa restu ku harapkan
Kedegilan diri melenyapkan kewarasan fikiran
Ku syukuri belum terlewat ku tersedar
Dari kesilapan belajar erti kehidupan

Kepahitan pangalaman mendewasakan
Dari sisa-sisa kegagalan ku bina kekuatan
Sudikah kau menerima aku semula
Melupakan semua dengan redha

Pernah perasaanmu tak sengaja ku calarkan
Atas dosa lalu ku pohonkan kemaafan
Ku syukuri belum terlewat ku tersedar
Dari kesilapan ku belajar

Ohh tak mungkin daku mengulangi lagi
Pengalaman lalu pengajaran yang sejati


#notakaki: Nyanyian dalam sepi, sepi sorang perindu~~


Pada Irama Ku Berpesan~

Karaoke!


Sebut pasal karaoke ni...aku mulalah rasa gatal tekak! Hehe. Aku tak pandai menyanyi, tapi aku suka meluahkan perasaan melalui lagu dan nyanyian. Pedulilah tak sedap pun...janji suara hati terluah. Dan, aku cukup suka dengar insan-insan lain yang mampu menyanyi dan mengawal nafas dengan baik, especially yang perempuanlah. Aku tak belajar dari siapa, cuma dengar dan tiru. Yang pastinya aku tak pernah belajar teknik yang betul!


Madah Berhelah versi speaker pecah. Rakaman pertama tahun 2012. Tak pasti hp aku yang tak sedap soundnya, mic yang terlalu tinggi atau memang aku yang tak pandai nak control suara. Rasanya sebab yang ketiga. Muahaha. Terlolong-lolong kedengarannya!

Since tahun 2008, aku dan kawan-kawan sekelas, juga merupakan housemate aku mula menjinakkan diri dengan dunia karaoke. Masa tu zaman study di UiTM Dungun. Karaoke 'jamban' je pun...satu lagu RM1 je. Asal tension je, gi karaoke. :-p

2012: Cubaan pertama bawa lagu Duri Terlindung -- Nike Ardilla.

Sekadar suka-suka. Sekadar meluah rasa. Koleksi rakaman karaoke aku dengan kawan-kawan aku, ada aku simpan. Tapi, ada sebahagiannya dalam external hard disk aku yang rosak. Lucu bila tonton semula gelagat masing-masing. Rindu betul pada kenangan lalu.

Friend from Singapore. Suara dia memang best. Aku suka dengar cara dia nyanyi. [Do not judge the outer appearance ok!]

#notakaki: Selalu dapat galakan dari kawan-kawan supaya masuk pertandingan tapi jawapan aku - TAK NAK! Aku ada penyakit stage fright! Dan, aku pun bukan bagus mana (Sedar diri). For sure, minat ni belum tentu kekal~~


Sunday, January 29, 2012

Kisah dari Kelantan!

Ohhooo. Malam ni aku rajin nak taip 2 entry. Aku punya blog, tak kisahlah berapa kali nak taip pun, kan..kan? :-p

Cuti Tahun Baru Cina tahun ni aku dan famili balik kampung. Sangat luar biasa sebab kami biasa balik time raya puasa aje. Mesti ada hal yang parent aku perlu diuruskan. Aku tak membantah, malah aku suka. Ho hey hoo!

On the way to Kelantan!

Ahah! Pernah dengar pasal air terjun ni?

Setiap kali balik kampung mesti lalu depan laluan masuk ke Air Terjun Gunung Stong (Aku tak pasti kalau ada laluan masuk yang lain). Dari Gua Musang, melalui Jelawang-Dabong dan tembus ke Jeli sebelum sampai ke kampung mama aku (Keadaan jalan raya sebelum sampai ke situ sangat teruk ok. Dah bertahun-tahun macam tu!). Tahukah anda bawa air terjun ini merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara? Aku teringin juga nak jejak ke sini. Itu pun kalau ada rezeki dengan kenalan aku yang gemar mendaki. Kalau free dan keadaan mengizinkan, bolehlah join. Boleh refer kat link ni pada yang berhajat nak mendaki Gunung Stong --> http://www.kesedar.gov.my/gunungstong;jsessionid=CD26847A233801092086578E94461689.

Gunung Reng.

Satu lagi gunung yang ada di jajahan Jeli -- Gunung Reng. Masa kecik-kecik dulu, aku selalu dibawa ke gunung ni dan aku suka baca sejarah kewujudan gunung ni. Susah nak dipercayai kalau ikut logik akal, tapi aku percaya dengan balasan atau petaka yang Allah datangkan untuk kemungkaran yang berlaku. Untuk sejarah ringkas mengenai Gunung Reng --> http://cutimalaysia.my/forum/gunung-reng/t780 . Gunung ni terletak di tempat kelahiran ayah aku di Kampung Batu Melintang, Jeli, Kelantan.

 Rumah opah. Kecik2 dulu selalu 'dibawa' balik duk di kampung. ;-)

Port melepak. Opah dah kasi chantek. Best kalau dapat layan gitar kat depan ni.

Ok...apa yang menariknya kampung aku ni? Hmm...tak tahulah nak cakap macam mana, tapi apa yang boleh aku katakan...aku memang suka dengan suasana kampung yang aman, damai dan indah permai. (Perghh..boleh menangis terharu cikgu BM aku dulu kalau baca ayat karangan aku ni. :-p) Rumah papan sederhana besar...ada beberapa bahagian rumah yang dah diubahsuai oleh opah (opah upah orang tolong buat), siap bersimen. Waktu siang memang panas macam sauna...berpeluh sakan, tapi malamnya memang sejuklah. Paling aku suka waktu hujan. Bunyi hujan lebat yang menimpa atap zink tu la ubat aku tidur!

Makanan untuk minum petang. Kuih apakah ini?

Nak dijadikan cerita, mama aku secara tak sengaja memperkenalkan aku dengan kuih koci 'versi Kelantan'. Tahu tak apa yang menariknya dengan kuih ni sampai aku 'TERJATUH HATI'? Intinya ialah kacang merah! Setahu aku kuih koci ni intinya kelapa. Memang kuih-muih yang berintikan kelapa ni aku tak berapa minat. Tapi...kuih koci inti kacang ni betul-betul bagi penangan! Esok lusanya aku cari lagi tapi tak jumpa pulak dah. Huuu...punya frust! [Yang dalam plastik tu kuih lompat tikam]

Menu makan tengah hari di hari kedua kami di kampung.

Bila balik kampung, secara automatiknya mama aku bertindak sebagai 'masterchef'. Dialah ketua dapur. Tapi, memandangkan hanya kami berlima aje yang balik bercuti di kampung tanpa saudara mara yang lain, mama aku masak sempoi je. Budu dan ulam wajib ada. Cuma main dish mama aku nak buat ayam bakar percik. Akulah tukang bakar. Punyalah tak penyabar, naik hitam ayam aku! :-p

Pernah tengok ulam ni?

Satu lagi benda yang aku baru kenal. Oh, kesiannya aku. :-p Ulam di atas, macam daun semalu yang dah kuncup, kan? Aku siap tanya mama aku, "Eh, pokok semalu pun buat ulam ke?" Mama aku nafikan, katanya itu bukan daun semalu. Mama aku tak ingat orang di KL gelarkan apa, mama aku sebut dalam bahasa Kelantan -- pucuk 'gemey'. (Aku tak pasti nak eja macam mana). Sempatlah aku post kat Facebook, mujur ada kawan yang sudi share info. Rupanya inilah daun pucuk tangki. Aku baru kenal!

Kami bosan, maka kami buat sesi photoshoot dengan monyet opah aku. :-p

Inilah monyet yang baru dibela opah aku. Siti namanya. (Glemer tak?)

Oh. Berkenaan monyet opah aku ni, tak ada apa yang nak diceritakanlah. Agak garang jugak monyet ni. Cuma aku ada sejarah hitam dengan beruk opah aku masa aku kecik-kecik dulu. Kena serang, parutnya sampai sekarang kekal kat tangan aku ni. Dasar beruk! Huhh'

 Membeli barang yang dikirim makcik-makcik aku di KL~

Lokasi: Pasar Besar Tanah Merah

Hari keempat, kami satu famili jalan-jalan dari Jeli ke Tanah Merah. Adalah dalam sejam perjalanan, lebih kurang. Singgah di Pasar Besar Tanah Merah beli apa yang patut. Target aku nak cari kuih koci! Tapi tak ada...arghhhh! Kenapalah tak ada waktu aku sangat mendambakannya? Aku sudah 'angau' sama kamu! Dalam waktu yang sama...aku terjumpa 'etok'. Sejenis kekerang yang disalai, aku tak dapat nak ambil gambar sebab aku tak beli benda tu. Segan dengan makcik yang menjual, kang dia ingat aku pelancong pulak. Hehehe. Terasa nak beli tapi tak yakin boleh habiskan sebab 'bau' dia. Dulu kecik-kecik aku boleh tahan dengan bau dia, siap makan lagi...tapi dah besar panjang ni memang gagal. Hehe. Korang google-lah sendiri ye. ;-p

 Dari atas jambatan.

Adik aku dah sibuk cari angle.

Aktiviti petang di hari terakhir percutian kami di kampung, kami satu famili terjah sungai. Lata Turbo menjadi tempat persinggahan. Nampak je air cetek tapi deras. Kalau air dari Empangan Hidroelektrik TNB Pergau dilepaskan, mau hanyut segala macam yang ada. Plan nak naik ke bahagian atas jeram, tapi tak berani. Sudahnya setakat main-main air dan ambil gambar.

 Close up!

 Err...motif?

Puteri sungai? Ekekeke...


Acey cey...komain lagi aku test skill~

Rasanya..ini aje yang dapat dikongsikan! ;-)

#notakaki: Part paling best bila kat kampung opah aku ialah gangguan misteri di waktu malam. Wuuu...sangat seram dan mencabar ok! Aku tak nak cerita apa-apa!


29-01-12: Wedding Adik Shahrin~

Ok, wedding pertama di tahun 2012 yang aku hadiri. Majlis resepsi senior dan junior aku masa sekolah menengah dulu, Shahir Rosli dan Nurul Ain Abu Zarin. Ain ni merangkap adik kepada kenalan sekelas aku masa tingkatan 1 hingga 3 - Ahmad Shahrin. (Err. Skema kan ayat aku ni.) Dalam majlis yang bertemakan warna ungu ni, aku dan geng nakal masa zaman sekolah menengah duduk semeja dan berborak sakan. Kami ber-reunion sekali lagi. Kalau tak silap aku...last time kami semua berkumpul masa kenduri kahwin salah seorang geng kami -- Fawzea -- pada 21 Mei 2010. Ahah. Lama kan?

 Aku bersama Ain & Liyana~

 Kami berenam. Masih bujang! ;-) Kurang seorang. Fawzea tak ada sama.

Aku naik pelamin lagi...hehehe.

Bersama abang pengantin yang comel! ;-)

Ini dia pasangan mempelai - Shahir dan Ain. Semoga ALLAH merahmati rumahtangga kalian berdua...berkekalan hingga ke syurga hendaknya. Aminnnn.....

Seronok tengok orang yang dah sampai seru untuk mendirikan rumahtangga. Hati ni terusik jugalah...tapi nak buat macam mana...walau keinginan tu dah membara, keadaan belum mengizinkan lagi. Aku berdoa moga jodoh aku bersama si dia dikekalkan dengan ikatan pernikahan. Insya ALLAH~

Aku ada tonton satu video di Facebook yang dikongsikan oleh kawan baik aku. Dia pun bakal bernikah bulan Jun akan datang. Dan aku akan jadi pengapit pengantin. Weee. (Serious aku sangat excited!) Aku nak share kat sini. Yang pastinya video ni buat aku ketawa. :-D

Dah faham kenapa aku ketawa? :-)

#notakaki: Perkahwinan itu bukan bebanan tetapi satu TANGGUNGJAWAB. Bila ikhlas melaksanakan tanggungjawab, insya Allah dipermudahkan apa jua urusan....


Monday, January 16, 2012

Konsert Raja & Ratu Rock: Awie & Ella~

Pertama kali di tahun 2012 aku menjejakkan kaki ke Istana Budaya untuk persembahahan konsert dari 2 penyanyi yang aku minati -- Awie & Ella. Dalam episod 2011, 4 konsert di IB telah aku terjahi (ayat skema). :-p Konsert kali ni yang dianjurkan oleh syarikat produksi di bawah naungan Hans Isaac -- Tall Order Production -- telah menemui peminat-peminat setia Awie dan Ella bermula 12 Januari 2012 sehinggalah ke 15 Januari 2012. Siapalah yang tak kenal Awie dengan Ella ni...hatta makcik-makcik, pakcik-pakcik pun kenal. Aku telah menjejaki hari terakhir konsert untuk menyaksikan persembahan dua insan yang telah bertapak kukuh sebagai ikon muzik rock di negara ni. Since dapat tahu Ella akan digandingkan dengan Awie dalam satu konsert, awal-awal dah beli tiket. Takut habis! :-p Dan, Edrie Hashim telah dipertanggungjawabkan memikul peranan sebagai pengarah muzik untuk konsert ini. Rambut rebondingnya jadi point gurauan Awie malam tu. :-D

Poster promo~

Ini kali ketiga aku menyaksikan persembahan Awie secara live, dan merupakan kali pertama aku menonton persembahan live Ella. Walaupun gaya Ella tak sama macam dulu, dia tetap menjadi sebab utama aku excited sangat nak ke konsert ni. Apa pun, kedua-dua penyanyi ni tetap membawa satu impak dalam kenangan perasaan aku. Cewah.

Tiket konsert~

Awie sememangnya 'fofular' dengan perangai gila-gila dan suka melawak atas pentas. Memang macam-macam aksi kelakar spontan selamba Awie pada malam konsert tu. 2x aku tengok Awie perform live, dia memang pandai berkomunikasi dengan penonton. Ella kurang berkomunikasi malam tu, but she's so energetic. Looks younger than her age! Honestly, aku tak sangka umur Ella beza 3 tahun muda dari umur mama aku. Maintain 'remaja' gitu. My mama pun steady lagi, macam lewat 30-an lagi. ;-)

Aku hanya menikmati kemuncak persembahan waktu Awie dan Ella menyanyikan medley lagu-lagu popular mereka sekitar tahun 80-an dan 90-an. Antara lagu-lagu medley tersebut -- Sembilu, Cinta Selembut Sutera,  Layar Impian, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Pengemis Cinta, Baldu Biru, Nostalgia Cinta, Ukiran Jiwa, Di Penjara Janji, Tiada Rahsia Antara Kita, Di Bayang Awan, Di Ambang Wati, Bara. Kalaulah semua lagu-lagu ni diberi keutamaan dan bukannya dijadikan medley, aku rasa lagi bermakna. Sesungguhnya aku ter-menggilai suara 'macho' Awie bila dia mendendangkan lagu-lagu hits tu. 'Ter' okay...tak niat nak menggilai pun. Hehehe. Ella pun tak kurang hebat, masih kekal dengan suara rocknya yang semakin manja itu. That's her new style, apa pun aku masih meminati penyanyi kecil molek ni. Lagu terakhir didendangkan ialah lagu Awie berjudul Terima Kasih dan semua penonton diajak berdiri dan berhibur sama.

Tapi...satu kejutan juga bila mana tiada sesi bertemu peminat sebaik sahaja tamat konsert. Waktu tu juga aku perasan, backdrop konsert atau banner pun tak ada (dekat luar di ruang legar IB). Mungkin ada tapi aku tak perasan? Almaklumlah aku tiba lewat sebelum persembahan malam tu, biasanya datang sejam awal dan bergambar sebelum masuk panggung. Ini...sampai-sampai terus ready ke pintu masuk panggung. Sempat singgah restroom aje. Kenapa 'sempoi' sangat konsert kali ni? Kurang budget je? Sehingga ke hari entry ni ditaip pun, aku masih tak dapat lupakan rasa 'ralat' malam tu. Nak sedapkan hati, aku memujuk hati."Tak apalah, nasib baik beli tiket paling murah."

Konsert yang aku hadiri di IB tahun 2011, Fransisca Peter...Alleycats...D'lloyd...semua show tu ada sesi bertemu peminat di luar pintu masuk lepas tamat persembahan. Masa Konsert Wings and Superfriends dan terkini Konsert Ella-Awie ni memang tak ada sesi bertemu peminat. Artis yang lebih senior pun sudi luangkan masa jumpa peminat. Aku hairan. Kenapa ye? 3x hasrat nak jumpa, nak bergambar dengan Awie tak kesampaian ni. Mungkin dah muak kot jumpa peminat?

Aku sempat mengintai YouTube sebelum mengikuti konsert ni. Aku rasa konsert Awie & Wings dekat Orange Club time ni lagi best. Sebabnya? Lagu-lagu hits tak patut dibuat medley...tak sempat nak feel!



Seperti yang aku cakap awal-awal tadi, aku nak sangat tengok Ella perform live. Tapi, lepas apa yang aku tengok kali ni...tak berapa mengikut kehendak aku. (Ada macam VIP tak bunyinya? Haha!) Aku teringin nak layan moment konsert Ella macam yang ini:

Mana la nak dapat lagi moment macam ni kan?

Apa pun, syabas kepada semua yang terlibat secara langsung mahu pun secara tidak langsung dalam usaha menggandingkan Ella & Awie dalam satu persembahan ni. Setidaknya dapat jugalah tengok Ella nyanyi live.

#notakaki: Tak ada yang lama, tak wujud yang baru. Tak ada peminat setia, penyanyi takkan maju~~


Saturday, January 14, 2012

Lagu Pilihan~

Ok...aku tidur agak lewat. Meluangkan masa berbual dengan teman lama -- As Intan. Banyak benda nak update, al maklumlah jarang berhubung. Sesungguhnya aku bersyukur, dalam kawan-kawan yang menyakitkan hati...masih ada yang memahami dan setia dalam persahabatan. Alhamdulillah. Moga Allah lindungi sahabat-sahabat yang aku kasihi. Aminnn...

Sebagai penyedap halwa telinga sambil melayan mata, aku ulang dengar lagu Awie ni. Muziknya best...cukup layan. Sejujurnya aku minat abang Awie (ceh...dan-dan tu pulak aku bahasakan abang), masa dia muda-muda dulu dek kerana muka naughty + macho dia. Sekarang pun kira ok lah. Hehehe. Sambil-sambil melayan lagu ni, bolehlah aku ambil feel sebelum ke Konsert Awie-Ella di Istana Budaya 15 Januari ni. ;-)

Di awan kulihat bayang
Pergolakan di bumi
Menjadi titisan darah
Dan membasahi malamku ini

Bukan aku nak bersembunyi
Dari luruh warnamu
Hanya ingin sekadar simpati
Pada seksa ciptaan azali

Aku... rela...
Diri dibasahi
Andainya warnamu suci
Aku... gentar...
Diri disumpahi
Dari bebanan kesilapanku

Mestikah aku berlindung
Dari kebasahanmu
Atau pun kau merelakan
Aku tunduk dan hanya bersyukur

Dan kini
Aku pandang di awan
Bayang-bayang menghilang

Darah pekat
Menukar warnanya
Menjadi raksi yang kudamba


#notakaki: Dengar lagu ni buat aku geramlah. Bila agaknya aku nak pandai main gitar ni??


Tuesday, January 10, 2012

Cubaan melukis~

Agak lama jari tangan aku ni tak exercise melukis. Last time aku kembali melukis tahun 2010 selepas 5 tahun aku 'menguburkan' minat aku ni. Since putus cinta pertama, langsung mati feel. Tahun 2010, hanya satu sketch yang aku buat. Tahun seterusnya, aku tak melukis langsung. Tahun 2012, aku kembali dengan sentuhan yang tak seberapa. Wajah 'si dia' aku abadikan sebagai potret. :-)

 Mula-mula....

There he is. Real person~ :-)

Sejujurnya aku cakap mood & feel nak melukis potret ni timbul dek kerana rindukan dia. Hehehee...

#notakaki: Tengah memancing mood untuk lukis gambar Ella sebelum konsertnya di Istana Budaya hujung minggu ni.


Monday, January 9, 2012

Penangan Ombak Rindu~

Dah tengok movie ni?

Aku agak terlewat menonton movie ni. Waktu orang duk kecoh-kecoh kat fb pasal movie ni, aku tertanya-tanya. Macam mana ceritanya ye? Almaklumlah cakap-cakap orang ni adakalanya tak sama dengar apa yang dimaksudkan. Indah khabar dari rupa, bak kata pepatah. Ada yang suka, ada yang tak. Sejujurnya filem Lagenda Budak Setan yang 'meledak' sekejap promosinya dulu pun aku belum tengok lagi movienya (sehingga entry ini ditaip). Persoalannya, best ke?

Aku menonton copy cerita ni di depan pc aje. Siap tutup lampu, sekitar pukul 1-2 pagi. Konon-konon nak dapat feel sedih tu. Tapi...dahi aku mula berkerut bila aku rasakan jalan ceritanya agak laju. Feel tak sempat berkembang der...gua dah kena tinggal tren.
Sampai ke sudah aku tak rasa enjoy dengan movie ni. Sebab tak duduk kerusi empuk panggung ke? Yang pastinya ceritanya terlalu pantas. Aku rasa Ombak Rindu ni kalau dibuat drama, mau kalah drama Tentang Dhia tu. Banyak masa untuk penonton dapatkan feel dan memahami jalan cerita dia. Berapa ramai yang pernah baca novel Ombak Rindu ni? Yang perempuan, mesti tak ada masalah nak melayan novel...yang lelaki-lelaki tu ada baca ke? Yang cakap movie Ombak Rindu ni best dah baca habis ke novel dia? Ada perbezaan, kan?

 
Novel Ombak Rindu yang asal~

Novel Ombak Rindu yang dicetak semula~

Memanglah...kalau nak dibandingkan novel dengan drama atau filem, jauh bezanya. Jalan ceritanya pun dah diolah atau diubahsuai mengikut kehendak penerbit. Tapi, macam yang aku katakan...lebih baik rasanya Ombak Rindu diadaptasi ke bentuk drama berbanding filem. Kisahnya agak 'berat'. Aku rasa bukan aku seorang aje yang rasa cerita tu terlalu pantas. Cerita macam ni banyak main emosi, filem memang tak sesuai. Paling lama waktu tayangan pun 3 jam aje. Kalau drama, sempat juga la penonton 'meroyan' gigit bantal. Kalau filem, tangkap muat aje la jawabnya iyeee? Barisan pelakonnya pula...aku rasa Maya Karin dan Lisa Surihani tak sesuai dengan watak tu. Ini pendapat peribadi aku. Maya...agak kaku dan Lisa agak 'over' dengan gaya 'amukan perasaan' dia. Aaron Aziz...aku tak ada komen apa-apa sebab watak dia sesuai dengan rupa dan fizikal dia, gaya lakonan dia...errr...serba-salah pula nak komen banyak. Nanti orang kata aku komen best sebab aku minat dia. Hehehe.

Mungkin penerbit rasa filem tu boleh meletup. Iyaa...memang meletup sekejap, lepas tu senyaplah orang lupa. Opsss! Apa pun, syabas buat penulis Ombak Rindu untuk hasil tangan beliau-- Fauziah Ashari.

#notakaki: Semakin ramai penulis, semakin banyak novel...tumbuh macam cendawan lepas hujan. Kalau dulu nak jadi penulis kena ada pengetahuan bahasa. Sekarang, semua orang boleh menulis~


Drama Tentang Dhia~

 Opps. Masih ingat lagi dengan drama ni?

Slot Akasia TV3 memulakan siaran drama Tentang Dhia pada 9 November 2011 dan telah tamat episod terakhirnya pada 29 Disember yang lepas. Aku bukanlah suka sangat menonton tv...tapi drama ni buat aku 'melekat' depan tv ni hingga ke penghujung episod. Tak sangka drama ni 'meletup' sekejap macam drama Nora Elena dulu. Apa yang menariknya?

Pada aku, kekuatan cerita ni pada jalan ceritanya yang tersusun (of course la tersusun kan, takkan tunggang terbalik). Maksud aku, ceritanya teratur seiring dengan permainan emosi yang cuba disampaikan kepada penonton. Ditambah pula dengan kewibawaan pelakon-pelakon yang menjayakan watak masing-masing dengan baik. Lakonan mantap dari Nora Danish (Kamadhia a.k.a Dhia), Ako Mustafa (Azmi), Izreen Azminda (Melina a.k.a Melly), Adi Putra (Zikir), Irfan Roslan (Raffi), Liza Abdullah (mak Zikir) dan beberapa pelakon tambahan yang lain. Paling aku suka, sebab watak utamanya yang bertudung dan drama ini juga banyak menekankan aspek kerohanian/islamik, terutamanya mesej solat sebagai pendinding terbaik dari perkara-perkara jahat. Itu yang membuatkan aku cukup minat dan setia dengan drama ni sehingga ke akhirnya. Sangat berbeza dengan drama-drama Melayu sebelum ini yang banyak memaparkan kehidupan orang kaya.

Cuma, rasa ralat dengan pengakhiran episod di mana tiadanya babak 'pembalasan' yang diterima oleh mak mertua Dhia dan adik ipar Dhia yang banyak menyakitkan hati Dhia. Sedangkan, dalam satu episod, watak kecil yang ada terlepas kata kerana tersebutkan secara tak sengaja perkara mati sekiranya terlihatkan Melly dimakbulkan serta merta. Sedahsyat-dahsyat watak seperti mak Zikir tu tak diberi pembalasan sewajarnya. Kenapa pengarah tak buat? Itulah yang ditunggu-tunggu penonton bila dihambat rasa 'geram' menyaksikan penganiayaan emosi ke atas Dhia sehingga sanggup dibomohkan Dhia dan anak lelakinya sendiri supaya mereka berpisah. Bukan itu sahaja, wanita pilihan mak Zikir turut dibomohkan supaya kekal setia dengan Zikir. Rasanya bukan aku sekorang yang terkilan pasal benda ni. Ramai yang complaint, berdasarkan komen fb yang ikuti sepanjang drama itu bersiaran. Memang rata-ratanya update pasal drama Tentang Dhia. Watak mak Zikir paling mendapat perhatian dek kerana sikap busuk hatinya yang terlalu bencikan menantunya. Salute to Liza Abdullah, orang benci maknanya lakonan hidup! Begitu juga dengan watak Melly yang menjengkelkan penonton...kadang-kadang rasa nak sekeh je bila melihatkan 'kegedikan' dan sifat busuk hati dia terhadap Dhia. Terbaik...tahniah buat kedua-dua pelakon hebat ini. Moga nama dan bakat terus bersinar di persada lakonan.

 Salah satu komen yang 'geram' atau tak puas hati~ :-)

Watak Dhia yang dibawa Nora Danish turut menarik minat aku. Sejujurnya aku tak pernah ada rasa minat dengan lakonan Nora Danish sebelum ni. Yang perempuan puji dia comel, yang lelaki kata dia manja. Aku tak pernah berkenan bila tengok lakonan dia dalam sitcom Puteri. Tetapi, Nora Danish telah membuatkan aku tabik spring kat dia untuk drama Tentang Dhia ni. Watak tu sangat sesuai dengan sifat lemah-lembut, wajah comel dan suara manja dia. Lelaki mana yang tak jatuh hati kan...tambah pula dengan watak bertudung. Sejuk je hati. Thumbs up untuk Nora Danish!

Hanya 3 watak yang aku berkenan dalam drama ni. Watak Zikir? Pada aku biasa-biasa aja penangannya. Ada juga aku terbayangkan kalau Aaron Aziz yang bawa watak tu. Haihhh...ini pendapat peribadi ni. Hehehe. Mesti lagi meroyan wanita-wanita yang menjadi penonton setia drama tu. :-)

Dalam cerita ni juga banyak dipaparkan kepercayaan bangsa Melayu dengan peranan bomoh untuk 'mengenakan' pihak yang dibenci. Sihir, santau...perkara-perkara ni nampak kolot dan mengarut tapi memang ini yang berlaku dalam masyarakat kita. Kebenaran realiti ini digarapkan dengan sempurna dalam drama Tentang Dhia. Babak paling menggemparkan, bila mana watak Dhia mati di pertengahan episod membuatkan penonton musykil. Dan, siapa sangka, Dhia yang telah dikafankan hidup semula setelah 'dirawat' oleh ustaz yang menyedari kewujudan 'anasir halus' di sebalik 'kematian' Dhia. Aneh bunyinya, kan? Sama ada benar-benar wujud dalam masyarakat atau pun tidak, tidak dapat dipastikan. Yang nyatanya 'kejutan' ini cukup-cukup menarik. Syabas buat pengarah dan penulis skrip Tentang Dhia-- nyatanya pengarah seakan sengaja mahu penonton bayangkan sendiri kesudahan drama ini. Tapi, memang tak syoklah! Tak puas hati!

 Babak Dhia 'meninggal dunia'~

Berikut merupakan link untuk sinopsis ringkas drama Tentang Dhia, dari blog Encik Nakal --> http://www.enciknakal.com/2011/11/drama-tentang-dhia-slot-akasia-tv3.html. Yang belum menonton, patut tonton drama ni. Aku berhajat nak beli VCDnya jika diterbitkan nanti.

#notakaki: Yang bertudung belum tentu baik, yang tak bertudung tak semestinya tak mahu jadi baik. Jangan prejudis dan cepat menjatuhkan hukum dengan statement-statement sinikal. Ingat, kita bukannya sempurna dan maksum. Sama-sama kita muhasabah diri. Jaga niat, jaga tutur kata. Satu jari kita tuding, 4 jari lagi kembali pada kita. Doakan yang baik-baik untuk orang lain, insya ALLAH kebaikan tu datang pada kita tanpa kita sedari~~