Monday, January 9, 2012

Penangan Ombak Rindu~

Dah tengok movie ni?

Aku agak terlewat menonton movie ni. Waktu orang duk kecoh-kecoh kat fb pasal movie ni, aku tertanya-tanya. Macam mana ceritanya ye? Almaklumlah cakap-cakap orang ni adakalanya tak sama dengar apa yang dimaksudkan. Indah khabar dari rupa, bak kata pepatah. Ada yang suka, ada yang tak. Sejujurnya filem Lagenda Budak Setan yang 'meledak' sekejap promosinya dulu pun aku belum tengok lagi movienya (sehingga entry ini ditaip). Persoalannya, best ke?

Aku menonton copy cerita ni di depan pc aje. Siap tutup lampu, sekitar pukul 1-2 pagi. Konon-konon nak dapat feel sedih tu. Tapi...dahi aku mula berkerut bila aku rasakan jalan ceritanya agak laju. Feel tak sempat berkembang der...gua dah kena tinggal tren.
Sampai ke sudah aku tak rasa enjoy dengan movie ni. Sebab tak duduk kerusi empuk panggung ke? Yang pastinya ceritanya terlalu pantas. Aku rasa Ombak Rindu ni kalau dibuat drama, mau kalah drama Tentang Dhia tu. Banyak masa untuk penonton dapatkan feel dan memahami jalan cerita dia. Berapa ramai yang pernah baca novel Ombak Rindu ni? Yang perempuan, mesti tak ada masalah nak melayan novel...yang lelaki-lelaki tu ada baca ke? Yang cakap movie Ombak Rindu ni best dah baca habis ke novel dia? Ada perbezaan, kan?

 
Novel Ombak Rindu yang asal~

Novel Ombak Rindu yang dicetak semula~

Memanglah...kalau nak dibandingkan novel dengan drama atau filem, jauh bezanya. Jalan ceritanya pun dah diolah atau diubahsuai mengikut kehendak penerbit. Tapi, macam yang aku katakan...lebih baik rasanya Ombak Rindu diadaptasi ke bentuk drama berbanding filem. Kisahnya agak 'berat'. Aku rasa bukan aku seorang aje yang rasa cerita tu terlalu pantas. Cerita macam ni banyak main emosi, filem memang tak sesuai. Paling lama waktu tayangan pun 3 jam aje. Kalau drama, sempat juga la penonton 'meroyan' gigit bantal. Kalau filem, tangkap muat aje la jawabnya iyeee? Barisan pelakonnya pula...aku rasa Maya Karin dan Lisa Surihani tak sesuai dengan watak tu. Ini pendapat peribadi aku. Maya...agak kaku dan Lisa agak 'over' dengan gaya 'amukan perasaan' dia. Aaron Aziz...aku tak ada komen apa-apa sebab watak dia sesuai dengan rupa dan fizikal dia, gaya lakonan dia...errr...serba-salah pula nak komen banyak. Nanti orang kata aku komen best sebab aku minat dia. Hehehe.

Mungkin penerbit rasa filem tu boleh meletup. Iyaa...memang meletup sekejap, lepas tu senyaplah orang lupa. Opsss! Apa pun, syabas buat penulis Ombak Rindu untuk hasil tangan beliau-- Fauziah Ashari.

#notakaki: Semakin ramai penulis, semakin banyak novel...tumbuh macam cendawan lepas hujan. Kalau dulu nak jadi penulis kena ada pengetahuan bahasa. Sekarang, semua orang boleh menulis~


No comments:

Post a Comment