Monday, February 20, 2012

Lagu Pilihan~

Segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Nabi Muhammmad s.a.w~

Lagu pilihan kali ini, myanyian Too Phat, Yassin ft Dian Sastrowardoyo berjudul Alhamdulillah. Lagu ni aku hafal masa ak di tingkatan 6 rendah dulu -- 2004. Bait-bait liriknya sangat unik dan aku tertarik dengan cara pemikiran pencipta lagu ni.

Di saat waktu berhenti…kosong
Dimensi membutakan mata memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan utk menarka
Sadarku akan hadirMu
Mematahkan sendi² yg biasanya tegak berdiri
Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)
Merenungi luar jendela
Mengagumi kebesaran yg Maha Esa
Ku menilai kehidupan dr sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Mahukan harta yg mampu beli satu semesta
Berpesta ke parti botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah, cuba betul diri ini cuma
Ingin hidup sempurna, asset nilai berjuta
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalahguna
Jangan kufur nikmat yg diberi percuma
Guna kelebihan utk khidmat bersama
Jagalah nama
Hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yg kurus
Ada melencong ada yg lurus
Bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya
Ada yg jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata
Boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar
Kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar…
Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)
Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
Yang tertera di kalimah harap memanduilah kita apabila persimpangan tiba
Hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya
Harap ku tidak lupa diri bila gembira
Dan cuma mula mencari Kau di saat hiba
Ku cuma manusia penuh dgn kesilapan
Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dikalangan duri onak dan cubaan
Teguh bila dicubakan pengaruh kuasa dan perempuan ah!
Sentiasa legar diminda dikejar dan dipinta
Dr zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpa Mu disisi
Dan apa guna posessi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi
Nukilan tulisan dan bisikan hati
Mencari keterangan menjiwai peranan
Menepati pesanan, janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki
Moga tidak leka dalam perjalanan ini
Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)
Aku yang memandang di dlm lubuk hati
Mencari-cari rahsia yg katanya tersembunyi
Aku yg melihat alam meliputi
ujud menyertai lalu kupindahkan alam ke dlm mata hati
Aku hakiki aku mengerti segala yg terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi pelik dan benar qada’ dan qadar
Kau berilahku kekuatan agar dapatku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsuku terliur
Dari pandangan majazi ini
Aku yg bodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelatu tak membutakan mataku
Semoga segala puji takku meninggi diri
Moga segala janji dpt juga ku penuhi
Moga dpt ku hadang tikaman dr belakang
Lidah setajam pisau
Ku tidak akan risau
Dgn dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur
786 Alhamdulillah Syukur!
Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)
Sujudku pun takkan memuaskan inginku
utk hanturkan sembah sedlm kalbu
Adapun ku sembahkan syukur kpd Mu Ya Allah
Utk nama harta dan keluarga yg mencinta
Dan perjalanan yg sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yg membuat hamba mengerti lebih baik ttg makna diri
Semua lebih berarti apabila dihayati
Alhamdulillah³


Dalam kekhilafan manusia di muka bumi ini, jangan dihukum dengan pendapat dan tafsiran peribadi. Jangan hanya bertunjangkan akal tanpa pedoman Al-Quran dan sunnah nabi. Manusia, tiada yang bersifat sempurna. Bersyukurlah kita kerana kita punyai peluang untuk bernafas di bumi Allah yang nyatanya hanya pinjaman ini. Subhanallah. Alhamdulillah. La-ila ha-illallah. Allahuakbar.


#notakaki: Ku hanya manusia biasa yang tak layak menghukum kekurangan insan lain. Moga aku sentiasa kekal terdorong ke arah ke jalan yang DIA redhai.



Sunday, February 19, 2012

04-02-12: Family Trip to Cameron Highlands!

Update..update!

Sedikit lewat mengemaskini blog untuk aktiviti terbaru dek kerana mood yang tak menentu. Syukur ke hadrat Ilahi, perancangan untuk bercuti bersama-sama keluarga dan sanak saudara terlaksana juga. Cewah. Bukan main lagi ayat aku. 3 hari 2 malam di Tanah Rata Cameron dan Brinchang terasa begitu singkat. Balik sahaja dari sana, aku terus upload gambar di Facebook.

Berhenti lunch!

Heading to Cameron!

Selepas berhenti lunch di R&R Tapah, kami meneruskan perjalanan berkonvoi 6 kereta dan merancang untuk melalui jalan Simpang Pulai, tidak melalui Tapah atas faktor keadaan jalan. Nak dijadikan cerita...(tak payah nak jadikan, memang terjadi pun) 3 kereta tersesat masuk susur Tapah, manakala 3 lagi kereta terlajak terus menuju ke Simpang Pulai. Nak tahu pasal apa? Gara-gara GPS yang canggih! Kereta family aku as leading of the trip. Aku tak tahu yang GPS akan tunjukkan arah paling dekat. Serba salah dan tak tenteram aku sepanjang perjalanan ke sana. Pheww..!

Dari dalam bilik di blok C2, Royal Lily Apartment.

Dek kerana terpisah arah, perjalanan agak memakan masa dan beberapa jam lepas tu baru kami bertemu semula di apartment yang kami sewa. Kami menyewa 2 unit apartment untuk di Royal Lily Apartment, Tanah Rata, Cameron Highlands. Walaupun sekadar apartment, tapi selesalah untuk percutian family. Macam rumah sendiri je.

BBQ time!

Malam tu kami bakar ayam khas untuk jamuan hari jadi Aqif -- sepupu aku. Aku memang tak pandai membako...takkan lupa ayam bakar hitam yang aku buat masa kat kampung! Hahaha...sesungguhnya aku  tidak terlalu penyabar untuk kerja-kerja yang melibatkan api. :-P

Makan malam kami. Seronok!

Apa yang menarik di Cameron ya? Hmm...aku paling suka moment di Strawbery Park dengan Ladang Teh Cameron Valley. Sebenarnya aku dengan mak aku sibuk nak cari taman ros. Kononnya nak bergambar sakan kat situ dek pengaruh novel yang suka buat cerita honeymoon di Cameron Highlands.

Depan Strawberry Park. Stop-point pertama persinggahan kami.

Kaktus warna-warni. Captured by my bro. Entah port mana dia jumpa ni...

Buah cinta. First time aku tengok. Tak tau macam mana rasanya.

 My cute lil' cousin -- Ayu. Captured by my bro.


My lil' cute cousins -- Auni. Captured by my bro.

Uncle Sam Farm! Singgah jap tengok apa yang ada...


Budak-budak dah start minta itu ini.


Excited kutip strawberi!

Beli ole-ole untuk kenalan!

Aku dan adik laki aku. Kat sinilah port kitorang kutip strawberi.
Apa ke namanya tempat ni yek? Aku sendiri pun tak perasan!

My cute lil' heart -- si comel Damia! Geram betul aku dengan budak tembam ni. :-)
Captured by my bro.

Aku tak ingat aku kat taman apa ni tapi TAK banyak sangat bunga rose yang cantik.

Di pasar malam Brinchang~

 Panorama senja. Aku tak pasti kat mana adik aku cari port ni. Cantik kan?
Pukul 6.30 petang dia suruh aku kejut dia sebab nak shoot. Dia pergi sorang je. Hehe.

 My cute lil' cousins -- Mira & Intan.

Ladang teh Cameron Valley!

 Periuk kera! RM80 satu pasu.

Buah tapah. First time aku tengok dan merasa. Macam buah rambai pun ada. Kulit tebal.

 Pokok Ayam Mas. First time aku tengok. Berbulu macam haiwan. Khasiat sebagai penyembuh luka.

Sempat snap dari dalam kereta. Hehe. Unik!

Rebung fresh. Fav mama aku. Depa jual kat tepi-tepi jalan je.

Hasil tangan yang dijual berhampiran Lata Iskandar~

Air terjun Lata Iskandar. Tak singgah, kami lalu je sebab packed plus jalan jammed.
Tak ada tempat parking!

Tak banyak benda yang aku ingat disebabkan lambat update. Lagi pun ini first trip aku sebagai organizer. Banyak juga nama tempat yang aku missedNext time akan cuti lama sikit. Kena google dululah tempat-tempat yang belum pergi dan lokasi tepat.

Sebahagian besar saudara mara belah mama aku.

#notakaki: Sejuk Cameron Highlands ketara di waktu pagi dan malam je. Sampai aku teruk kena selsema! Siang hari berpeluh jugaklah aku dengan jaket tebal aku tu. Hehee.