Sunday, February 19, 2012

04-02-12: Family Trip to Cameron Highlands!

Update..update!

Sedikit lewat mengemaskini blog untuk aktiviti terbaru dek kerana mood yang tak menentu. Syukur ke hadrat Ilahi, perancangan untuk bercuti bersama-sama keluarga dan sanak saudara terlaksana juga. Cewah. Bukan main lagi ayat aku. 3 hari 2 malam di Tanah Rata Cameron dan Brinchang terasa begitu singkat. Balik sahaja dari sana, aku terus upload gambar di Facebook.

Berhenti lunch!

Heading to Cameron!

Selepas berhenti lunch di R&R Tapah, kami meneruskan perjalanan berkonvoi 6 kereta dan merancang untuk melalui jalan Simpang Pulai, tidak melalui Tapah atas faktor keadaan jalan. Nak dijadikan cerita...(tak payah nak jadikan, memang terjadi pun) 3 kereta tersesat masuk susur Tapah, manakala 3 lagi kereta terlajak terus menuju ke Simpang Pulai. Nak tahu pasal apa? Gara-gara GPS yang canggih! Kereta family aku as leading of the trip. Aku tak tahu yang GPS akan tunjukkan arah paling dekat. Serba salah dan tak tenteram aku sepanjang perjalanan ke sana. Pheww..!

Dari dalam bilik di blok C2, Royal Lily Apartment.

Dek kerana terpisah arah, perjalanan agak memakan masa dan beberapa jam lepas tu baru kami bertemu semula di apartment yang kami sewa. Kami menyewa 2 unit apartment untuk di Royal Lily Apartment, Tanah Rata, Cameron Highlands. Walaupun sekadar apartment, tapi selesalah untuk percutian family. Macam rumah sendiri je.

BBQ time!

Malam tu kami bakar ayam khas untuk jamuan hari jadi Aqif -- sepupu aku. Aku memang tak pandai membako...takkan lupa ayam bakar hitam yang aku buat masa kat kampung! Hahaha...sesungguhnya aku  tidak terlalu penyabar untuk kerja-kerja yang melibatkan api. :-P

Makan malam kami. Seronok!

Apa yang menarik di Cameron ya? Hmm...aku paling suka moment di Strawbery Park dengan Ladang Teh Cameron Valley. Sebenarnya aku dengan mak aku sibuk nak cari taman ros. Kononnya nak bergambar sakan kat situ dek pengaruh novel yang suka buat cerita honeymoon di Cameron Highlands.

Depan Strawberry Park. Stop-point pertama persinggahan kami.

Kaktus warna-warni. Captured by my bro. Entah port mana dia jumpa ni...

Buah cinta. First time aku tengok. Tak tau macam mana rasanya.

 My cute lil' cousin -- Ayu. Captured by my bro.


My lil' cute cousins -- Auni. Captured by my bro.

Uncle Sam Farm! Singgah jap tengok apa yang ada...


Budak-budak dah start minta itu ini.


Excited kutip strawberi!

Beli ole-ole untuk kenalan!

Aku dan adik laki aku. Kat sinilah port kitorang kutip strawberi.
Apa ke namanya tempat ni yek? Aku sendiri pun tak perasan!

My cute lil' heart -- si comel Damia! Geram betul aku dengan budak tembam ni. :-)
Captured by my bro.

Aku tak ingat aku kat taman apa ni tapi TAK banyak sangat bunga rose yang cantik.

Di pasar malam Brinchang~

 Panorama senja. Aku tak pasti kat mana adik aku cari port ni. Cantik kan?
Pukul 6.30 petang dia suruh aku kejut dia sebab nak shoot. Dia pergi sorang je. Hehe.

 My cute lil' cousins -- Mira & Intan.

Ladang teh Cameron Valley!

 Periuk kera! RM80 satu pasu.

Buah tapah. First time aku tengok dan merasa. Macam buah rambai pun ada. Kulit tebal.

 Pokok Ayam Mas. First time aku tengok. Berbulu macam haiwan. Khasiat sebagai penyembuh luka.

Sempat snap dari dalam kereta. Hehe. Unik!

Rebung fresh. Fav mama aku. Depa jual kat tepi-tepi jalan je.

Hasil tangan yang dijual berhampiran Lata Iskandar~

Air terjun Lata Iskandar. Tak singgah, kami lalu je sebab packed plus jalan jammed.
Tak ada tempat parking!

Tak banyak benda yang aku ingat disebabkan lambat update. Lagi pun ini first trip aku sebagai organizer. Banyak juga nama tempat yang aku missedNext time akan cuti lama sikit. Kena google dululah tempat-tempat yang belum pergi dan lokasi tepat.

Sebahagian besar saudara mara belah mama aku.

#notakaki: Sejuk Cameron Highlands ketara di waktu pagi dan malam je. Sampai aku teruk kena selsema! Siang hari berpeluh jugaklah aku dengan jaket tebal aku tu. Hehee.


No comments:

Post a Comment