Tuesday, March 20, 2012

16-03-12: Birthday Adik Bujang!

Akhirnya adik lelaki bujang aku melangkau ke usia dewasa --21 TAHUN. Tak sangka mama abah aku senyap-senyap beli something untuk raikan adik aku hari tu. Walaupun simple, tapi pada aku cukup bermakna!

Kek choc moist! Yummy! Mama aku tempah dari kawan dia.

Muka segan-segan dapat surprise!

Parent belanja Domino's Pizza! Rezeki~~

Happy birthday, Mohd Asma'ie! Selamat tinggal alam remaja!

#notakaki: Terkenang daku di usia 21 tahun dahulu. Birthday surprise waktu exam akhir semester, kejutan dari kawan-kawan serumah. 3 tahun belajar belajar di UiTM Dungun, hari lahir aku mesti jatuh waktu exam. Kenangan! :-)


25-02-12: BFF E-Day~~

Dek kerana lama tak update blog, terlupa pula satu aktiviti aku di bulan Februari. Ding dong! Bff dah bertunang..!

Sahabat lama yang agak rapat dengan aku satu ketika dahulu -- Khairizam a.k.a Ijam -- telah selamat bertunang dengan gadis pilihannya, Syaidatul Asyikin, yang juga merupakan senior aku masa di tingkatan 6. Siapa sangka kan...kalau dah jodoh. Perkenalan sebagai 'adik & kakak' telah menerbitkan bibit-bibit kemesraan gitu. Lalu, pada tanggal 9 Sept 2009 (09.09.09) mereka telah 'mengisytiharkan' status perhubungan mereka dengan lebih serius. Chantek tak angka depa pilih tu? Cewah...macam reporter hiburan lak aku ni. :-P Selepas lebih 3 tahun bercintun, kini merancang untuk bersatu dengan ikatan yang sah!

Tak sangka...kawan baik aku yang selalu sangat disalahtafsir sebagai bf aku dulu ni...dah memulakan langkah ke arah berumahtangga. Dulu...dialah sahabat 'perempuan' aku, abang aku, kaunselor aku, pendengar dan pengkritik tetap aku. Bab bergaduh, bab salah faham pernah je jadi...tapi lepas tu baik semula. Aku bersyukur dikurniakan seorang sahabat yang baik. Nama dia tak pernah miss daripada mulut aku setiap kali aku berbual dengan kawan-kawan lain, mesti ada topik yang naik kaitkan dengan dia. Yang tak kenal Ijam pun dah boleh kenal. Hehe. Sampaikan...bf aku sendiri (sekarang dah jadi bekas tupperware) pernah cemburukan si Ijam ni. :-P

Sedar tak sedar, dah hampir 10 tahun aku berkawan rapat dengan si Ijam ni. Berita pertunangan yang diumumkan sendiri oleh Ikin semasa kami berkumpul di Ampang pada Januari yang lalu mengejutkan aku dan kawan-kawan yang lain. Tak sangka, diam-diam merancang nak bertunang. Alhamdulillah! Aku dan kawan-kawan tersenyum gembira. Dan Ijam siap berpesan suruh aku datang ke majlisnya. Kalau tak...

Aku telah mengambil tugas sebagai 'jurugambar terjun' pada majlis pertunangan Ijam & Ikin. Asalnya nak guna khidmat adik laki aku, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...akulah yang mengambil alih peranan. Jurugambar amatur, apalah sangat kan. Apapun, aku happy. Dalam hati terdetik, seorang demi seorang kawan-kawan ke arah berumahtangga...aku bila lagi? Ini kali kedua aku attend majlis pertunangan, tapi sejujurnya aku masih tak berapa tahu atau faham cara sebenar orang meminang ni. Hehehe.

 Sesi make up. Hasil sentuhan Shai. (FB: Shy Akhma)

 Tengok hasilnya. Nice!

Ikin bersama hantaran pinangan~

Tahniah Ijam & Ikin. Semoga kekal jodohnya. Satu lagi langkah untuk berumahtangga~

Dan...aku juga excited untuk siapkan album gambar si Ijam ni. Bukan buat album macam photographer profesional pun. Album biasa je...just tolong cuci & susun gambarnya. How does it looks?

 Duk adjust gambar, macam mana nak susun.

 Muka depan album.

 
Part paling aku suka. Sememangnya aku gilakan warna!

 Sticker ni kebetulan terjumpa masa teman mak beli barang kat Carrefour Wangsa Maju. Terfikir nak tampal kat album. So, beli je la. RM5.00 sepeket.

Simple je...buat cuci mata.

Dah siap album tak seberapa dari aku ni. Tumpang happy untuk Ijam & Ikin. Bulan 5 tahun depan, insya Allah akan berlangsung majlis diorang. Sama-samalah kita doakan yep! :-)

 
Hehehe...aku pun nak enter frame! :-P

#notakaki: Seronok ambil gambar orang. Harapnya minat dengan fotografi ni dapat diperdalamkan lagi.


Saturday, March 17, 2012

03-03-12: Birthday Surprise!

Update!

Lama betul aku tak jenguk blog aku ni. Mood PMS membantutkan segalanya. Sekarang rasa lebih bersemangat nak cot-cet cot-cet! :-P

Aku dan kawan-kawan rapat berpakat untuk buat kejutan kepada Zul -- merangkap buah hati pengarang jantung Liyana. Perancang utama plan dah tentu la si Liyana...aku dan kawan-kawan cuma membantu menguruskan apa yang patut. Paling bermakna bila buah hati pengarang jantung aku pun kebetulan berkelapangan dan nak meluangan masa di KL (berganda rasa happy-nya) ;-)

 Berkerut aje muka Zul. Dia belum tahu lagi plan kitorang masa ni...

Sampai masanya! Penyanyi band seru nama Zul! Panic Zul dibuatnya! :-P

Berusaha selamatkan lilin! 2x nyalakan lilin! Si Apis siap tengok kipas kat atas! Funny betul time ni~ :-P

Speechless! Hahaha...

Sengih lebar si Zul. Aweknya tenang2 aje... :-D

Babak di mana kami semua paksa Liyana suapka Zul! Hahaha... :-D

Abang-abang senior pengakap, Udie (kiri) & Roshan hadir sama.

Cik Mal pun nak enter frame! :-P

Special moment! Bila mana Zul sendiri volunteer nak nyanyikan lagu buat si perancang kejutan! :-) Lagu 'Wonderful Tonight'.

Vokalis band sakat Zul...hahahaa...thanks, Abang Shahril!

Dari kiri: Lolan, Wandi & Aris.

And...this is StoneNine band. Perform di Bangi Kopitiam Ampang di setiap malam Sabtu. Thanks everyone!

Berjaya juga bantuan tak seberapa buat Liyana demi menjayakan misi. Nyaris tak dapat hubungi birthday boy hari tu. Happy bila tengok kawan-kawan pun happy. :-)

Semoga berbahagialah sahabat! Aku doakan moga kekal jodoh hingga ke hujung nyawa & berpanjangan ke syurgalah hendaknya!


#notakaki: Apa yang bermakna bukanlah nilai barang pemberian, tetapi nilai keikhlasan.