Tuesday, March 20, 2012

25-02-12: BFF E-Day~~

Dek kerana lama tak update blog, terlupa pula satu aktiviti aku di bulan Februari. Ding dong! Bff dah bertunang..!

Sahabat lama yang agak rapat dengan aku satu ketika dahulu -- Khairizam a.k.a Ijam -- telah selamat bertunang dengan gadis pilihannya, Syaidatul Asyikin, yang juga merupakan senior aku masa di tingkatan 6. Siapa sangka kan...kalau dah jodoh. Perkenalan sebagai 'adik & kakak' telah menerbitkan bibit-bibit kemesraan gitu. Lalu, pada tanggal 9 Sept 2009 (09.09.09) mereka telah 'mengisytiharkan' status perhubungan mereka dengan lebih serius. Chantek tak angka depa pilih tu? Cewah...macam reporter hiburan lak aku ni. :-P Selepas lebih 3 tahun bercintun, kini merancang untuk bersatu dengan ikatan yang sah!

Tak sangka...kawan baik aku yang selalu sangat disalahtafsir sebagai bf aku dulu ni...dah memulakan langkah ke arah berumahtangga. Dulu...dialah sahabat 'perempuan' aku, abang aku, kaunselor aku, pendengar dan pengkritik tetap aku. Bab bergaduh, bab salah faham pernah je jadi...tapi lepas tu baik semula. Aku bersyukur dikurniakan seorang sahabat yang baik. Nama dia tak pernah miss daripada mulut aku setiap kali aku berbual dengan kawan-kawan lain, mesti ada topik yang naik kaitkan dengan dia. Yang tak kenal Ijam pun dah boleh kenal. Hehe. Sampaikan...bf aku sendiri (sekarang dah jadi bekas tupperware) pernah cemburukan si Ijam ni. :-P

Sedar tak sedar, dah hampir 10 tahun aku berkawan rapat dengan si Ijam ni. Berita pertunangan yang diumumkan sendiri oleh Ikin semasa kami berkumpul di Ampang pada Januari yang lalu mengejutkan aku dan kawan-kawan yang lain. Tak sangka, diam-diam merancang nak bertunang. Alhamdulillah! Aku dan kawan-kawan tersenyum gembira. Dan Ijam siap berpesan suruh aku datang ke majlisnya. Kalau tak...

Aku telah mengambil tugas sebagai 'jurugambar terjun' pada majlis pertunangan Ijam & Ikin. Asalnya nak guna khidmat adik laki aku, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...akulah yang mengambil alih peranan. Jurugambar amatur, apalah sangat kan. Apapun, aku happy. Dalam hati terdetik, seorang demi seorang kawan-kawan ke arah berumahtangga...aku bila lagi? Ini kali kedua aku attend majlis pertunangan, tapi sejujurnya aku masih tak berapa tahu atau faham cara sebenar orang meminang ni. Hehehe.

 Sesi make up. Hasil sentuhan Shai. (FB: Shy Akhma)

 Tengok hasilnya. Nice!

Ikin bersama hantaran pinangan~

Tahniah Ijam & Ikin. Semoga kekal jodohnya. Satu lagi langkah untuk berumahtangga~

Dan...aku juga excited untuk siapkan album gambar si Ijam ni. Bukan buat album macam photographer profesional pun. Album biasa je...just tolong cuci & susun gambarnya. How does it looks?

 Duk adjust gambar, macam mana nak susun.

 Muka depan album.

 
Part paling aku suka. Sememangnya aku gilakan warna!

 Sticker ni kebetulan terjumpa masa teman mak beli barang kat Carrefour Wangsa Maju. Terfikir nak tampal kat album. So, beli je la. RM5.00 sepeket.

Simple je...buat cuci mata.

Dah siap album tak seberapa dari aku ni. Tumpang happy untuk Ijam & Ikin. Bulan 5 tahun depan, insya Allah akan berlangsung majlis diorang. Sama-samalah kita doakan yep! :-)

 
Hehehe...aku pun nak enter frame! :-P

#notakaki: Seronok ambil gambar orang. Harapnya minat dengan fotografi ni dapat diperdalamkan lagi.


No comments:

Post a Comment