Saturday, April 21, 2012

14-04-12: Girls Day Out!

Aku melapangkan diri menemankan seorang kawan baik aku masa UiTM dulu - Izwana Johari untuk ke butik pengantin pilihannya. Bulan 6 ni dia akan bernikah dan melangsungkan majlis perkahwinan dia, dan aku dipelawa jadi pengapit. Untuk beberapa urusan yang masih belum selesai, aku..Wana dan Anie bertemu. Lama tak lepak!

Lokasi pertama, Butik Rins Suzana di Taman Permata, Ulu Kelang. Sambil menemankan Wana menguruskan hal majlis dia, aku dan Anie sibuk berposing dengan baju-baju yang ada. Ikutkan mana boleh, terang-terangan terpampang "No Camera" dekat butik tu. Tapi aku dan Anie buat selamba je. Dah berapa kali kena jeling dengan assistant lain kecuali assistant yang attend Wana. Dia memang sporting. :-P Tapi, esoknya di Metro Ahad (15 Apr) terpampang dalam artikel 1 muka pasal butik ni. Promo butik dengan baju yang sama kami ambil sehari sebelum tu. Many apologies to the owner of the boutique, lepas ni bolehlah kami promote Rins Suzana pada kawan-kawan yang belum berkahwin tu. Tak gitu?

 Antara baju-baju yang menarik perhatian~ Jadi model tak bertauliah pulak. Hehehe.

Bersama bakal pengantin~Wana. Makin berseri gitu. 

 Ini real discussion ye. Aku curi-curi ambil gambar.

Wana dan Anie~ Anie bakal bertunang 1 Mei ni. Insya Allah hujung tahun ni dia menyusul pula.

Kat luar butik. Sempat jugak la nak posing. Actually gambar ni full dengan address butik tu tapi aku crop sebab gambar jauh.


Sekarang baru aku 'nampak' belanja sebenar untuk menjayakan satu majlis perkahwinan. Thanks to Wana sebab bawa aku ke butik ni sekali. Kalau tak memang aku tak tahu figure sebenar untuk uruskan majlis raja/ratu sehari ni. Bukan murah! Pheww~ Garu kepala. Semuanya memerlukan kos. A to Z.

Selesai urusan di butik, kami bertiga ke Jalan TAR untuk dapatkan barang yang belum complete. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Misi aku pula, siapkan baju untuk aku pakai di majlis pernikahan & persandingan Wana nanti. Menghitung hari~

Cik Mal!

#notakaki: Tak mahu memaksa diri. Biar segalanya datang secara semulajadi. Insya ALLAH...akan sampai masanya nanti.


No comments:

Post a Comment