Sunday, April 29, 2012

28-04-12: Majlis Nikah Ayang & Jay

Weekend datang lagi~

Minggu ni aku melapangkan diri menemankan si dia menghadiri majlis pernikahan anak kepada seorang kenalannya -- penyanyi tahun 80-an bersama Sons of Adam -- Kak Dilla Hussein. Dipendekkan cerita aku lalui macam-macam halangan sebelum sampai ke destinasi yang dituju. Pusing sana, pusing sini...sangkut jalan jammed...pukul 3 lebih masih tercari-cari destinasi sehingga waktu menganjak ke jam 4 petang. Fuh...sangat mencabar mental fizikal. Hampir give up sebab sangkaan kami kenduri dah nak tamat! Rupanya pukul 4 baru mula majlis, lepas selesai segala urusan akad nikah. Alhamdulillah...lega! :-)

Moment yang sempat dirakam melalui kamera hp Samsung Wave II dan kamera digital Panasonic Lumix DMC-FX01:

 Masih ingat filem Gila-Gila Remaja?

 Aku diapit Kak Dilla Hussein & Abg Faizal Hussein~ Tak sempat nak bergambar dengan wife Abg Faizal, Kak Suhaila.

 Kak Dilla dan Lolan~

 Lolan with Abg Syah Zailie~

 Sempat lagi sign autograph di album-album lama beliau~

Ayang & Jay. Selamat pengantin baru!

Hari yang meletihkan. 'Drive-a-thon' dari KL-Rasa-Gombak-Rasa-KL. Keluar rumah jam 11 pagi, baliknya aku sampai di KL sekitar 8.30 malam. Jam 9.30 malam pula aku keluar berjumpa dengan kawan lama aku -- Aimi & Wani -- geng nakal aku zaman sekolah menengah dulu. Lama tak lepak borak-borak. Penat tolak tepi, aku gagahkan juga diri ni. Cewah.

Hari Ahad ada lagi majlis sanding untuk dihadiri. Makan nasi minyak lagi!

#notakaki: Orang duk kecoh pasal rusuhan Perhimpunan Bersih 3.0. Aku tak sempat nak mengikuti berita sepenuhnya semalam, sibuk dengan plan ke rumah Kak Dilla Hussein. Macam-macam benda naik di FB. Perbezaan ideologi membuatkan segelintir manusia seagama sebangsa bermusuhan dan saling mencemuh. Apa nak dikata?



1 comment:

  1. Salam akak
    Macam mana saya nk contact kak natrah yasmi
    I am her own step brother. Rindu kat kakak natrah
    Muhammad fikri yasmi

    ReplyDelete