Sunday, June 24, 2012

03-06-12: Wedding Eira~

Lepas tamat tempoh 3 tahun aku study di UiTM Dungun (2007-2009)...aku cuma jumpa beberapa kawan-kawan sekelas yang sememangnya menetap di KL, yang bekerja di KL atau yang meluangkan masa berkunjung di KL. Selainnya, hinggalah ke majlis persandingan kawan sekelas aku di UiTM dulu - Humaira - barulah bertemu semula dengan teman-teman lama. Itu pun tak semua yang hadir. Cepat betul masa berlalu, sedar tak sedar, dah lebih dua tahun aku tamat pengajian. Rasa macam fresh grad lagi. :-P

Aku ikuti perjalanan ke Kampung Londang, Masjid Tanah, Melaka bersama Wana dan kenalan ofis lamanya, Kak Lin. Kami bertiga sampai sesat-sesat jalan, bertanya orang kampung pun sesat jugak. Datang terjah tanpa bawa kad, cuma ada alamat je. Tegar juga nak sampai ke majlis walaupun lambat. Mujur jugalah selamat sampai.

 After 2 years! Bertemu jua - Dila, Zura, Bee, Anis & Eira.

Bersama bakal pengantin juga ni...menghitung hari - 29 & 30 Jun. Insya Allah~

#notakaki: Aku nak komen 2 kejadian kenduri di luar KL yang pernah aku hadiri. Peta lokasi pada kad pengantin tak lengkap, tak tunjuk direction dari semua arah laluan di mana kemungkinan tetamu akan datang. Ada yang letak landmark yang tak penting (contohnya kedai makan Wahab, reban ayam Samad)...bangunan-bangunan utama yang besar megah tak pula ditandakan dalam peta. Janganlah jangkakan orang luar mahir dengan selok belok jalan di kawasan tersebut, ada signboard pun tak guna kalau direction tak tepat. Bukan mudah nak uruskan part logistik ni, yang pastinya ada yang terlepas ambil berat dan fikir sambil lewa je. Kesianlah tetamu yang datang dari jauh.


No comments:

Post a Comment