Sunday, July 1, 2012

Family Gathering + Mia's 1st Birthday~

Aku dan saudara-mara sebelah mama berkumpul pada 17 Jun yang lepas untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran si kecil kesayangan - Damia - yang genap umurnya setahun pada 29 Mei 2012. Sedikit lewat. Alhamdulillah, kami dapat berkumpul bersama meskipun lagi 3 adik-adik mama tak dapat bersama sebab menetap di luar KL. Dengan konsep pot-luck, setiap family datang bersama makanan.

Macam biasa...aku abadikan kenangan di hujung lensa kamera. That's my hobby! ;-)

Jeng jeng jeng! Meja penuh makanan!

Nasi dagang dari family mama. Hasil tangan mama jarang mengecewakan. ;-)

Karipap inti kentang + salad buah dari family mama juga~

Laksa Kelantan dan puding caramel daripada family chik! Nyum nyum!

Mihun goreng daripada family pak yang!

Ahah! Menarik tak? Ini buah tangan daripada family pak ngah! Baby sushi doughnuts from Big Apples~

Kek batik dari family pak ngah juga~

Kek choc-moist + karipap + kuih koci daripada family pak teh!

Makan time!

Senyuman dari Damia! Happynya dia. Macam tahu-tahu je orang nak sambut birthday dia. :-)

 Kek birthday Mia~ Tapi salah eja nama daa. Sponsored by chik su.

 Muka teruja dan penuh tanda tanya! Mia comel! :-D

Cerianya Mia. Suka betul dia. :-D 

Pejam celik pejam celik, dah setahun dah usia Mia. She's growing up!

#notakaki: Untung ada adik beradik ramai dan sepakat. Bila ada gathering atau berkumpul time raya, memang meriah. Mama anak sulung daripada 12 beradik. Ramai kan?


No comments:

Post a Comment