Sunday, July 22, 2012

Kek Batik - 1st Try!

Hari pertama Ramadhan, hati aku agak bersemangat nak buat something untuk family makan lepas menjamah juadah berbuka. Macam biasa...mama aku memang Masterchef di dapur. Aku pula buatlah manisan sebagai 'pencuci mulut' bak kata orang tua-tua. :-)

Beberapa minggu sebelum bulan puasa, aku ada rasa kek batik yang kawan sekerja aku beli. Sekali rasa, aku jadi 'ketagih'. Dah jadi kesukaan aku pula sebab rasa coklat dia yang...umphhh...yummy. Terus teringat kenangan masa kecik-kecik dulu, mama pernah buatkan benda ni guna milo. Dek kerana diasak 'ngidam' yang meluap-luap, aku pun gunalah teknologi di hujung jari - Mr. Google - untuk dapatkan cara membuat kek batik ni.

Mudah je rupanya. Tapi, memandangkan ni first try aku...dari segi hasil rupanya taklah gah sangat tapi rasanya...hmmm...abah kata okay, tak manis sangat. Yeayy! Berbunga-bunga riang hati aku dek compliment abah tu. ;-)

: Segmen membuat Kek Batik Biskut Marie dari Chef Phui-Phuii Cik Mal :
Hahaha.

1st step: Marjerin + coklat masakan + susu isian pekat disatukan dan dicairkan menggunakan kaedah 'double-boiler'.

*Aku tak gunakan milo. Saja nak rasa guna coklat masakan.

2nd step: Patah-patahkan biskut Marie ke dalam bekas. Aku sediakan juga 2 bekas berasingan berlapik aluminium foil di dalamnya.

3rd step: Adunan pertama yang dah cair sepenuhnya tu bolehlah tuang ke dalam bekas berisi biskut marie tadi. Gaul rata supaya semuanya sebati dengan cairan coklat.

Lepas semuanya sebati, aku transfer ke dalam bekas yang aku dah letakkan aluminium foil tu - atas sebab, senang nak keluarkan dari bekas masa nak potong nanti - dan kemudiannya aku tekan-tekan pula dengan sudu.

*Error aku kat sini, aku boleh pulak tambah lagi biskut marie ke dalam bekas ni bila aku rasa macam sikit je. Sudahnya coklat pulak tak cukup. Disebabkan kesilapan meng-agak ni la, aku tak dapat nak memampatkan biskut aku sepadat-padatnya. Ngeee!!

4th step: Taburkan kacang tanah yang dah dikisar ke atas kek yang dah dimampatkan. Masukkan dalam peti ais.

*Kasar bonar nampaknya kacang aku tu. Kisar cincai je. Mak mertua tengok ni mau kena reject! :-P

Tadaaa..! Baru keluar dari peti ais.

Aku keluarkan kek batik bekas. Mudah je bila pakai aluminium foil ni.

Ini la rupa dia selepas dipotong...kek batik pertama dari Chef Phui-Phuii Cik Mal. Tak cukup kemas tapi rasanya tidaklah phui-phuii! :-P

Haaa...itulah kisahnya. Sejarah pertama ni aku catatkan dalam blog supaya 10-20 tahun akan datang nanti bolehlah aku gelak sendiri baca kisah cubaan pertama aku ni. Next try akan diperbaiki dan diperhalusi. Cewah. Now it's one of my favourite! Tak payah beli-beli lagi...nak je buat sendiri.

Lepas ni nak buat apa pula yep?

#notakaki: Aku dapat resepi ni melalui blogger Kak Ana Suzana. Many thanks to her! ;-)


Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Ya Ramadhan

Ramadhan tiba lagi~


Kembali berpuasa untuk tahun 2012 / 1433 H. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk hidup di bumi-Nya dan merasai lagi nikmat bulan puasa. Aku rindukan ketenangan yang pernah Allah datangkan dalam hidup ni. Moga jiwa aku lebih terdidik dan kekal dengan hidayah yang dicari. Insya ALLAH.

Lafaz niat puasa sebulan dan harian~

Ada azam yang nak dicapai untuk bulan ni. Aspek kerohanian, kemahiran dan disiplin. Moga berjaya capai apa yang dihajatkan.

Link bacaan tambahan - asas puasa dan fadilat mengerjakan solat tarawih:
http://ibnismail.wordpress.com/2008/09/06/puasa-dan-kelebihan-solat-terawih/


#notakaki: Proses penyucian hati bermula.


Wednesday, July 18, 2012

Migrain Migrain Migrain!


Siapa yang tak pernah rasa migrain ni mesti tak tahu azab yang dirasai si penghidap bila diserang penyakit ni. Aku dah bertemankan dengan migrain ni sejak aku di tingkatan 1, dalam tahun 1999. Doktor sahkan aku ada migrain berdasarkan simptom-simptom yang aku alami setiap kali aku ke klinik untuk dapatkan ubat. Sekarang di tahun 2012, dah hampir 15 tahun aku tanggung sakit ni...sakit yang dikatakan tiada penawarnya, melainkan diberi pelega sementara. Dan, peratusan penghidap wanita adalah tinggi berbanding lelaki. [Setakat pembacaan aku. Mohon maaf sekiranya tak tepat.]

Perbezaan sakit kepala~

Tanda-tanda seseorang diserang migrain~

Kekerapan serangan tak dapat nak dijangka, bergantung kepada penyebab-penyebabnya juga. Aku sendiri tak dapat nak mengagak apa punca sebenar serangan yang datangnya tak dijemput. Biasanya, aku tak boleh tahan dengan perubahan suhu yang mendadak dan ketara, secara tiba-tiba - sejuk ke panas atau panas ke sejuk. Contohnya dari tempat yang dingin beku (aircond) kelaur ke bawah terik panas matahari, dan sebaliknya. Macam tu juga keadaannya bila hari nak hujan, kepala aku cukup sensitif 'menangkap' haba yang naik. Selain daripada tu, aku mudah diserang migrain dalam keadaan yang 'menekan' seperti masa yang suntuk - terkejarkan suatu perkara - dan kegagalan mengawal stress & emosi - terutamanya ketika menangis - serta minum Nescafe. Pernah ada suatu ketika, dalam soal jawab bersama doktor, doktor berkata, "Awak cari penyakit awak sendiri." Aku mengaku pada doktor aku ada minum kopi dalam jangkamasa sebelum serangan berlaku. Memang masa tu aku sedikit 'ketagih' dengan kopi McDonald's, setiap pagi aku beli sebagai minuman sarapan pagi di tempat kerja. Banyak pantang larang yang perlu diikuti dan ada ketikanya aku langgar kerana tak percaya. Sakitnya, tanggung sendiri. Oh yaa...lagi satu. Aku tak suka bau asap rokok. Dan segala jenis macam asap yang menyesakkan kepala. Migrain og migrain!


Bila datang sakitnya, kepala rasa macam nak meletup!

Serangan migrain betul-betul mengganggu konsentrasi aku masa bekerja. Selalunya aku akan hilang tumpuan, gagal berfikir dengan baik dan apa yang aku buat serba tak kena. Banyak silap daripada betulnya. Pada mereka yang ada health knowledge pasti faham atau setidak-tidaknya peka dengan perubahan / situasi yang tak diminta ini. Yang pastinya, bukan semua orang peka dan mahu ambil tahu. "None of my business!" Tiada cara lain yang dapat aku buat bila diserang migrain - makan ubat, kemudian tidur dalam bilik yang sunyi dan gelap.

Ada satu tahap, aku cuma mampu tarik-tarik rambut dan menangis bila sakitnya betul-betul 'mencengkam' kepala!

17 Julai yang lalu - aku ke panel klinik berhampiran dek kerana sakit migrain yang menyerang sehingga masuk hari ke-5, masih juga tak reda. Sampai di sana, aku dapatkan referral letter untuk rujuk ke Hospital Kuala Lumpur, bagi dapatkan nasihat dan rawatan susulan, jika perlu. Selepas melalui beberapa proses dan menunggu giliran yang agak panjang untuk berjumpa doktor, aku disuruh ke bilik A-10 di Jabatan Pesakit Luar. [Mungkin sebabnya kes aku bukan kes serius] Dalam pertemuan tak sampai 1 minit, doktor sempat bertanya kalau-kalau ada ahli keluarga yang menghidap migrain. Dan, aku jawab ya...cuma tak sekerap yang aku hadapi. Doktor cuma berkata, penyakit migrain merupakan penyakit keturunan [aku dah sedia maklum masa mula-mula disahkan ada migrain dulu] dan doktor berpesan supaya aku dan ahli keluarga yang ada migrain untuk jaga kesihatan...dikatakan penghidap migrain berisiko mendapat strok, terutamanya yang ada penyakit darah tinggi. Doktor ada kata aku perlu rujuk ke bahagian neuro, tapi doktor akan berikan ubat 'terbaik' untuk legakan sakit yang aku hadapi dan mc selama 2 hari untuk berehat.

Bacaan tambahan:
1. http://www.msnbc.msn.com/id/29288759/ns/health-pain_center/t/killer-headache-migraines-hike-stroke-risk/#.UAZjK7Qe44g

2. http://www.medicalnewstoday.com/articles/148373.php

*Lain-lain bacaan boleh didapati di Google search.

Sehingga entry ni ditaip, aku masih berperang dengan rasa tak selesa yang 'menjalar' di kepala. Macam tak nak dilepaskan je. Please...set me free! Esok aku dah mula bekerja macam biasa, harapnya malam ni aku dapat tidur dengan baik. Aku tak mahu bekerja bersama migrain!

#notakaki: Banyakkan membaca info kesihatan.


Sunday, July 15, 2012

Wana Kahwin!

Akhirnya...

Setelah dihitung detik dan waktu...selepas 8 tahun menyulam bunga-bunga cinta, sampai juga waktunya...my ex-classmate + my ex-housemate masa study di UiTM Dungun...Wana disatukan bersama buah hati tersayang, E. Aku dan seorang lagi kawan baik aku, cik Anie...menyumbangkan sedikit usaha bersama pengantin membantu dalam persiapan terakhir. Quite excited, macam uruskan majlis sendiri pulak. ;-P

Sehari sebelum majlis nikah, aku dan Anie terjah ke rumah pengantin untuk inaikan dia. Very simple request, dia tak nak corak-corak cacamarba kat tangan dia. Just inai biasa. Maka kami pun buatlah apa yang patut.

 Kad jemputan pengantin! Abaikan kedut-kedut pada kad tu ya. Hehe.

Jemputan untuk kawan-kawan baik aku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

: 28 Jun 2012 - malam berinai. Lokasi di Taman Selayang Jaya :

Anie ambil part kaki...aku ambil part tangan. But no one ambil gambar aku. Haha.

Almost done!

Ok, aku dah siapkan part aku. Baru ada gambar~ :-P

Done!

Touch-up lagi~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

: Hari nikah - 29 Jun 2012. In another episode! :

Selesai make-up session~

Aku paling suka tengok inai kat jari Wana. Tak luntur, masih merah. Sangat berpuas hati~ ;-)

Sedia ke masjid. Manis ayu dengan busana warna putih~

Special pose, directed by me. Really like it~ Wink wink!

Sempat lagi posing~ :-P Lokasi di Masjid Sri Melati, Selayang.

Moment terindah~ Selamat melayari bahtera rumahtangga Wana & E!

 Me with ex-classmate - Shamihah~

From left: Anie, Wana, Sya & Mal.
Ex-students of OM221, UiTM Dungun - year 2007-2009. ;-)

Three of us! Friendship never dies!

Cincin nikah tersarung di jari manis~

Pose istimewa dari pengantin baru!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

: 30 Jun 2012 - Majlis Resepsi. Lokasi di Dewan Komuniti Bandar Menjalara :

Make-up session - last touch-up~

Hair-do~

Done!

Just like standing with Miss Malaysia~ ;-)

 I'm smile in nervous!

Aku naik pelamin lagi~

Sesi memotong kek~

Wajah bahagia~

 Silver vs pink!

Kawan-kawan baik aku yang berkesempatan datang. Thanks everyone! ;-)

Last but not least. Cik Mal~

Oh ya. Kalau nak tahu dari mana kawan Cik Mal dapatkan pakej pengantin, dia ambil dengan butik 'Rins Suzana' ya. Perlu buat appointment sebelum datang.

Selesai sudah segalanya. Thanks to Cik Puan Wana sebab sudi invite jadi pengapit pengantin...dapat la sikit pengalaman berharga selama 3 hari bersama keluarga pengantin. Bukan senang nak uruskan 1 majlis...daripada sebesar-besar hal, sampai sekecil-kecil hal nak kena ambil berat. Bantuan aku cuma berapa percent...tak dapat nak gambarkan tekanan dan susah payah yang dilalui oleh famili pengantin dalam berbulan-bulan membuat persiapan. Yang pastinya, lepas selesai majlis, smua orang lega!

#notakaki: Orang masih menunggu turn aku naik pelamin. But I have no answer! ;-)