Sunday, July 22, 2012

Kek Batik - 1st Try!

Hari pertama Ramadhan, hati aku agak bersemangat nak buat something untuk family makan lepas menjamah juadah berbuka. Macam biasa...mama aku memang Masterchef di dapur. Aku pula buatlah manisan sebagai 'pencuci mulut' bak kata orang tua-tua. :-)

Beberapa minggu sebelum bulan puasa, aku ada rasa kek batik yang kawan sekerja aku beli. Sekali rasa, aku jadi 'ketagih'. Dah jadi kesukaan aku pula sebab rasa coklat dia yang...umphhh...yummy. Terus teringat kenangan masa kecik-kecik dulu, mama pernah buatkan benda ni guna milo. Dek kerana diasak 'ngidam' yang meluap-luap, aku pun gunalah teknologi di hujung jari - Mr. Google - untuk dapatkan cara membuat kek batik ni.

Mudah je rupanya. Tapi, memandangkan ni first try aku...dari segi hasil rupanya taklah gah sangat tapi rasanya...hmmm...abah kata okay, tak manis sangat. Yeayy! Berbunga-bunga riang hati aku dek compliment abah tu. ;-)

: Segmen membuat Kek Batik Biskut Marie dari Chef Phui-Phuii Cik Mal :
Hahaha.

1st step: Marjerin + coklat masakan + susu isian pekat disatukan dan dicairkan menggunakan kaedah 'double-boiler'.

*Aku tak gunakan milo. Saja nak rasa guna coklat masakan.

2nd step: Patah-patahkan biskut Marie ke dalam bekas. Aku sediakan juga 2 bekas berasingan berlapik aluminium foil di dalamnya.

3rd step: Adunan pertama yang dah cair sepenuhnya tu bolehlah tuang ke dalam bekas berisi biskut marie tadi. Gaul rata supaya semuanya sebati dengan cairan coklat.

Lepas semuanya sebati, aku transfer ke dalam bekas yang aku dah letakkan aluminium foil tu - atas sebab, senang nak keluarkan dari bekas masa nak potong nanti - dan kemudiannya aku tekan-tekan pula dengan sudu.

*Error aku kat sini, aku boleh pulak tambah lagi biskut marie ke dalam bekas ni bila aku rasa macam sikit je. Sudahnya coklat pulak tak cukup. Disebabkan kesilapan meng-agak ni la, aku tak dapat nak memampatkan biskut aku sepadat-padatnya. Ngeee!!

4th step: Taburkan kacang tanah yang dah dikisar ke atas kek yang dah dimampatkan. Masukkan dalam peti ais.

*Kasar bonar nampaknya kacang aku tu. Kisar cincai je. Mak mertua tengok ni mau kena reject! :-P

Tadaaa..! Baru keluar dari peti ais.

Aku keluarkan kek batik bekas. Mudah je bila pakai aluminium foil ni.

Ini la rupa dia selepas dipotong...kek batik pertama dari Chef Phui-Phuii Cik Mal. Tak cukup kemas tapi rasanya tidaklah phui-phuii! :-P

Haaa...itulah kisahnya. Sejarah pertama ni aku catatkan dalam blog supaya 10-20 tahun akan datang nanti bolehlah aku gelak sendiri baca kisah cubaan pertama aku ni. Next try akan diperbaiki dan diperhalusi. Cewah. Now it's one of my favourite! Tak payah beli-beli lagi...nak je buat sendiri.

Lepas ni nak buat apa pula yep?

#notakaki: Aku dapat resepi ni melalui blogger Kak Ana Suzana. Many thanks to her! ;-)


2 comments: