Wednesday, July 18, 2012

Migrain Migrain Migrain!


Siapa yang tak pernah rasa migrain ni mesti tak tahu azab yang dirasai si penghidap bila diserang penyakit ni. Aku dah bertemankan dengan migrain ni sejak aku di tingkatan 1, dalam tahun 1999. Doktor sahkan aku ada migrain berdasarkan simptom-simptom yang aku alami setiap kali aku ke klinik untuk dapatkan ubat. Sekarang di tahun 2012, dah hampir 15 tahun aku tanggung sakit ni...sakit yang dikatakan tiada penawarnya, melainkan diberi pelega sementara. Dan, peratusan penghidap wanita adalah tinggi berbanding lelaki. [Setakat pembacaan aku. Mohon maaf sekiranya tak tepat.]

Perbezaan sakit kepala~

Tanda-tanda seseorang diserang migrain~

Kekerapan serangan tak dapat nak dijangka, bergantung kepada penyebab-penyebabnya juga. Aku sendiri tak dapat nak mengagak apa punca sebenar serangan yang datangnya tak dijemput. Biasanya, aku tak boleh tahan dengan perubahan suhu yang mendadak dan ketara, secara tiba-tiba - sejuk ke panas atau panas ke sejuk. Contohnya dari tempat yang dingin beku (aircond) kelaur ke bawah terik panas matahari, dan sebaliknya. Macam tu juga keadaannya bila hari nak hujan, kepala aku cukup sensitif 'menangkap' haba yang naik. Selain daripada tu, aku mudah diserang migrain dalam keadaan yang 'menekan' seperti masa yang suntuk - terkejarkan suatu perkara - dan kegagalan mengawal stress & emosi - terutamanya ketika menangis - serta minum Nescafe. Pernah ada suatu ketika, dalam soal jawab bersama doktor, doktor berkata, "Awak cari penyakit awak sendiri." Aku mengaku pada doktor aku ada minum kopi dalam jangkamasa sebelum serangan berlaku. Memang masa tu aku sedikit 'ketagih' dengan kopi McDonald's, setiap pagi aku beli sebagai minuman sarapan pagi di tempat kerja. Banyak pantang larang yang perlu diikuti dan ada ketikanya aku langgar kerana tak percaya. Sakitnya, tanggung sendiri. Oh yaa...lagi satu. Aku tak suka bau asap rokok. Dan segala jenis macam asap yang menyesakkan kepala. Migrain og migrain!


Bila datang sakitnya, kepala rasa macam nak meletup!

Serangan migrain betul-betul mengganggu konsentrasi aku masa bekerja. Selalunya aku akan hilang tumpuan, gagal berfikir dengan baik dan apa yang aku buat serba tak kena. Banyak silap daripada betulnya. Pada mereka yang ada health knowledge pasti faham atau setidak-tidaknya peka dengan perubahan / situasi yang tak diminta ini. Yang pastinya, bukan semua orang peka dan mahu ambil tahu. "None of my business!" Tiada cara lain yang dapat aku buat bila diserang migrain - makan ubat, kemudian tidur dalam bilik yang sunyi dan gelap.

Ada satu tahap, aku cuma mampu tarik-tarik rambut dan menangis bila sakitnya betul-betul 'mencengkam' kepala!

17 Julai yang lalu - aku ke panel klinik berhampiran dek kerana sakit migrain yang menyerang sehingga masuk hari ke-5, masih juga tak reda. Sampai di sana, aku dapatkan referral letter untuk rujuk ke Hospital Kuala Lumpur, bagi dapatkan nasihat dan rawatan susulan, jika perlu. Selepas melalui beberapa proses dan menunggu giliran yang agak panjang untuk berjumpa doktor, aku disuruh ke bilik A-10 di Jabatan Pesakit Luar. [Mungkin sebabnya kes aku bukan kes serius] Dalam pertemuan tak sampai 1 minit, doktor sempat bertanya kalau-kalau ada ahli keluarga yang menghidap migrain. Dan, aku jawab ya...cuma tak sekerap yang aku hadapi. Doktor cuma berkata, penyakit migrain merupakan penyakit keturunan [aku dah sedia maklum masa mula-mula disahkan ada migrain dulu] dan doktor berpesan supaya aku dan ahli keluarga yang ada migrain untuk jaga kesihatan...dikatakan penghidap migrain berisiko mendapat strok, terutamanya yang ada penyakit darah tinggi. Doktor ada kata aku perlu rujuk ke bahagian neuro, tapi doktor akan berikan ubat 'terbaik' untuk legakan sakit yang aku hadapi dan mc selama 2 hari untuk berehat.

Bacaan tambahan:
1. http://www.msnbc.msn.com/id/29288759/ns/health-pain_center/t/killer-headache-migraines-hike-stroke-risk/#.UAZjK7Qe44g

2. http://www.medicalnewstoday.com/articles/148373.php

*Lain-lain bacaan boleh didapati di Google search.

Sehingga entry ni ditaip, aku masih berperang dengan rasa tak selesa yang 'menjalar' di kepala. Macam tak nak dilepaskan je. Please...set me free! Esok aku dah mula bekerja macam biasa, harapnya malam ni aku dapat tidur dengan baik. Aku tak mahu bekerja bersama migrain!

#notakaki: Banyakkan membaca info kesihatan.


No comments:

Post a Comment