Sunday, August 12, 2012

Iftar Gathering Ke-3!

2 hari berturut-turut organize plan berbuka bersama kawan-kawan lama. Alhamdulillah...menjadi juga seperti yang dirancang walaupun ada sedikit perubahan rancangan + keputusan. Mohon maaf pada teman-teman yang terasa hati atau tak puas hati...yang pastinya kita berjaya berkumpul bersama. Jarang-jarang dapat bersua!


Lokasi pilihan kali ni di Restoran Periuk Belanga, Danau Kota di Platinum Walk, Setapak. Gathering bersama kawan-kawan tingkatan 6B SMK Seri Ampang tahun 2004-2005 bersama OC team members.

 Aku pun nak masuk gambar jugak~ :-P


Antara menu-menu yang menjadi santapan. Alhamdulillah syukur nikmat...
 Sesi menjamu selera~

 Puteri-puteri~

 Putera-putera~

 Bergambar kenangan. Aku sorang je yang sopan pakai baju kurung. Hehe~


Ada yang berpisah arah dengan agenda masing-masing. Ada juga yang lepak untuk minum-minum untuk second round~


Tak semua gambar aku naikkan di sini. Semuanya ada dalam album di FB. Berjaya juga kumpulkan kawan-kawan lama walaupun ada yang tak berkesempatan nak join sama. Moga ada kesempatan untuk bertemu lagi di lain waktu. Insya Allah.

#notakaki: Tahun ni tak berkesempatan nak buat gathering dengan kawan-kawan lama dari sekolah rendah + menengah. Mungkin tahun depan?


Sunday, August 5, 2012

Iftar Ke-2 Di Luar!

03-08-2012 -- Kali ni aku melapangkan diri berkumpul bersama kawan-kawan pengakap zaman sekolah menengah dulu - SMK Padang Tembak. Senior dan junior bertemu semula setelah lama tak bersua muka. Atas permintaan Angah, maka terjadilah pertemuan di JJ AEON AU2, Taman Keramat. Tak semua dapat hadir....kalau ramai lagi muka-muka lama yang turut sama, pasti kecoh!

 Cik Linda & Cik Mal - masih dengan baju kerja.

 Sesi bergambar!

 Dari kiri: Roshan, Linda, Liyana, Udi, Bob + partner.

 Macam biasalah...we ols lagi dan lagi. :-P

 Ada menu yang terlepas ambil gambarnya. Pakej Ramadhan. Dapat makan sedap. Alhamdulillah~


Cik Mal with Aimi & Wani~

Bersama tetamu VVIP yang terlewat sampai sebab salah JJ! :-P

Sempat bersolat maghrib di situ selepas berbuka. Alhamdulillah, moga masa akan datang dapat lagi berkumpul bersama. Almaklumlah jarang sangat berjumpa. Borak sana borak sini, Abang Bob sampaikan berita beliau bakal berkahwin, insya Allah akan disampaikan kad jemputan bila sampai waktunya.

#notakaki: Iftar gathering berikutnya pada 4 Ogos!


Iftar Pertama Di Luar!

28-07-12 -- Aku melapangkan diri berkampung di destinasi yang tak asing lagi pada aku, di daerah Batang Kali, Hulu Selangor untuk berbuka puasa bersama teman-teman dan si dia. Kali ni plan berbuka turut diselitkan dengan surprise untuk salah seorang si kembar bernama Cik Dia Ida (nama glemer beliau dalam FB). Maka aktiviti pun diatur seperti yang dirancang dan berlangsung secara ringkas. Kedai makan pilihan untuk tahun yang kedua ni -- Isma Seafood, Batang Kali. Tahun lepas pun berbuka di kedai yang sama...cuma tahun ni bezanya kami tak sempat nak ke bazaar Ramadhan di Liga Mas untuk membeli sedikit juadah tambahan. Tak dapat merasa roti goreng arbak! Tahun depan la jawabnya. Dan, pasangan Emy-Ayu pun tak dapat join sama sebab Ayu baru je bersalin beberapa hari sebelum kami merancang untuk berjumpa. Tahniah Emy & Ayu untuk kelahiran bayi lelaki sulung. Emy's Junior dinamakan Muhammad Emir Amsyar. Alhamdulillah. Dan, gathering kali ni diikuti oleh pasangan bakal pengantin baru -- Nizam & Zila.

 Menu pilihan: Siakap 3 rasa + kailan ikan masin + kangkung goreng belacan + tomyam campur + telur dadar + air tembikai. Alhamdulillah, syukur nikmat~

 Happy Belated Birthday, Dia Ida!
[27-July-2012]

 I love candid~!

 Thanks to Jais for the sponsored cake!


Selepas bebuka, Nizam & Zila pun minta izin nak balik dan kami berempat berpakat untuk buat terjahan di Uptown Danau Kota. Sesi cuci-cuci mata dan window shopping!

#notakaki: Tahun kedua menempuh Ramadhan bersama si dia. Alhamdulillah~