Sunday, August 12, 2012

Iftar Gathering Ke-3!

2 hari berturut-turut organize plan berbuka bersama kawan-kawan lama. Alhamdulillah...menjadi juga seperti yang dirancang walaupun ada sedikit perubahan rancangan + keputusan. Mohon maaf pada teman-teman yang terasa hati atau tak puas hati...yang pastinya kita berjaya berkumpul bersama. Jarang-jarang dapat bersua!


Lokasi pilihan kali ni di Restoran Periuk Belanga, Danau Kota di Platinum Walk, Setapak. Gathering bersama kawan-kawan tingkatan 6B SMK Seri Ampang tahun 2004-2005 bersama OC team members.

 Aku pun nak masuk gambar jugak~ :-P


Antara menu-menu yang menjadi santapan. Alhamdulillah syukur nikmat...
 Sesi menjamu selera~

 Puteri-puteri~

 Putera-putera~

 Bergambar kenangan. Aku sorang je yang sopan pakai baju kurung. Hehe~


Ada yang berpisah arah dengan agenda masing-masing. Ada juga yang lepak untuk minum-minum untuk second round~


Tak semua gambar aku naikkan di sini. Semuanya ada dalam album di FB. Berjaya juga kumpulkan kawan-kawan lama walaupun ada yang tak berkesempatan nak join sama. Moga ada kesempatan untuk bertemu lagi di lain waktu. Insya Allah.

#notakaki: Tahun ni tak berkesempatan nak buat gathering dengan kawan-kawan lama dari sekolah rendah + menengah. Mungkin tahun depan?


2 comments:

  1. seronok kan dapat bersama kawan-kawan macam ni :)

    ReplyDelete
  2. yup! memang seronok~ bukan selalu dapat bertemu! :)

    ReplyDelete