Sunday, August 5, 2012

Iftar Pertama Di Luar!

28-07-12 -- Aku melapangkan diri berkampung di destinasi yang tak asing lagi pada aku, di daerah Batang Kali, Hulu Selangor untuk berbuka puasa bersama teman-teman dan si dia. Kali ni plan berbuka turut diselitkan dengan surprise untuk salah seorang si kembar bernama Cik Dia Ida (nama glemer beliau dalam FB). Maka aktiviti pun diatur seperti yang dirancang dan berlangsung secara ringkas. Kedai makan pilihan untuk tahun yang kedua ni -- Isma Seafood, Batang Kali. Tahun lepas pun berbuka di kedai yang sama...cuma tahun ni bezanya kami tak sempat nak ke bazaar Ramadhan di Liga Mas untuk membeli sedikit juadah tambahan. Tak dapat merasa roti goreng arbak! Tahun depan la jawabnya. Dan, pasangan Emy-Ayu pun tak dapat join sama sebab Ayu baru je bersalin beberapa hari sebelum kami merancang untuk berjumpa. Tahniah Emy & Ayu untuk kelahiran bayi lelaki sulung. Emy's Junior dinamakan Muhammad Emir Amsyar. Alhamdulillah. Dan, gathering kali ni diikuti oleh pasangan bakal pengantin baru -- Nizam & Zila.

 Menu pilihan: Siakap 3 rasa + kailan ikan masin + kangkung goreng belacan + tomyam campur + telur dadar + air tembikai. Alhamdulillah, syukur nikmat~

 Happy Belated Birthday, Dia Ida!
[27-July-2012]

 I love candid~!

 Thanks to Jais for the sponsored cake!


Selepas bebuka, Nizam & Zila pun minta izin nak balik dan kami berempat berpakat untuk buat terjahan di Uptown Danau Kota. Sesi cuci-cuci mata dan window shopping!

#notakaki: Tahun kedua menempuh Ramadhan bersama si dia. Alhamdulillah~



No comments:

Post a Comment