Saturday, October 6, 2012

08-09-12: Wedding Kak Zizie Hashim!

A week after E.T's wedding, aku melapangkan diri attend kenduri adik kepada musician Edrie Hashim - Zizie Hashim. Mengikut perancangan, ada 2 jemputan untuk dipenuhi pada hari tu. Satu jemputan open house, satu lagi wedding reception. Tapi dek kerana parent ada jemputan open house juga pada malam tersebut, tak dapatlah memenuhi 2 jemputan seperti yang dirancang. Dapat pergi satu majlis aje...pinjam kereta parent la katakan. Lepas parent aku balik dari open house around 9 p.m., barulah aku keluar. Alkisahnya.

Antara moment yang sempat diambil:
 
Candid!

 Orang kata ni kembar aku - Kak Fiza. Sama tak muka? :-D

 Bersama bff Kak Zizie - Kak Wati. My ex-colleague masa kerja di Celcom BlueCube tahun 2010. :-)

 Bersama kawan-kawan rockers yang hadir sama! 

 Bersama tuan rumah - Kak Nurul @ Pat Candy & Abg Edrie Hashim~

Majlis yang berlangsung secara sederhana, bersama saudara mara terdekat dan kehadiran teman-teman yang sudi meraikan. Aku suka konsep macam ni. Truly simple! I'm inspired enough! Hehehe...

#notakaki: Bila di show, sempoi berjeans & t-shirt. Bila di kenduri, berkebaya pula.


Wedding E.T + Open House!

Makan nasi minyak lagi~

Makin ramai junior zaman sekolah dulu melangsungkan perkahwinan. Mereka yang terlalu awal atau aku yang terlewat? Biar soalan mencari jawapan. Sesungguhnya Allah perancang terbaik perjalanan hidup hambaNya. :-)

-- 01-09-2012: Sabtu --


 Congrates, E.T and husband! How times fly...!
First time kenal E.T tahun 2005 kalau tak silap. Nice and friendly girl. :-)

 Ijam and his fiancee, Ikin. Tahun 2013 turn mereka pula~

 What a small world! Kak Mis...officemate aku rupanya kakak ipar E.T! :-D

Selesai makan dan bergambar di kenduri E.T, aku dan kawan-kawan meneruskan perjalanan ke 2 buah rumah yang adakan open house! Satu berlokasi di Batu Muda dan satu lagi di Selayang. Jalan-jalan cari makan!

Open house di rumah Puan Wana, Selayang Jaya.
Selepas beberapa bulan kahwin pun masih maintain vogue gitu. Caya la! :-)

-- 02-09-2012: Ahad--


Esoknya bertandang ke area Hulu Selangor pula. Rumah pertama di rumah Jais...rumah kedua di rumah Ida...rumah ketiga di rumah Ayu & Emy...rumah keempat di rumah Z. 4 rumah untuk makan-thon sehari! Rumah si dear je aku tak pernah jejak lagi...untuk raya di tahun kedua ni.

 Di rumah Ida @ Rasa~

 Ida memangku anak sulung Ayu-Emy~ Muhammad Emir Amsyar!

Teringin? I love baby~

Mengulit kenangan zaman muda remaja, membelek album-album lama. Pecah ketawa, pecah rahsia!

#notakaki: Bulan puasa turun berkilo, lepas puasa naik berkilo-kilo-kilo!


Monday, October 1, 2012

Episod Raya: 18 - 24 Ogos 2012!

Wahhh!

Lamanya aku tak update! Semakin busy dengan komitmen hidup dan aktiviti hujung minggu, sampai terlupa dengan rutin aku yang ini. So...lets starts it over again~ ;-)

Dah lebih sebulan berlalu selepas sambutan Aidilfitri 1433 H yang diraikan tahun ni. Seperti tahun-tahun yang sudah, aku dan keluarga baik beraya di kampung opah (ibu kepada mama aku), berlokasi di Jeli, Kelantan. Cuti kali ni lebih untung, seminggu kami 'bertapa' di sana! ;-)


Memulakan perjalanan seawal jam 4 pagi. Tak sangka kereta penuh atas jalan. Pesta lampu break di highway Karak! Perjalanan agak perlahan sehingga melepasi daerah Bentong.


Around 2 pm. Alhamdulillah selamat sampai. Lewat 2 jam dari jangkaan. Here it is! Rumah opah!

Persiapan berbuka puasa di hari terakhir dan juga untuk juadah pagi raya - by masterchef, PUAN MAMA! ;-)

My favourite food~ Nasi himpit! Kat kampung je la dapat rebus nasi himpit dalam kawah besar macam ni. ;-)

Menu wajib. LEMANG! Made by my beloved opah! ;-)

First time aku tengok buah ASAM KEPING! Inilah rupa dia ye...haha! 'Bandar' sangatkah aku.?? :-P

Buah yang selalu menarik minat aku setiap kali aku balik rumah opah - buah KATAK PURU!

Buah kelapa yang opah kumpulkan dan jual kat orang kampung~

Sedia untuk dimasak!

Menu berbuka di malam terakhir Ramadhan! Makan ramai-ramai...untunglah mama ada family yang besar! Lauk wajib - KERABU air tangan opah!

  Sepupu-sepupu kecil aku nak makan berasingan tempat dengan yang dewasa...nak duduk menghadap tv.

---Raya Pertama: 19 Ogos 2012---


Oh, tidak. Aku posing ala-ala mak datin! LOL~

Me and my family! Grey theme for this year!

Sebahagian sanak saudara yang ada bersama~

---Raya Ke-2 hingga Raya Ke-4!---




Lokasi di Pasar Besar Tanah Merah~ Singgah sini sebelum beraya di rumah makcik!

 Singgah makan gulai di rumah pok sedaro jauh..lokasi di Wakaf Baru, Tumpat~
Nice view, huh? Black & white version~ Tali air kat depan rumah baru pakcik aku. Kalau hujan ni macam mana la keadaanya ye?


#notakaki: Ramadhan yang mendamaikan, akhirnya bersilih ganti dengan Syawal. Moga ada kesempatan lagi untuk aku bertemu dengan Ramadhan. Insya ALLAH...