Monday, October 1, 2012

Episod Raya: 18 - 24 Ogos 2012!

Wahhh!

Lamanya aku tak update! Semakin busy dengan komitmen hidup dan aktiviti hujung minggu, sampai terlupa dengan rutin aku yang ini. So...lets starts it over again~ ;-)

Dah lebih sebulan berlalu selepas sambutan Aidilfitri 1433 H yang diraikan tahun ni. Seperti tahun-tahun yang sudah, aku dan keluarga baik beraya di kampung opah (ibu kepada mama aku), berlokasi di Jeli, Kelantan. Cuti kali ni lebih untung, seminggu kami 'bertapa' di sana! ;-)


Memulakan perjalanan seawal jam 4 pagi. Tak sangka kereta penuh atas jalan. Pesta lampu break di highway Karak! Perjalanan agak perlahan sehingga melepasi daerah Bentong.


Around 2 pm. Alhamdulillah selamat sampai. Lewat 2 jam dari jangkaan. Here it is! Rumah opah!

Persiapan berbuka puasa di hari terakhir dan juga untuk juadah pagi raya - by masterchef, PUAN MAMA! ;-)

My favourite food~ Nasi himpit! Kat kampung je la dapat rebus nasi himpit dalam kawah besar macam ni. ;-)

Menu wajib. LEMANG! Made by my beloved opah! ;-)

First time aku tengok buah ASAM KEPING! Inilah rupa dia ye...haha! 'Bandar' sangatkah aku.?? :-P

Buah yang selalu menarik minat aku setiap kali aku balik rumah opah - buah KATAK PURU!

Buah kelapa yang opah kumpulkan dan jual kat orang kampung~

Sedia untuk dimasak!

Menu berbuka di malam terakhir Ramadhan! Makan ramai-ramai...untunglah mama ada family yang besar! Lauk wajib - KERABU air tangan opah!

  Sepupu-sepupu kecil aku nak makan berasingan tempat dengan yang dewasa...nak duduk menghadap tv.

---Raya Pertama: 19 Ogos 2012---


Oh, tidak. Aku posing ala-ala mak datin! LOL~

Me and my family! Grey theme for this year!

Sebahagian sanak saudara yang ada bersama~

---Raya Ke-2 hingga Raya Ke-4!---




Lokasi di Pasar Besar Tanah Merah~ Singgah sini sebelum beraya di rumah makcik!

 Singgah makan gulai di rumah pok sedaro jauh..lokasi di Wakaf Baru, Tumpat~
Nice view, huh? Black & white version~ Tali air kat depan rumah baru pakcik aku. Kalau hujan ni macam mana la keadaanya ye?


#notakaki: Ramadhan yang mendamaikan, akhirnya bersilih ganti dengan Syawal. Moga ada kesempatan lagi untuk aku bertemu dengan Ramadhan. Insya ALLAH...


2 comments: