Wednesday, November 28, 2012

Lagu Lama, Nostalgia Lama!

Teringat zaman sekolah rendah dulu. Selalu layan lagu-lagu Feminin dengan Freshies. Dengar lagu kumpulan ni sambil ikut menari, dah cukup hebat dah rasa. Tahun 1993-1998.


Sakitnya Rindu - Freshies

Hendak ku cerita
Cerita tentang cinta
Antara aku dan dia
Tika berjauhan hati tetap sayang
Cuma kamu di pandangan

Bingungnya aku bingung, tak keruan
Rindu di hati kian bersarang
Kini ku rindu wajahmu
Ku rindu senyummu
Mengapakah diriku tak lagi kau hubungi

Ke kanan ke kiri ada saja wajahmu
Mengapa kau terus terus diam membisu
Ke kanan ke kiri ada saja bayangmu
Mengapa rindu ini yang kau tinggalkan untukku

Tengah malam sepi ku mula bermimpi
Tentang masa depan kita
Sakitnya merindu
Bukan kau tak tahu
Cuma kamu di mataku

Bingungnya aku bingung, tak keruan
Rindu di hati kian bersarang
Kini ku rindu wajahmu
Ku rindu senyummu
Mengapakah diriku tak lagi kau hubungi

Ke kanan ke kiri ada saja wajahmu
Mengapa kau terus terus diam membisu
Ke kanan ke kiri ada saja bayangmu
Mengapa rindu ini yang kau tinggalkan untukku

Tiba-tiba bagai terasa
Dirimu di sisiku selalu
Ku renungkan masa yang lalu
Bahagia terasa denganmu

Ke kanan ke kiri
Ku tahu engkau juga amat rindu padaku
Ke kanan ke kiri ada saja bayangmu
Mengapa rindu ini yang kau tinggalkan untukku



Saturday, November 24, 2012

Hari Jadi Si Dia~

Tik tok tik tok!

Sudah masuk minggu terakhir November. Bermakna hari ulangtahun kelahiran si dia juga semakin hampir. 30 November! Apa nak dibeli ye? Hajat di hati nak celebrate bersama si dia tapi ada kekangan waktu pula memandangkan aku perlu ke Pahang pada awal Disember. One of my bff from UiTM dulu nak kahwin! Ohh...dalam dilema! How how how.... *garu kepala yang tak gatal*

Rancang, Mal...jangan tak rancang!


*notakaki: Tahun ketiga meraikan hari lahir si dia. Cepatnya masa berlalu! Rasa macam baru je kenal...


Durian Crepe~

Sejak dua menjak ni, sejenis juadah bernama 'durian crepe' ni makin popular. Tiap-tiap hari ada je yang post gambar makanan ni di FB. Apo ko bondo nya ni eh? Kenapa tetiba hangat di pasaran ni? Kakak angkat aku pun dah buat resepi ni untuk suami terchenta dan post di FB. 3 warna tu - kuning, merah, hijau. Hari ni aku nak minta bantuan inche Google untuk siasat resepi durian crepe ni. Senang ke nak buat? Kalau senang, baik buat sendiri. Rugi je beli kan...kan? Disebut durian ni, memang guna durian ke? Kebetulan sekarang ni musim durian kan. Moh le kita blog-walking!

Gambar ihsan http://khaizastory.blogspot.com. Credit to Jom Masak

Gambar ihsan http://reenkhan7067.blogspot.com. Eh ehh...biru pun ada ye?

#notakaki: Sedang menyusun future-planning. Nak buka business. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Insya ALLAH.

Sunday, November 18, 2012

XPDC to Broga Hill + Hutan Lipur Jeram Toi

29-09-12
~~~~~~~~~~~~~

Akhirnya, buat pertama kali aku menjejakkan kaki ke Bukit Broga! Dah berapa gunung aku daki, baru nak terjah bukit ni. Hehehe. Thanks so much to Anie kerana merealisasikan hasrat aku. Yeay!

Sedikit teruja dengan pendakian pertama ni sampai tak lena tidur malamnya nak tunggu ke pukul 4 pagi. Orang kata Bukit Broga cuma mendaki santai. Dan, aku pun nak merasa 'kesantaian' track seperti yang diwar-warkan kawan-kawan yang pernah sampai sana. Anie sampai di rumah aku pukul 4 pagi seperti yang dijanjikan, dan berjumpa dengan kawan-kawan ofisnya yang lain di satu lokasi. Kami berkonvoi 3 kereta.

 Sampai di Bukit Broga sekitar jam 6 pagi. Tanpa warm up atau buat stretching  masing-masing terus nak mendaki. Hahaha! Hebatlah sangat...

 Haa...kan peluh jantan dah keluar...pada hal tak sampai suku perjalanan pun lagi.

 Langit dah cerah, puncak belum sampai lagi. Steady...control muka ye...senyum...

Bukti yang aku dah berguling macam nangka busuk ala-ala hindustan sebab salah step kat laluan curam. Mujur tak koyak seluar haihh.

 Pendakian santai? Tengok muka dan basah baju aku tu. Dah cukup bagi jawapan. Hahaha.

Lepas lelah~

 Puncak di sana! Tapi aku stop dekat lokasi ni dek kerana kejang otot bahu dan leher.

 Okay, ready nak turun. Matahari dah makin meninggi. Sekitar jam 9 pagi.

"Take nothing but photographs, leave nothing but footprints." Mesej --> Cintailah alam semulajadi. Jaga kebersihan.

Misi aku separuh terlaksana, memberi alasan untuk aku datang lagi. ;-)

Perjalanan diteruskan ke Hutan Lipur Jeram Toi yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Picnik & mandi manda!

Tempat mandi manda. Dalam woo...aku berani duk tepi je sebab tak ada guide yang jaga. Kang aku terkapai-kapai lemas, buat malu je. Bukan reti berenang pun.

Hidupkan api~

 Ayam bakar, sosej bakar~

 Mihun goreng~

 Nasi hujan panas~

Rendang daging~

Berani main tepi-tepi je haihhh. Tu dia, tengok budak tu buat terjun penuh gaya.

Puas makan-makan dan mandi, kami berangkat pulang ke KL. Punyalah tahan mata, tup tup aku tertidur dalam kereta dari area Semenyih sampailah ke rumah! Letih habis la konon~ :-P

#notakaki: Pada aku, tak sampai ke puncak bukan bermakna GAGAL. Sabar, tak perlu gopoh. Kalau mampu, teruskan. Bila ada kekangan, jangan dipaksa. Cepat atau lambat, matlamatnya tetap nak capai PUNCAK. Tak lari puncak yang dikejar -- Mesej kepada orang yang excited dan eksyen terkinja-kinja sebab berjaya sampai puncak. Lepas tu ulang cakap dekat orang yang 'gagal' sampai puncak. Seriously macam budak-budak.


Barang Lama, Orang Lama!

23-09-12
~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku melapangkan diri follow si dia meninjau gerai jualan barang-barang antik di Amcorp Mall. First time aku jejak ke mall ni. Almaklumlah duduk di pedalaman pinggiran KL kan. Aku tak mahir dengan laluan sana. Area Damansara, Bangsar, Subang memang aku tak pandai. Datang naik LRT Putra je, senang. Jalan kaki dalam 5 minit dah sampai ke depan mall. Macam shopping mall biasa je, masuk-masuk je kami cari kedai makan dulu. Lapar..! Sambil-sambil nak ke kedai makan tu, intai-intai jugak la gerai jualan yang kami nampak. Lepas makan barulah sedap nak berjalan. Kami terjah booth by booth, floor by floor. Memang banyak juga barang-barang lama dijual kat sini, dengan pelbagai harga yang orang takkan percaya. Barang lama pun mahal? Rare beb...mana kau nak dapat lagi dah barang macam tu senang-senang je sekarang ni. Apa pun, still negotiable. Tawar-menawarlah selagi boleh.

Alkisahnya si dia dapat info seorang rakan collector yang agak dikenali di FB - Wiraaz Collezzione - nak turun KL. Orang Penang nak mai KL, jumpa kawan-kawan collector yang lain kat sini. Pada aku dia memang terkenal la di kalangan rakan-rakan collector dengan koleksi-koleksi album artis dan majalah lama yang memang dah macam muzium Arkib Negara. Banyak betul koleksi dia. Dulu aku tak pernah terfikir nilai barang-barang lama ni. Since kenal si dia, baru aku tahu pasal hobi ni. Peminat atau pengumpul barang lama sanggup perhabis duit sebab nak dapatkan benda 'rare' ni. Habislah aku...bila masa si dia nak meminang aku ni...banyak duit habis beli barang lama je ni. Isk isk.

Tengok barangan Coca-Cola ni aku terus teringat kat sorang member nama Jamil. Pengumpul barangan Coke. Boleh juwey katanya.

Okay. Ini la abg Azwira yang diperkatakan itu (kiri sekali). Bersama rakan-rakan collector. Opss..tak semua nama aku ingat. Ni semua kenalan si dia.

 Tak sangka abg Zulkif Headwind pun datang sama. Berbual bicara berkongsi banyak perkara.

 Gelak tawa memecah suasana. Ada perkara yang mencuit hati.

Macam dengar cerita seram gayanya. Serius je masing-masing. Hahaha. :-P

Antara mereka-mereka yang ada sama.

Dah beberapa jam aku kat sana baru aku sedar, aku seorang je bunga kat situ. Adehh. Lain semuanya kumbang. Mulalah aku rasa malu-malu tak keruan kan. Makanya, aku ambil peranan jadi photographer tak bertauliah. Guna hp Nokia X2-02 je, camera 2 megapixel. Not too bad.

Gambar ihsan dari Firdaus (nama FB: Qalqalah Qubra). Dialah yang tak ada dalam ini gambar. Hehe.

#notakaki: Tak ada yang LAMA, maka tak adalah yang BARU.


Rockers @ Laman Santai, Istana Budaya

22-09-12
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lepak santai bersama kawan-kawan dan rakan-rakan artis yang menjayakan show - Ali & XPDCV6, Yantzen dan Royce Saayan. First time join tengok show dekat Laman Santai, Istana Budaya ni. Agak ramai jugak pengunjung yang datang malam tu. Rata-rata semua table penuh. Aku dan si dia pun tiba agak lewat malam tu. Sudahnya aku dan kawan-kawan, berdiri je sambil-sambil berborak.

Dari kiri: Micha, Kak Siti, mama Dilla Hussein & Cik Mal~

 Ayahanda Yantzen J~ Berjumpa lagi buat kali ke berapa. Gila-gila, macam Kapten Jack Sparrow. :-D

 Mama Dilla, Kak Siti & Ayahanda Yantzen~

 Aku dan sis Royce Saayan~ Rock habis la kakak! :-D

 Abang Md Noor Hendrix pun ada datang. :-D


Habis je show, geng-geng Ali XPDC V6 & Dilla Hussein lepak di Ala Canggung Cafe depan Maju Junction Mall tu. Ada karaoke la kat situ. Terasa nak layan sama tapi malu la pulak. Buatnya terkeluar pulak suara jantan aku ni, mana nak sorok pipi gebu tembam aku ni kan. Ada request mama Dilla nyanyi tapi tak tertunai hajat. Nak jugak dengar lagu Tak Mungkin Mindaku Terlena. Hehe.

#notakaki: Bersyukur dengan ikatan silaturrahim yang terjalin. Moga kekal berpanjangan.