Sunday, November 18, 2012

16-09-12: Cousin's Wedding!

Di hari minggu, aku menyibukkan diri menyelongkar album-album gambar dalam pc, beratus-ratus gambar yang belum dibuat backup. Dah serik nak save dalam external hard disk. Dah 2 external hard disk aku 'makan' semua simpanan khazanah gambar-gambar berharga aku. Sampai sekarang masih belum jumpa solution. Ohh, janganlah gambar-gambar aku terkorban lagi. All the memories were there! (~,~)"

Aku terjumpa album kahwin sepupu aku! Okay, selalu sangat update pasal kenduri kahwin orang kan. All about marry, marry, marry. To be honest, memang ni impian aku since umur aku 19 tahun. (Wohooo! Too early, kan?) Tapi, takdir Allah belum tentukan masa aku. So...aku salurkan, aku terjemahkan perasaan aku melalui gambar-gambar orang lain yang berkahwin. Okay la tu, kan? Positive way!

Berbalik kepada story sepupu aku - Azni - merupakan anak ke-5 kepada abang tiri abah aku. Dia sebaya adik perempuan aku, 25 years-old now. Masa kecil-kecil dulu kami bersekolah di sekolah rendah yang sama - SK Polis Depot, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Pakcik aku ni dulunya seorang anggota polis, lepas pencen terus menetap di Grik, Perak. Congrates, to Azni a.k.a Ceni! :-)

 Moment spontan yang menarik perhatian aku~ :-)

 Senyuman lebar terpancar di wajah masing-masing. Lama tak berjumpa~ :-)

 My uncle - Pak Teh Zahari. Besar lagi adik bongsu aku. Haha!


Majlis yang berlangsung secara sederhana, namun meriah. Terima kasih buat Pak Teh sekeluarga. Insya ALLAH, majlis dari pihak kami pula menyusul lepas ni. Insya Allah. :-)

#notakaki: Sebelum sampai ke majlis, kami TER-sesat dalam Putrajaya sebab tak jumpa Precint 5! Follow signboard, end up...lost! Almaklumlah bukan warga Putrajaya, jejak ke sana pun setahun sekali.



No comments:

Post a Comment