Sunday, November 18, 2012

Rockers @ Laman Santai, Istana Budaya

22-09-12
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lepak santai bersama kawan-kawan dan rakan-rakan artis yang menjayakan show - Ali & XPDCV6, Yantzen dan Royce Saayan. First time join tengok show dekat Laman Santai, Istana Budaya ni. Agak ramai jugak pengunjung yang datang malam tu. Rata-rata semua table penuh. Aku dan si dia pun tiba agak lewat malam tu. Sudahnya aku dan kawan-kawan, berdiri je sambil-sambil berborak.

Dari kiri: Micha, Kak Siti, mama Dilla Hussein & Cik Mal~

 Ayahanda Yantzen J~ Berjumpa lagi buat kali ke berapa. Gila-gila, macam Kapten Jack Sparrow. :-D

 Mama Dilla, Kak Siti & Ayahanda Yantzen~

 Aku dan sis Royce Saayan~ Rock habis la kakak! :-D

 Abang Md Noor Hendrix pun ada datang. :-D


Habis je show, geng-geng Ali XPDC V6 & Dilla Hussein lepak di Ala Canggung Cafe depan Maju Junction Mall tu. Ada karaoke la kat situ. Terasa nak layan sama tapi malu la pulak. Buatnya terkeluar pulak suara jantan aku ni, mana nak sorok pipi gebu tembam aku ni kan. Ada request mama Dilla nyanyi tapi tak tertunai hajat. Nak jugak dengar lagu Tak Mungkin Mindaku Terlena. Hehe.

#notakaki: Bersyukur dengan ikatan silaturrahim yang terjalin. Moga kekal berpanjangan.


No comments:

Post a Comment