Sunday, November 18, 2012

XPDC to Broga Hill + Hutan Lipur Jeram Toi

29-09-12
~~~~~~~~~~~~~

Akhirnya, buat pertama kali aku menjejakkan kaki ke Bukit Broga! Dah berapa gunung aku daki, baru nak terjah bukit ni. Hehehe. Thanks so much to Anie kerana merealisasikan hasrat aku. Yeay!

Sedikit teruja dengan pendakian pertama ni sampai tak lena tidur malamnya nak tunggu ke pukul 4 pagi. Orang kata Bukit Broga cuma mendaki santai. Dan, aku pun nak merasa 'kesantaian' track seperti yang diwar-warkan kawan-kawan yang pernah sampai sana. Anie sampai di rumah aku pukul 4 pagi seperti yang dijanjikan, dan berjumpa dengan kawan-kawan ofisnya yang lain di satu lokasi. Kami berkonvoi 3 kereta.

 Sampai di Bukit Broga sekitar jam 6 pagi. Tanpa warm up atau buat stretching  masing-masing terus nak mendaki. Hahaha! Hebatlah sangat...

 Haa...kan peluh jantan dah keluar...pada hal tak sampai suku perjalanan pun lagi.

 Langit dah cerah, puncak belum sampai lagi. Steady...control muka ye...senyum...

Bukti yang aku dah berguling macam nangka busuk ala-ala hindustan sebab salah step kat laluan curam. Mujur tak koyak seluar haihh.

 Pendakian santai? Tengok muka dan basah baju aku tu. Dah cukup bagi jawapan. Hahaha.

Lepas lelah~

 Puncak di sana! Tapi aku stop dekat lokasi ni dek kerana kejang otot bahu dan leher.

 Okay, ready nak turun. Matahari dah makin meninggi. Sekitar jam 9 pagi.

"Take nothing but photographs, leave nothing but footprints." Mesej --> Cintailah alam semulajadi. Jaga kebersihan.

Misi aku separuh terlaksana, memberi alasan untuk aku datang lagi. ;-)

Perjalanan diteruskan ke Hutan Lipur Jeram Toi yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Picnik & mandi manda!

Tempat mandi manda. Dalam woo...aku berani duk tepi je sebab tak ada guide yang jaga. Kang aku terkapai-kapai lemas, buat malu je. Bukan reti berenang pun.

Hidupkan api~

 Ayam bakar, sosej bakar~

 Mihun goreng~

 Nasi hujan panas~

Rendang daging~

Berani main tepi-tepi je haihhh. Tu dia, tengok budak tu buat terjun penuh gaya.

Puas makan-makan dan mandi, kami berangkat pulang ke KL. Punyalah tahan mata, tup tup aku tertidur dalam kereta dari area Semenyih sampailah ke rumah! Letih habis la konon~ :-P

#notakaki: Pada aku, tak sampai ke puncak bukan bermakna GAGAL. Sabar, tak perlu gopoh. Kalau mampu, teruskan. Bila ada kekangan, jangan dipaksa. Cepat atau lambat, matlamatnya tetap nak capai PUNCAK. Tak lari puncak yang dikejar -- Mesej kepada orang yang excited dan eksyen terkinja-kinja sebab berjaya sampai puncak. Lepas tu ulang cakap dekat orang yang 'gagal' sampai puncak. Seriously macam budak-budak.


No comments:

Post a Comment