Friday, January 25, 2013

Cantas Rambut

Hari cuti aku ke salon. Kononnya nak cantas hujung rambut yang dah kering macam penyapu. Dengan semangatnya aku berkata kepada tokey salon -

Aku: "Akak potong la dalam 2 inci ya. Hujungnya dah kering sangat."
Tokey: "2 inci ya?" [sambil belek2 rambut aku]
Aku: "Panjang sangat ke kak?"
Tokey: "2 inci banyak ni, boleh ke?"
Aku: "Tak kisahlah, janji jangan sampai atas bahu."

3 jam aku kat salon sebab aku minta buat treatment sekali. Siap-siap je...alamak. Kenapa rasa tergantung rambut aku ni?

Tokey: "Ok tak?" [sambil memegang cermin besar kat belakang aku]
Aku: Ok.. [dalam hati...demm!]

Mujurlah akak tu bagi diskaun sebab aku beli 1 set syampu dia sekali. Terasa sayang betul melihat 3 inci cebisan rambut aku di atas lantai salon. Tapi tak apalah. Terasa ringan pulak kepala. Rambut boleh panjang balik. Kan? *sedapkan hati*

Sebelum dicantas.

Selepas dicantas. Sekian.

#notakaki: Aku suka ke salon tu sebab ada sorang 'akak' tu...bila dia cuci rambut, urut kepala memang best. Kalau dia lelaki tulen, mesti jambu orangnya. Serius! Dia lagi lawa daripada wanita tulen. Isk iskk!


Thursday, January 17, 2013

Desi + Jumie's Wedding!

Jemputan demi jemputan diterima. Tahniah buat teman-teman yang telah dan bakal naik pelamin!

 -06 Januari 2013-
Majlis Persandingan Desi Idayanti dan suami. Senyap2...melangsung juga akhirnya. :-)

Me with Desi. Congrates! ;-)

Bersama rakan-rakan tingkatan 6 tahun 2004-2005. Dah hampir 10 tahun, tapi masing-masing tak banyak berubah. :-) Dari kiri: Chod, Desi, Odah & Noraini Said~

Desi masa zaman sekolah. *yang tengah* Tak berubah kan? ;-D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 -13 January 2013-
Majlis Persandingan Jumiyatin & Shahrul.
Ex-schoolmate SK Polis Depot & SMK Padang Tembak
[1993-2003]

 
Congrates to Jumie & Shahrul!

Me with Nina, also ex-schoolmate since sekolah rendah, and her super duper cute baby girl - Picha! Dapat jugak auntie dukung Picha. Tapi Picha tak nak tengok kamera pulak. Ish ish ish.
Inilah Picha...budak tomey yang saya suka tengok! She's sooooo adorable!
Indahnya ciptaan Allah ni. :-)

Next...my turn?

#notakaki: Moga 2013 mendatangkan 1001 rahmat dan rezeki yang baik. In shaa ALLAH...




Drama Setia Ke Hujung Nyawa: My Comment!


Drama Slot Akasia di TV3 yang mula mencuri perhatian ramai orang untuk menonton. Tapi aku tak follow dari mula ia ditayang pada 24 Disember 2012, terjebak tengok sekali sekala bila mama aku dan adik perempuan aku tukar channel 103 tepat jam 7 malam. Aku pun bukan drama lover, selalunya drama yang menarik minat aku je buat aku tak miss episod, melekat depan tv. Drama ni kurang menarik minat aku la. Kenapa agaknya ye?

Watak Zain yang dipegang Amar Asyraf. Ni pendapat aku ye. Hmm...muka kategori ada rupa, tapi...lakonan dia pada aku nampak kebudak-budakan dan 'kureng' menyengat. Watak Ersalina yang dipegang oleh Nelydia Senrose pula...pada aku okay, tapi tak konsisten sangat wataknya. Cute memang cute la. Yang watak ex-bf El si Ikram tu pulak...sweet je, hahaha...ketara gila muka budak-budak. Tang dia senyum, memang aku suka. Hehehe. Ikut cerita memang diorang baru habis SPM kan...kena sangat la. Kalau watak Zain tu diambil watak yang lebih matang, pada aku nampaklah sikit kontranya. Macam siapa ye...hmmm...macam...Aaron Aziz? Mesti ramai bangkang, asyik AA je nak masuk drama, kan kan? Kang ramai pulak golongan suami merungut disebabkan para isteri angaukan AA. :-P

Walaupun tak follow kesemua episod, aku dah baca sinopsis dalam internet. Drama adaptasi novel karya Fatin Nabila dengan judul yang sama - Setia Ke Hujung Nyawa. Yang pastinya, stereotaip cerita tu tetap ada. Perbezaan darjat orang kaya dengan tak berapa nak kaya. Tapi, dalam tak menyengat lakonan si Amar tu pun...mendatangkan emosi jugak la bila dia layan isteri dia macam sampah. Bila tengok muncung-muncung mulut dia maki si El, ada juga perasaan nak tampar mulut dia. Cara maki macam budak-budak mentah. Over tak, over tak?


Dalam hati aku terdetik, ada lagi ke lelaki 'suci' pada masa sekarang ni bila kedaraan si gadis diperbesar-besarkan? Kecoh sangat macam dia tu suci fikiran, suci perkataan dan suci perbuatan. (Undang-undang Pengakap yang ke-10. Harap maklum.)

Credit to Bila EizzaraEizzaty Ke Dunia Novel : http://eizzara-eizzaty.blogspot.com/2012/05/novel-setia-hujung-nyawa.html

Tagline "Tidak ada insan suci yang tak punya masa silam, tidak ada insan berdosa yang tak punya masa depan" menarik minat aku. Dalam dunia akhir zaman ni, yang bertutup litup pun menyimpan kisah. Jangan kita jadi 'hakim dunia' untuk tentukan dosa-pahala manusia lain. Doakan yang terbaik untuk perubahan diri sendiri ke jalan yang diredhai Ilahi.

#notakaki: Biasanya mama aku cepat-cepat ke kedai buku untuk dapatkan novel popular, tapi katanya stok novel tak ada. Disebabkan drama ni, ramailah yang menyambarnya.


30-12-12: Kenduri Kahwin di Rasa!

2 hari aku berkampung di daerah Hulu Selangor. Hari Sabtu dengan tugasan menghiburkan pengantin, hari Ahadnya sekadar tengok pengantin. Melapangkan diri menghadiri majlis menyambut menantu seorang kenalan si dia yang aku kenali di FB. Terkenal dengan gelaran 'Fahrin Ahmad Rasa'. Hehehe. Dari mula aku kenal, sangat aktif di FB dengan nama Izamm Rockers bersama misi mencari 'calon'. Selalu juga jadi DJ tak bertauliah di FB, melayan request dan ragam kawan-kawan. Rasanya macam baru je kenal Nizam ni. Akhirnya bertemu jodoh dengan Cik Zila Bakarin Abdullah. Alhamdulillah...misi pencarian terlaksana. Lepas bertemu si puteri, dah tak aktif FB dah. :-P

Dengan tema chocolate Cadbury, aku pun pakailah kebaya warna pink-choco. Dengan ditemani si dia, aku ke sana bersama Jais dan Ida. Sempat jua berjumpa dan duduk semeja dengan Emy-Ayu bersama lil' hero - Amsyar! Dah besar dah dia...makin tembam! :-) Tengok orang datang dengan pasangan 'kelek' anak...semakin meruntun hati aku untuk berumahtangga. Apakah sudah sampai serunya?

 Ni lah dia, 'Fahrin Ahmad Rasa'. Hehehe. Mohd Nizam, became husband to Azilah Abdullah.

 Tu dia...macam artis dah. :-P Sebelah kiri tu adiknya. Muka fotostat. Hehehe...

 Acara baling gula-gula untuk kanak-kanak. Seronok betul budak-budak tu.

 Pose gila-gila dari pengantin. Kenapa Nizam senyum tak nampak mata? Hehehe...

 Acara memotong kek. Candid!

 Jais and Ida with pengantin. Bila lagi nak menyusul ni?

 Emy & Ayu with baby Amsyar! Rasa macam baru attend je kenduri diorang ni. Pejam, celik...pejam, celik...2011 dah beranjak ke 2013.

 Giliran aku dan si dia pula. ;-)

 Request untuk pengantin nyanyi duet, tapi Zila ngelat! Hahaha...maka Nizam nyanyi la sorang-sorang lagu Awie - Terima Kasih. "Terima kasih sayang ku ucap padamu, kerana menyambut tanganku yang hampir layu." Penuh makna liriknya, khas untuk wife. :-D

Umi Ayu dengan auntie Ida yang sanggup kipaskan baby Amsyar. Sweet moment!

 Amsyar hisyap jari yee...kembang la jari tu nanti... :-D

 Jais & Emy. Macam bincang projek juta-juta je. :-P

Si dia with baby Amsyar. Amacam, gaya? Dah bolehlah ni? :-D

Seronok capture gambar. Boleh nampak kegembiraan, kebahagiaan yang memancor di mata setiap orang. That's my hobby. Dengan hp camera pun jadilah. Si dia pun dah faham sangat dengan hobi aku yang satu ni. ;-)

Thanks so much to Nizam & wife for the invitation!

#notakaki: Turut menyusun langkah. Moga dipermudahkan urusan. In shaa ALLAH.

Monday, January 14, 2013

Live Band Story!

Lama juga aku tak menyanyi dengan live band di kenduri. Seingat aku akhir tahun 2010 dan awal tahun 2011, aktif juga ke Hulu Selangor bersama Galaxy Band. Pembabitan yang tidak dirancang. Tak pernah terfikir, tak pernah menyangka boleh terjun dalam bidang nyanyian ni. Sekadar aktiviti masa lapang. Jemputan kali ni, Galaxy Band bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Hulu Selangor bergandingan bersama memenuhi jemputan kenduri kahwin berlokasi di Taman Seri Serendah, Rawang, Selangor -- 29 Disember 2012.


 Halim - Male Vocalist


Lagu dendangan Halim - Judul Kenanganku (Jeffrydin). Irama 60-an.

 Abang Ali - emcee + backup singer

 Guitarist - Zack Batang Kali

 Yang main jeling2 tu bassist - Asmadi. Juga male vocalist dalam Galaxy Band.

Drummer - Lolan & Keyboardist - Sham

Mana gambar aku? Disebabkan aku ni jurugambar tak bertauliah, maka tiadalah gambar aku dalam ini cerita. Hehee.

Di awal pembabitan aku bersama Galaxy Band. Bermula Oktober tahun 2010. Syukur dipertemukan dengan kawan-kawan yang humble. *Oh, kurusnya aku time ni. Baru putus cintalah katakan.

Video pertama aku join Galaxy Band. 16 Okt 2010. Nervous tak hengat! :-P Di sinilah aku bermula.

Doa Buat Kekasih - Galaxy Band

#notakaki: Kepada orang awam atau mana-mana badan organisasi yang inginkan live band kami - GALAXY band - atau perkhidmatan karaoke di kenduri kahwin atau majlis-majlis rasmi, sila hubungi 017-3906630 (Madi Galaxy) atau 017-2855900 (Zack Galaxy). Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Thursday, January 10, 2013

22-12-12: Short Vacation in JB!

Bulan Disember bulan yang busy, every weekend aku ada aktiviti! Pheww! I love it! I love weekend~

Kali ini aku melapangkan diri ke negeri Johor! Pertama kali aku jejak JB! Hahaaa...kesian kan? Sebelum ni aku pernah ke Segamat dan Kluang, itu pun sebab hadiri kenduri kahwin pakcik aku dan sepupu aku. Kali ni, aku ke sana untuk jumpa kawan lama aku - Nurul Ain Yusof!!

Dan...dalam saat-saat akhir aku dapat idea. Nak buat birthday surprise untuk si dia! :-) Ain banyak mainkan peranan, dan dia jugak la tukang ambil gambar dan tukang beli kek! Hehehee. I love you so much, Ain dear! Lama betul tak jumpa...tapi masih macam dulu! :'-)

Inilah Cik Ain yang sangat aku rindui!
Last time berjumpa Januari 2011, jumpa semula Disember 2012! ;-)

Happy belated birthday, my dear Lolan! May ALLAH bless you always...

Moga dipermudahkan segala urusan kami. ;-)

Kek pilihan Ain. Yummy

Till we meet again, Ain! Percutian yang terlalu singkat!

#notakaki: "Surround yourself with people who know your worth. You do not need too many people to be happy. Just a few REAL ones who appreciate you for exactly who you are." - Alhamdulillah, dipertemukan dengan teman-teman yang memahami dan masih mesra bersama meskipun lama tak bersua muka. Moga persahabatan ini berkekalan hingga ke hujung nyawa.


16-12-12: Kenduri di Klang!

Eh eh ehhhh...memanjang je menampakkan muka di kenduri orang. Suka betul aku tengok orang naik pelamin ye? Heeee...

Kali ni melapangkan diri ke jemputan Abang Syah Zailie...kenalan dari FB. Kenduri sambut menantu. Tahniah buat Abang Syah dan isteri tercinta - Kak Siti. Terima kasih sebab sudi menjemput! Aku berkonvoi bersama keluarga Kak Dilla Hussein ke Klang. Almaklumlah aku ni buta jalan! :-P Klang bukannya dekat meh! Maka, aku bawa bersama sepupu terapat aku si Amy Ruhana ni. Lama tak hangout dengan dia.

Aku dan Amy~ Girls day out!

Sampai-sampai je kat rumah pengantin, aku dan family Kak Dilla Hussein disambut oleh Abang Hasbe...geng Rock Selamba @ Rock Splentot di FB. Macam biasa kena sakat dengan abang aku sorang ni. Lepas tu, jalan nak masuk khemah...tetiba nama aku diumumkan. Dia kata, "Cik Mal datang bawa artis." Ceh! Tengok punya tengok rupanya si Angah punya kerja. Dia yang jd DJ hari tu. Kena usik dengan geng nakal. Aku senyum je la. Happy jugak dapat jumpa kawan-kawan lain. Abang Ali XPDC @ Terrarosa pun ada datang. Kawan baik Abang Syah. :-)

 Sebahagian daripada geng Rock Selamba @ Rock Splentot~

 Micha, anak Kak Dilla Hussein with Amy~ Sweet girl!

Abang Syah with menantu. Sporting habis!

Aku bersama Kak Siti, Kak Dilla Hussein~

Terima kasih tu tuan rumah! Walaupun hujan lebat, tak menghalang tetamu mendendangkan lagu-lagu pilihan. Dengan aku-aku pun nyanyi sama. Lagu Cinta Tersimpul Rapi. Gigil habis! For sure, makanan hari tu sangatlah sedap! Thumbs up!

#notakaki: Bandar Klang mengingatkan aku pada seseorang. Seseorang yang 'bersumpah' nak benci aku. I won't forget. You will meet me...someday, or somehow...