Wednesday, January 9, 2013

New Friends! New Live Band!

08-12-2012. Kali ni aku dapat peluang follow band kawan sekolah aku - Abu Zakri - selepas dipelawa untuk menyertai jemputan menyanyi di satu kenduri kahwin di Kemaman, Terengganu. Ceh, skemanya ayat aku! Jumpa Abu di kenduri kahwin dia di Setapak, tup-tup ada kawan yang petik nama aku pada si Abu. Maka, Abu pun ajaklah aku join band dia kalau ada jemputan kat mana-mana nanti. Jemputan ni yang paling jauh pernah aku pergi, setakat ini. Biasanya aku follow band aku - Galaxy - sejak 2010 di sekitar Hulu Selangor. Cari pengalaman, di samping tambah kenalan. Thanks, Abu!

 Bersama band Sg Sekamat dari Kajang~

 Penyanyi utama - Alin Alisha.

 Ini la kawan sekolah aku - Abu. Keyboardist + backup singer.

 My turn.

 Aku dan Kak Alin~

 Kak Alin dan wife Abu, Aza~

 Selepas function, jalan-jalan sekitar bandar Kemaman~
 Ambil angin kejap di Pantai Teluk Mak Nik!


Kemudiannya singgah minum di kopitiam popular di Kemaman. Kata si Abu. First time aku jejak ni, walaupun pernah bermastautin di area Dungun dalam 3 tahun. Pergi Kemaman pun untuk urusan assignment je. Hehehe. Aku beli jugak la kopi Hai Peng buat ole-ole.


Di hari terakhir di Kemaman, sebelum balik ke Kajang, singgah lagi beli ole-ole.

 Beli keropok lekor. Banyak gerai boleh dapat.

 
RM4 sebatang besi tu. Ada 10 ketul kalau tak silap. Sata bakar. Sedap!

Itu sahaja 'percutian' singkat bersama tugasan 'terjun' yang aku dapat untuk minggu tu. Tak dapat hadiri 2 kenduri jemputan di KL sebab hiburkan pengantin di Kemaman.

#notakaki: Aku rindu betul dengan Dungun!

No comments:

Post a Comment