Thursday, January 10, 2013

16-12-12: Kenduri di Klang!

Eh eh ehhhh...memanjang je menampakkan muka di kenduri orang. Suka betul aku tengok orang naik pelamin ye? Heeee...

Kali ni melapangkan diri ke jemputan Abang Syah Zailie...kenalan dari FB. Kenduri sambut menantu. Tahniah buat Abang Syah dan isteri tercinta - Kak Siti. Terima kasih sebab sudi menjemput! Aku berkonvoi bersama keluarga Kak Dilla Hussein ke Klang. Almaklumlah aku ni buta jalan! :-P Klang bukannya dekat meh! Maka, aku bawa bersama sepupu terapat aku si Amy Ruhana ni. Lama tak hangout dengan dia.

Aku dan Amy~ Girls day out!

Sampai-sampai je kat rumah pengantin, aku dan family Kak Dilla Hussein disambut oleh Abang Hasbe...geng Rock Selamba @ Rock Splentot di FB. Macam biasa kena sakat dengan abang aku sorang ni. Lepas tu, jalan nak masuk khemah...tetiba nama aku diumumkan. Dia kata, "Cik Mal datang bawa artis." Ceh! Tengok punya tengok rupanya si Angah punya kerja. Dia yang jd DJ hari tu. Kena usik dengan geng nakal. Aku senyum je la. Happy jugak dapat jumpa kawan-kawan lain. Abang Ali XPDC @ Terrarosa pun ada datang. Kawan baik Abang Syah. :-)

 Sebahagian daripada geng Rock Selamba @ Rock Splentot~

 Micha, anak Kak Dilla Hussein with Amy~ Sweet girl!

Abang Syah with menantu. Sporting habis!

Aku bersama Kak Siti, Kak Dilla Hussein~

Terima kasih tu tuan rumah! Walaupun hujan lebat, tak menghalang tetamu mendendangkan lagu-lagu pilihan. Dengan aku-aku pun nyanyi sama. Lagu Cinta Tersimpul Rapi. Gigil habis! For sure, makanan hari tu sangatlah sedap! Thumbs up!

#notakaki: Bandar Klang mengingatkan aku pada seseorang. Seseorang yang 'bersumpah' nak benci aku. I won't forget. You will meet me...someday, or somehow...

No comments:

Post a Comment