Thursday, January 17, 2013

30-12-12: Kenduri Kahwin di Rasa!

2 hari aku berkampung di daerah Hulu Selangor. Hari Sabtu dengan tugasan menghiburkan pengantin, hari Ahadnya sekadar tengok pengantin. Melapangkan diri menghadiri majlis menyambut menantu seorang kenalan si dia yang aku kenali di FB. Terkenal dengan gelaran 'Fahrin Ahmad Rasa'. Hehehe. Dari mula aku kenal, sangat aktif di FB dengan nama Izamm Rockers bersama misi mencari 'calon'. Selalu juga jadi DJ tak bertauliah di FB, melayan request dan ragam kawan-kawan. Rasanya macam baru je kenal Nizam ni. Akhirnya bertemu jodoh dengan Cik Zila Bakarin Abdullah. Alhamdulillah...misi pencarian terlaksana. Lepas bertemu si puteri, dah tak aktif FB dah. :-P

Dengan tema chocolate Cadbury, aku pun pakailah kebaya warna pink-choco. Dengan ditemani si dia, aku ke sana bersama Jais dan Ida. Sempat jua berjumpa dan duduk semeja dengan Emy-Ayu bersama lil' hero - Amsyar! Dah besar dah dia...makin tembam! :-) Tengok orang datang dengan pasangan 'kelek' anak...semakin meruntun hati aku untuk berumahtangga. Apakah sudah sampai serunya?

 Ni lah dia, 'Fahrin Ahmad Rasa'. Hehehe. Mohd Nizam, became husband to Azilah Abdullah.

 Tu dia...macam artis dah. :-P Sebelah kiri tu adiknya. Muka fotostat. Hehehe...

 Acara baling gula-gula untuk kanak-kanak. Seronok betul budak-budak tu.

 Pose gila-gila dari pengantin. Kenapa Nizam senyum tak nampak mata? Hehehe...

 Acara memotong kek. Candid!

 Jais and Ida with pengantin. Bila lagi nak menyusul ni?

 Emy & Ayu with baby Amsyar! Rasa macam baru attend je kenduri diorang ni. Pejam, celik...pejam, celik...2011 dah beranjak ke 2013.

 Giliran aku dan si dia pula. ;-)

 Request untuk pengantin nyanyi duet, tapi Zila ngelat! Hahaha...maka Nizam nyanyi la sorang-sorang lagu Awie - Terima Kasih. "Terima kasih sayang ku ucap padamu, kerana menyambut tanganku yang hampir layu." Penuh makna liriknya, khas untuk wife. :-D

Umi Ayu dengan auntie Ida yang sanggup kipaskan baby Amsyar. Sweet moment!

 Amsyar hisyap jari yee...kembang la jari tu nanti... :-D

 Jais & Emy. Macam bincang projek juta-juta je. :-P

Si dia with baby Amsyar. Amacam, gaya? Dah bolehlah ni? :-D

Seronok capture gambar. Boleh nampak kegembiraan, kebahagiaan yang memancor di mata setiap orang. That's my hobby. Dengan hp camera pun jadilah. Si dia pun dah faham sangat dengan hobi aku yang satu ni. ;-)

Thanks so much to Nizam & wife for the invitation!

#notakaki: Turut menyusun langkah. Moga dipermudahkan urusan. In shaa ALLAH.

No comments:

Post a Comment