Friday, January 25, 2013

Cantas Rambut

Hari cuti aku ke salon. Kononnya nak cantas hujung rambut yang dah kering macam penyapu. Dengan semangatnya aku berkata kepada tokey salon -

Aku: "Akak potong la dalam 2 inci ya. Hujungnya dah kering sangat."
Tokey: "2 inci ya?" [sambil belek2 rambut aku]
Aku: "Panjang sangat ke kak?"
Tokey: "2 inci banyak ni, boleh ke?"
Aku: "Tak kisahlah, janji jangan sampai atas bahu."

3 jam aku kat salon sebab aku minta buat treatment sekali. Siap-siap je...alamak. Kenapa rasa tergantung rambut aku ni?

Tokey: "Ok tak?" [sambil memegang cermin besar kat belakang aku]
Aku: Ok.. [dalam hati...demm!]

Mujurlah akak tu bagi diskaun sebab aku beli 1 set syampu dia sekali. Terasa sayang betul melihat 3 inci cebisan rambut aku di atas lantai salon. Tapi tak apalah. Terasa ringan pulak kepala. Rambut boleh panjang balik. Kan? *sedapkan hati*

Sebelum dicantas.

Selepas dicantas. Sekian.

#notakaki: Aku suka ke salon tu sebab ada sorang 'akak' tu...bila dia cuci rambut, urut kepala memang best. Kalau dia lelaki tulen, mesti jambu orangnya. Serius! Dia lagi lawa daripada wanita tulen. Isk iskk!


No comments:

Post a Comment