Friday, February 1, 2013

Cuai atau Pelupa?

Mood tak menentu lagi. Kepenatan betul-betul buat aku lemau. Dan, sedikit terbabas emosi. Aku baru dikejutkan dengan satu kecuaian besar minggu lepas. Minggu ni jadi lagi. Dan, aku semakin frust. Kuat hati aku mendesak untuk jumpa doktor. Tapi, aku tak pasti sebenarnya masalah yang aku hadapi ialah CUAI atau pun PELUPA?


Kisah minggu lepas:
Seminggu aku bermalam di rumah bujang seorang bff aku yang bakal bertunang. Pada satu malam, aku keluar pergi beli burger untuk makan malam kami. Bila dah sampai rumah bujang tu, aku tak ingat langsung dengan beg duit yang aku letak di poket motor. Bukan bakul motor, tapi poket pada body motor berhampiran bakul tu. Aku pakai motor Yamaha Ego S versi lama. Aku cuma angkat burger dan terus masuk rumah. Bila aku bersiap-siap nak ke tempat kerja pagi esoknya, berderau darah aku naik ke kepala bila aku cari-cari beg duit aku tapi tak jumpa. Entah macam mana tiba-tiba boleh teringat beg duit tu tertinggal kat poket motor. Dengan pantas aku bergegas buka grill rumah dan berlari ke motor! Fuhhhh....! Tak tahu nak cakap apa...mujurlah ada!!

Kisah minggu ni:
Lepas aku hantar akak ofis aku sampai ke blok rumah dia, aku singgah sekejap beli burger di simpang kawasan perumahan akak ofis aku tu. Sambil menunggu burger, aku sempat tengok hp (intai FB, layan boring kononnya). Tiba-tiba akak burger panggil maklumkan burger dah siap. Aku yang tersentak dari leka terkocoh-kocoh letak hp kat poket motor. Balik rumah, parking motor tepi tangga blok, angkat barang-barang dan terus naik ke rumah. Setengah jam lepas tu tiba-tiba rasa nak intai FB kejap. Berderau lagi darah bila raba-raba hp dalam beg tak ada. Punggah keluar semua barang pun tak ada juga. Ligat otak recall, bila kali terakhir pegang hp tu. Langsung menggelabah bila teringat hp tertinggal dekat poket motor! Kalau hp tu tak berbunyi, orang tak perasan sebab sama-sama hitam warnanya. Tapi kalau berbunyi........

Panik menerpa. Aku berlari turun dari tingkat 2 ke bawah blok. Segera hampiri motor dan terus raba-raba dalam poket motor. Tak ada! Aku tak percaya, aku tengok kiri kanan motor, atas lantai, bawah motor. Memang tak ada! Aku mula rasa nak meraung. Sumpah aku rasa menyesal dan ralat sangat-sangat! Kuat firasat aku mengatakan hp aku berbunyi waktu aku tertinggal! Aku buntu sekejap. Ligat otak fikir ikhtiar apa yang boleh aku buat untuk mengesan hp tu. Aku masih tak percaya dengan apa yang aku dah buat. Aku pun cuba call hp aku tu guna nombor aku lagi satu. Ahah, dapat! Lega! Aku dengar caller ringtone lagu Britney Spears berkumandang di cuping telinga kanan aku. Dalam keadaan panik, aku pun membuka langkah nak mengesan bunyi hp tu di lokasi kehilangan. Tiba-tiba panggilan di'reject'! Ya Allah! Somebody took my hp! Aku call lagi dan lagi, cuma voicemail yang menyambut. Tertekannya aku waktu tu...Allah je laa yang tahu. Aku dah mula rasa nak menangis. Manusia mana yang berniat nak ambil harta aku tu? Sebagai ikhtiar terakhir, bertubi-tubi aku send sms dari nombor satu lagi ke nombor hp yang hilang tu, merayu minta pulangkan semula hp tu. Tak deliver. Aku hampa. Dan, aku terpaksa memujuk hati bahawa aku tak ada harapan untuk dapatkan hp tu semula....

Lepas sejam, aku call Maxis untuk buat sekatan nombor. Aku tukar password FB dan deactivate account sementara waktu. Aku betul-betul pasrah. Terus memujuk hati supaya terima kenyataan. Tiba-tiba, ada orang bagi salam kat luar rumah. Mama yang tengah makan segera bangun menyambut suara tersebut. Rupanya...ada budak lelaki lingkungan awal 20-an datang untuk pulangkan hp. Katanya dia jiran yang tinggal kat blok bawah. Anak buah dia ambil hp tu dari motor. Bila dia belek-belek gambar dalam hp aku, dia jumpa gambar aku. Katanya macam kenal. So, terus dia pulangkan. Aku sendiri tak tanya macam mana dia tahu aku tinggal kat tingkat tu dan tahu nombor pintu rumah aku, sedangkan aku tak pernah tegur dia dan semestinya aku tak kenal dia. Masa tu cuma mampu ucap syukur dan cakap terima kasih pada dia. Budak tu pergi macam tu je lepas pulangkan hp aku. Bila aku check hp aku, rupanya mesej-mesej rayuan aku dah dibaca. Mungkin dia terbaca dan dia cuba pulangkan. Dan, punca hp aku berbunyi waktu aku tertinggal tu disebabkan sms masuk dari seorang bff aku. Aku betul-betul rasa macam kena tampar. Aku tak berhenti persoalkan diri. Kenapa...kenapa...aku boleh lupa?

Kow-kow aku kena leter dengan mama, kena sedas dua dengan buah hati juga. Aku jadi makin tertekan. Ada ke orang yang SENGAJA nak jadi cuai atau pelupa? Cuba beritahu aku? Ada ke?

Memang aku tak boleh nak nafikan, kadang-kadang aku boleh TER-lupa. Tapi bukan pada setiap waktu dan keadaan. Ada faktor-faktor tertentu yang buat aku jadi macam tu. Bila otak aku penat, bila aku cemas & kelam kabut, bila aku tak letak barang pada tempat yang aku tak biasa. Yang pastinya aku bukan SENGAJA. Ada ke cuai dan pelupa yang disengajakan sampai orang blame cakap itu dan ini?

#notakaki: Sedar tak sedar, sebenarnya Allah makbulkan doa aku.... :'(


No comments:

Post a Comment