Saturday, February 2, 2013

Kerja Polis

Pada satu petang, selepas menghantar akak ofis aku ke rumah dia di apartment Mawar Sari, berhampiran kawasan perumahan aku...aku singgah sebentar di gerai burger yang terletak di selekoh kawasan perumahan terbabit. Aku memang suka beli burger kat situ sebab sedap berbanding tempat-tempat lain. Dengan sopan dan muka selamba, aku park motor aku betul-betul depan gerai dia.

Abg Burger: "Ye dik?" (Sambil memandang aku yang belum pun sempat nak tanggal helmet)
Aku: "Burger daging 1, ayam 1."
Abg Burger: "Ok.."
Aku turun dari motor, lepak sebentar di meja menunggu. Jaket hitam masih tersarung di badan. Sambil-sambil menunggu, aku disapa lagi.
Abg Burger: "Kerja polis?"Aku: "Hah?" (Tercengang sebenarnya. Tak pernah ditanya macam tu)
Abg Burger: "Kerja polis ke.."
Aku: "Eh, taklah. Kenapa?"
Abg Burger: "Tak adalah. Tengok awak pun nampak tegap je. Ingatkan kerja polis..."
Aku: "Taklah. Saya bukan kerja polis.."

First time kena tegur macam tu. Kalau tak kerana rabun ni memang dah lama join polis. Tak sangka, masih terserlah tomboy-mu rupanya, Mal.


Imagine kejap. Kenapa abang burger cakap aku nampak tegap. Konon-konon aku la ni.

#notakaki: Zaman sekolah dulu aku betul-betul suka dengan badan beruniform. Memang aktif dengan kawad kaki dan camping. Pernah juga berangan nak kahwin dengan lelaki beruniform. Tak ada jodoh pun.

2 comments:

  1. selagi blm kawen slgi tu ada peluang intai2 abg polis.. hahahaha... erkk.. dh kawen ke blm?? tak sure sbb br kenalan dgn blogger ni

    ReplyDelete
  2. hahahaa...pndai...blum kawen lg meh. meh dr zaman skolah ngidam nk brcintun dgn abg2 bruniform ni. tp mcm takde rejeki je. hehehe...

    ReplyDelete