Saturday, March 23, 2013

09-02-13: Konsert Dimensi Rockarisma 2013

Atas kesempatan yang ada, aku melapangkan diri ke negeri Johor Darul Takzim untuk satu show di sana. Gabungan 3 band dengan nama yang sudah pun sebati kepada bagi peminat-peminat rock tanah air - Sweet Charity, Lefthanded & May. Ini show paling jauh yang pernah aku jejak setakat ini (sehingga entry ini ditaip), setelah perancangan ke Singapura tahun 2012 untuk satu show di sana tidak berjaya. Seperti biasa, sambil layan hiburan, kita belajar kaji gelagat manusia dan suasana persekitaran juga ye.

Konsert Dimensi Rockarisma telah diadakan di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bharu.

Flyers promosi~

Dari kiri: Man Keedal (Lefthanded), Nash (Lefthanded), Mus (May) & Ramli Sarip (Sweet Charity)
Sumber foto: http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/11/20/mstar_hiburan/20121119185302&sec=mstar_hiburan

Suasana konsert. Di awal waktu~

 May dengan persembahan pembukaan dan Mus sebagai vokalisnya. Aku sebenarnya dah lupa apa lagu-lagu yang dibawakan May pada waktu ni. Lambat sangat naikkan entry. Hehehee....

Lefthanded. Man Keedal sebagai trademark utama Lefthanded. Tak dapat disangkal kehebatan gitaris senior ini bila beraksi. Sayangnya tak dapat capture banyak gambar. Nash selaku vokalis. Lagu kegemaran aku dari Lefthanded - Pada Syurga Di Wajahmu & Ku Di Halaman Rindu. Jujur aku kata, aku bukan peminat 'fanatik' rock. Aku tak tahu sejarah lagu-lagu mereka ni. Yang pastnya 2 lagu kegemaran tu yang memperkenalkan aku kepada Lefthanded. Lagu lain yang aku ingat, Tiada Lagi Kidungmu & Debunga Wangi. Oh ye, dalam gambar ni Yan yang menyanyi.

Sweet Charity. Band paling 'otai' selain Blues Gang. Aku pernah hadiri Konsert 2 Raksasa Sweet Charity & Blues Gang di Stadium Merdeka tahun 2011. Memang best! Kali ni bertemu lagi dengan Sweet Charity. Ramli Sarip mengemudi konsert dengan bersahaja seiring dengan pengalaman beliau di pentas muzik. Lagu kegemaran aku Sejuta Wajah, Jangan Tunggu Lama-Lama & Kamelia. Lagu-lagu lain pun menyengat. Masa ni ketara semua penonton enjoy the show. Band yang paling dinantikan. Ada aku lihat pakcik-pakcik yang datang bersama isteri dan family, sama-sama goyangkan badan menikmati muzik dan lagu. Mengimbau zaman muda barangkali. (Oh skemanya ayat aku.)

Nah, layan dulu nyanyian Papa Rock. Jangan Tunggu Lama-Lama & Zakiah.
Sumber: YouTube. *Ini bukan video semasa konsert yang diceritakan dalam entry ini ye*


Aku berdiri jauh di belakang dari kesesakan manusia. Namun tetap dapat menikmati muzik dengan sebaiknya. Sweet Charity paling mendapat sambutan dan sorakan gemuruh peminat. Ahah. Gitaris menyengatnya, Rosli Mohalim. Terbaik dari ladang.

Di konsert ni, aku bertemu dengan rakan baru dari Singapura. Miss Lynn. Datang bersama hubby, sporting couple. Parent of 2 kids. So nice of her. Tak sombong. Very soft spoken.

Persinggahan singkat di Johor Bharu selama 2 hari. Bertolak Sabtu pagi ke JB, kembali ke KL Ahad petang. Aku suka travel. Satu kepuasan. Kalau ada rezeki lebih dan ruang waktu, aku nak kembara ke lebih banyak tempat. In shaa Allah.

#notakaki: Ingin aku perbetulkan tanggapan manusia-manusia yang memandang serong kepada perkataan KONSERT dan muzik ROCK. Masih ada insan yang suka perli dan hina 2 perkara ni. Kepada yang BELUM PERNAH jejak pada mana-mana konsert dan TAK PERNAH MINAT muzik rock...just please shut your mouth up, lah. Yang nampak 'bersih' penampilan dan 'suci' perwatakan, belum tentu lagi MULIA dalam sejarah hidupnya di dunia. Yang putih belum tentu suci, yang hitam belum tentu hina. Rockers pun tahu sujud kepadaNYA.


Friday, March 22, 2013

Hani's Wedding~

Just a short update! Baru berkesempatan nak intai blog!

-03 Februari 2013-
Majlis Persandingan Hani & Ehsan~ My ex-classmate, form 6, SMK Seri Ampang
[2004-2005]

 Macam biasalah, 'sign autograf'. :-P Guest book corner~

Bercinta dari zaman belajar. Lama jodoh mereka bertahan. Alhamdulillah. Moga kekal bahagia bersama hingga ke hujung nyawa. Hani sangat chantek time ni okeh! Aku berkenan dengan make-up dia. *thumbs up*

 Bersama sebahagian ex-classmate yang hadir sama~

Ambil 'berkat'. Hahaha.

Mari mengulit kenangan. Hani tak berubah pun, kan? Comel sama macam dulu. *kanan sekali*

#notakaki: Tiada apa yang menggembirakan sekeping hati ni melainkan berkongsi kegembiraan orang lain~

Monday, March 11, 2013

Linda + Jijoy's Engagement!

Wohooo!! Macam dah lama je tak update kat sini. Fuh..fuhhh!! *Tiup habuk*

Mana satu aku nak update ni? Macam-macam story dah tempuh. ;-P Okay okay. Cik Mal mulakan dengan kisah bertunang. Oppss! Cik Mal single lagi...belum, belum...bukan Cik Mal ye. ;-D

Tahniah buat my bestie, the most cool friend...Cik Linda! Akhirnya selamat mengikat pertunangan pada 27 Januari 2013 dengan lelaki pilihan hati - Hazizul Alwi. Siapa sangka, geng paling pemalu dalam group BDMG zaman sekolah dulu cepat pula 'mengikat hati'. Single dari zaman sekolah, akhirnya bertemu jodoh di usia 27 tahun. Alhamdulillah. In shaa Allah, kahwin hujung tahun ni. ;-)

Macam biasa, Cik Mal memang suka jadi jurugambar tak bertauliah. Tapi dek kerana lewat tiba di majlis, tak dapatlah nak capture moment penting masa adat bertunang tu berlangsung. *Frust mak!*

Inilah dia. Cik Linda!

Cincin merisik satu, cincin tunang satu. Sah jadi tunangan orang~ ;-)

Geng nakal sejak tingkatan 1. Lagi 2 orang tak dapat bersama. Tak cukup corumn!

Reunion! It's been more than 10 years! Friendship never dies~~

Ehem ehem! Siapakah jejaka rockers itu? Macam Yantzen je? Eh? Bukan kot... :-P

#notakaki: Kawan baik yang steady single sejak zaman sekolah pun dah selangkah ke alam rumahtangga. Patut tak aku rasa tergugat?