Wednesday, July 24, 2013

Konsert Back In Town - SYJ!

27-April-2013

Buat pertama kali aku jejakkan kaki ke Bandar Ipoh dengan menaiki ETS. Tahu apa tu ETS? 'Electric Train Service' is now available for public to travel from KL Sentral to Ipoh. Haha. Macam baru belajar kelas Bahasa Inggeris da. Perjalanan ke Ipoh mengambil masa lebih kurang 2 jam dan tambangnya juga berpatutan. Terima kasih Keretapi Tanah Melayu!

Dah renyuk-renyuk tiket aku ni, duduk dalam poket jeans. Ini tiket balik ke KL. Tiket pergi Ipoh entah mana aku letak. Biasanya aku simpan.

 Stesen ETS KTM Ipoh!

Uniknya bangunan ni. Aku suka. Maka kamera aku mulalah tak duduk diam.

Aku ke Ipoh untuk saksikan satu band show. Perghhh...ayat. SAKSIKAN. Perancangan awalnya nak tengok show Wings di Istana Budaya. Disebabkan lewat confirmkan cuti, aku gagal dapatkan tiket mengikut bajet sendiri. 4 minggu sebelum tarikh show, tiket low price dah habis! Tinggal tiket yang mahal je. Huwaaaa...tak dapat tengok Awie! Pasrah! Sudahnya mengubah plan asal dengan membawa diri ke luar Kuala Lumpur. Kononnya! :-P

Cerita sampingan:
 Flyer promosi Konsert Opera Hidup 2 - Wings Rockestra.

Tiket konsert yang gagal aku dapatkan! Sumber dari blogger http://blog-3e.blogspot.com/2013/04/konsert-anuar-zain-rockestra-wings.html. Jangan marah haa tuan blog. Untunglah awok dapat pergi. Sobs sobs.

Tapi tak apa...aku dah pernah hadir Konsert Akustika Opera Hidup Wings & Superfriends juga di Istana Budaya pada tahun 2011. Memang best. (Ayat nak sedapkan hati sendiri. Hihuuu) Awie memang kelakar! Aku suka betul la dia tu. Tengok gambar masa muda lagi laaa...macho. Ahh...puji sangat. Bergambar bersama pun belum pernah dapat. Hampeh.

Hah. Dah macam lanun. Mata terkena eyes infection pun tetap datang tengok Awie!
#2011 - Istana Budaya

Okay, back to story!

Sebab ni la aku ke sana. Tengok SYJ buat comeback. Aku tak berapa tahu sangat sejarah band rock lama ni. Ye la, masa diorang famous...aku masih menyusu botol dan pakai lampin!

Nak tahu sejarahnya? Klik sini --> http://ms.wikipedia.org/wiki/Sofea. Kumpulan Sniperz dan May dijemput sama. Layan!

Lokasi kejadian. Ahah! Kejadianlah sangat. :-P Wisma Chin Woo, Ipoh.

Candid by one of our friend. Dah macam paparazi. Artiskah kami? Muahaha.

Din Sniperz. Kenal dia since tahun 2011 tapi inilah pertama kali aku tengok dia perform on stage. Abang ni gaya dia cool macam pakcik aku. Chinese look dia pun sama.

Azmie Sniperz.

Poi Sniperz.

Lan Sniperz.

Aku tak ingat lagu apa yang diorang mainkan. Tapi layan jugaklah. Yang pastinya, aku duk sibuk dengan digital camera aku. Jadi jurugambar tak bertauliah!

Giliran May mengganas!

Mus punya lontaran suara masih bertenaga! Caya la lu bro!

Giliran SYJ-Sofea!
Man Rani, second vocal dengan lagu Bunga Padang Pasir. Tertarik tengok gaya dia ni. Unik!

Bukan senang hoo nak capture gambar mereka-mereka tengah ligat atas pentas. Ada yang entah apa-apa, blur dan ada yang umphhh! Thumbs up! Puas hati. :)

Babak belakang pentas:
Jumpa lagi dengan akak vogue ni. Kak DD. Suka senyum.

Bersama drummer yang backup SYJ malam tu. WakYus Haji Yusuf.

Hohoo. Aku dengan Man Rani yang styloooo! Dengan gaya ala-ala Motley Crue.

Gambar selingan:
Motley Crue band. Ahah. Sama dak dengan Man Rani?

Kiri: Banzai Rockers, Lolan (belakang aku yang tak sempat nak ready), aku dan Rossley from Singapore!

Last photo dengan Sniperz. Thanks to Abang Din sebab hadiahkan CD Sniperz. ;-)

Malam tu kami lepak ramai-ramai di Dataran MBI. Sayangnya terpecah 2 group. Sniperz kat tempat lain, aku dan kawan-kawan dengan Abang Amir dan Man Rani Sofea pulak lepak 1 tempat. Malam tu jugak first time aku makan BURGER BAKAR. Punya bersepah kat KL & Selangor, dekat Ipoh jugak aku merasa! Hahaa! Kesian kan?

 Tu dia!

Jam-jam terakhir di Ipoh. Waktu bertolak sekitar jam 1 petang.
 Aku suka betul la port ni. Bangunan stesen dengan rekabentuk seni bina lama. Kalau photoshoot gambar kahwin mesti cantik.


 Breakfast time!

Bye-bye Ipoh!

-Cik Mal-

#notakaki: Perak adalah negeri kedua aku jelajah terjah semata-mata nak tengok show selepas kedatangan aku ke Johor sebelum ni. Seronok juga travel backpackers ala2 minah Salleh ni. Huihuihui~