Sunday, July 21, 2013

Konsert Rock Legend!

16-Mac-2013

Melapangkan diri bersama si dia ke Stadium Chin Woo untuk satu show bersama 'beberapa' well-known band zaman 80-an dulu. First time aku jejak ke stadium ni. 27 tahun dilahirkan dan membesar di KL pun aku tak tahu kewujudan stadium ni. Isk isk! Buta sejarah betul. Bertemu juga beberapa teman yang biasa hadir di konsert-konsert rock. Sebenarnya ada kisah sadis dan tak best dalam story ni, tapi aku tak tahu sangat hujung pangkal cerita yang tersembunyi. Yang aku faham, beberapa pihak telah mengecewakan dan dikecewakan juga. Sudahnya, peminat-peminat yang jadi mangsa. Lokasi asalnya di KL Live tetapi ditukar ke Stadium Chin Woo di saat-saat akhir. Konsert tetap diteruskan dengan penuh kontroversi dan teka-teki.

Flyer promosi. Empat band yang 'dijemput' untuk perform.

 Tiket konsert.

  Bloodshed on stage.

Giliran Sofea.

Mana lagi 2 band ye? Hmmm...tak dapat aku jelaskan sebab aku cuma peminat yang telah meleburkan duit untuk melihat keempat-empat band beraksi atas pentas. Hanya penganjur yang punyai jawapan. Disebabkan agak lama entry ni nak ditaip, aku lupa apa lagu dimainkan malam tu. Short term memory!

Apa pun, kesempatan yang ada digunakan untuk berbual dan bergambar dengan teman-teman baru dan lama.

Sempat bergambar dengan Abang Judy Bloodshed. Kami sama-sama pakai t-shirt Iron Maiden. Hahaa.

Ehh..kenapa aku menyembunyikan bibir? With bro Hasbe Zuzaini.

With muslimah rocker yang fofular di kalangan kawan-kawan FB, Banzai Rockers. :)

 With kakak sporting yang fofular di kalangan kawan-kawan FB, Kak DD. Our first meet here, sebelum ni selalu tengok komen-komen dia kat post kawan-kawan je.

 Aksi spontan aku dan si dia. Suka pulak dia.

Dari kiri: Bro Juna, sis Yueswarra, me & Lolan.

Agak lewat kami balik malam tu, sempat melepak makan bersama teman-teman di Nasi Lemak City Garden, Kampung Baru. First time jejak. Hahaa. Malam tu makan puas-puas. Nasi lemak is my favourite food! Hmmm!

#notakaki: Banyak tempat aku tak pernah jejak. Haihhh. Sebab tu aku tak pandai sangat jalan KL!

No comments:

Post a Comment